Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.hér] | ليهير

Definisi : (léhér) 1. bahagian tubuh yg meng­hubungkan kepala dgn badan: Shahrin me­manjangkan ~nya dan melihat keluar; ber­tegang ~ berkeras benar memperkatakan sesuatu, bertengkar; 2. sesuatu yg menyerupai (yg lekat pd) leher; ~ baju bahagian baju yg mengelilingi leher; ~ botol bahagian botol (yg sempit) dekat mulutnya; tali ~ kain yg diikat di keliling leher (di bawah leher baju) dan hujungnya bergantung di dada kemeja, dasi; berleher 1. mempunyai leher (bkn manusia, binatang): zirafah ~ panjang; 2. mempunyai leher (bkn baju dsb): kemeja-T ~ bulat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.hér] | ليهير

Definisi : /léhér/ 1 bahagian tubuh di antara kepala dgn badan (terutamanya sebelah depan): bertegang ~ berkeras benar mengatakan sesuatu; bertengkar. 2 sesuatu yg bentuknya spt leher 1 atau yg dipasangkan pd leher 1. ~ baju bahagian baju yg di keliling leher. ~ botol bahagian botol yg kecil dekat dgn mulutnya. berleher 1 mempunyai leher (bkn manusia, binatang): Angsa ~ panjang. 2 mempunyai leher (bkn baju dsb): Baju Melayu ~ teluk belanga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata leher

Puisi
 

Pulau Pasir takluk Kedah,
     Kulit siput di muka pintu;
Peluk leher cium penyudah,
     Perkara laut tidak menentu.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Menggalangkan leher minta disembelih.

Bermaksud :

Sengaja mencari bahaya.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, sukacita sekiranya pihak DBP dapat memaklumkan istilah yang sesuai untuk perkataan berikut: collared shirt = kemeja berkolar ribbed neckline = leher baju beralur round neck = leher baju bulat crewneck = leher baju kecil/ leher baju kru (Crewneck merujuk kepada leher baju berpotongan bulat tetapi saiznya lebih sempit berbanding leher baju bulat) Dalam laman web DBP, "scoopneck" diterjemahkan sebagai garis leher skup. Adakah leher baju lebih sesuai digantikan kepada garis leher atau boleh dikekalkan? Sekian, terima kasih.Untuk makluman, setakat ini perkataan bahasa Inggeris tersebut tidak mempunyai padanan dalam bahasa Melayu. Sunggupun begitu, kami mencadangkan terjemahannya seperti di bawah:

1. collared shirt - baju leher berkolar
2. ribbed neckline - baju leher beralur
3. round neck - baju leher bulat
4. crewneck - baju leher ketat
Penyemakan dan penterjemahan19.09.2018
Apakah yang dimaksudkan dengan leher jinjang? adakah istilah bahasa melayu "leher jinjang".Leher jinjang merujuk kepada simpulan bahasa yang menggambarkan kecantikan mempunyai leher yang tidak terlalu rapat ke badan.Makna19.08.2009
1. Penjodoh bilangan yang sesuai untuk tali leher?Penjodoh bilangan yang sesuai untuk tali leher ialah sehelai tali leher.Lain-lain27.03.2010
TALI LEHER...Apakah istilah yang digunakan contoh...1 helai tali leher 1 keping tali leheri atau 1 set tali leher Terima kasih.

Untuk makluman, perkataan helai yang merujuk kepada penjodoh bilangan bermaksud barang yang tipis (seperti daun, rambut, kertas dan lain-lain). Berdasarkan tiga pilihan yang diberikan, penjodoh bilangan yang paling hampir ialah “sehelai tali leher”, “satu helai tali leher” atau memadai jika digunakan “satu tali leher” sahaja.

Tatabahasa07.11.2019
Apakah padanan bahasa Melayu untuk bentuk kolar baju: 'O-neck', 'V-neck', 'scoop neck', 'turtle neck', 'boat neck' dan 'crew neck'?Kami mencadangkan padanan istilah seperti berikut:

1. "O-neck" - Leher bulat
2. "V-neck" - Leher V
3. "scoop neck" - Leher skup
4. "turtle neck" - Leher polo
5. "boat neck" - Leher sampan
6. "crew neck" - Leher kelasi

Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.
Istilah10.04.2022
Tali leher --> mengikat atau menyimpulTali leher diikat dan kemudian disimpulLain-lain14.08.2008
Seutas rantai terikat pada leher anjing yang garang itu. A Sekalung rantai B Seurat rantai C Serawan rantai D utas rantai munsyi, apakah jawaban lebih tepat? TQJawapan yang betul ialah: Seutas rantai terikat pada leher anjing yang garang itu.Tatabahasa25.03.2012
Pemuzik jalan yang berpakaian segak dan memakai tali leher sering ditemui jika kita berkunjung ke negara-negara Eropah. Munsyi , apakah kesalahan pada jalan dalam ayat ini? TQAyat tersebut tidak gramatis seperti penggunaan kata terbitan dan kata hubung yang kurang tepat. Oleh itu, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga dan lihat di bawah tajuk berkenaan dan elakkan daripada membina ayat gabungan yang terlalu panjang.Tatabahasa13.02.2012
Tuan, Bolehkah saya tahu apakah istilah atau perkataannya meletakkan tuala pada leher? Mengalungkan? Melilitkan? atau perkataan lain ang lebih tepat. Apakah pula istilahnya 'Tukang gunting itu __________sehelai tuala pada bahu pelanggannya sebelum mula menggunting rambut.' Sekian, terima kasih.

Perkataan yang sesuai bagi ayat tersebut ialah meletakkan tuala di atas bah. Jika tuala tersebut dililit di lehernya, perkataan yang sesuai ialah lilit.

Tatabahasa04.06.2010
1.Saya ingin mendapat penjelasan bilakah masanya kita perlu menggunakan....ramai orang dan banyak orang? 2. perkataan baharu dan baru yang mana lebih tepat 3. tali leher seutas atau sehelai 4.kalau banyak kunci dipanggil segugus tapi kalau satu kunci kita panggil apa? Mohon penjelasan dari pihak tuan untuk mengelakkan kekeliruan.Terima kasih

1. Kedua-duanya boleh digunakan. Kebiasaanya ramai merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat manakala banyak orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan

2. Kedua-duanya betul. Baharu ialah new dalam bahasa Inggerisnya, manakala baru pula dalam bahasa Inggeris disebut sebagai just. Contoh penggunaan baharu  Tahun baharu, kereta baharu atau rumah baharu. Manakala baru pula bolehlah digunakan dalam ayat seperti, baru-baru ini Pak mat kemalangan jalan raya atau baru sekejap tadi dia datang dengan ibunya, dan lain-lain lagi.

3. Sehelai tali leher.

4. Sebatang kunci.

 

Tatabahasa21.07.2009
1234

Kembali ke atas