Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.hér] | ليهير

Definisi : (léhér) 1. bahagian tubuh yg meng­hubungkan kepala dgn badan: Shahrin me­manjangkan ~nya dan melihat keluar; ber­tegang ~ berkeras benar memperkatakan sesuatu, bertengkar; 2. sesuatu yg menyerupai (yg lekat pd) leher; ~ baju bahagian baju yg mengelilingi leher; ~ botol bahagian botol (yg sempit) dekat mulutnya; tali ~ kain yg diikat di keliling leher (di bawah leher baju) dan hujungnya bergantung di dada kemeja, dasi; berleher 1. mempunyai leher (bkn manusia, binatang): zirafah ~ panjang; 2. mempunyai leher (bkn baju dsb): kemeja-T ~ bulat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.hér] | ليهير

Definisi : /léhér/ 1 bahagian tubuh di antara kepala dgn badan (terutamanya sebelah depan): bertegang ~ berkeras benar mengatakan sesuatu; bertengkar. 2 sesuatu yg bentuknya spt leher 1 atau yg dipasangkan pd leher 1. ~ baju bahagian baju yg di keliling leher. ~ botol bahagian botol yg kecil dekat dgn mulutnya. berleher 1 mempunyai leher (bkn manusia, binatang): Angsa ~ panjang. 2 mempunyai leher (bkn baju dsb): Baju Melayu ~ teluk belanga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata leher

Puisi
 

Pulau Pasir takluk Kedah,
     Kulit siput di muka pintu;
Peluk leher cium penyudah,
     Perkara laut tidak menentu.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Menggalangkan leher minta disembelih.

Bermaksud :

Sengaja mencari bahaya.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2. goh, ponok, kelasa, bonggol yang terdapat di atas leher lembu.   
bengkak cantek[b«N.kA/ tSAn.te/] bengkak kelenjar rahang, bengkak beruk, beguk.Bila dapat bengkak cantek, lehiaq pon nampak gemok.[bi.lA dA.pAt b«N.kA/ tSAn.te/ lE.hi.jAâÖ pon nAm.pA/ g«.mo/]Apabila kena beguk, leher pun nampak besar.
cekoq[tS«.kâÖ]kata kerjamenarik urat merih supaya cekang masa dilakukan penyembelihan (kerbau, lembu dan lain-lain) caranya dengan mendongakkan kepala ternakan ke atas.Masa aku semeleh satni hang tolong cekoq.[mA.sA A.ku s«.m«.lEh sAt.ni hAN tu.loN tS«.kâÖ]Semasa aku menyembelih nanti, engkau tolonglah tarik leher supaya kepalanya mendongak ke atas.

Kembali ke atas