Baju Melayu berbelah leher, Teluk belanga disebut orang; Baru bertemu sudah menyindir, Eloklah hamba balik belakang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Cincang-cincang buah kuini, Hendak makan dengan gula; Leher jenjang si putih kuning, Duduk seorang atau berdua? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pulau Pasir takluk Kedah, Kulit siput di muka pintu; Peluk leher cium penyudah, Perkara laut tidak menentu. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Cik Aishah kerani gudang, Satu minggu sekali datang; Badan kecil leher jenjang, Sangat rindu kalau tak pandang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dititik batang berdengur, Ditutuh banir bertala-tala; Nan datanglah kami tegur, Lintuk leher dengan kepala. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Hujan di hulu hujan di hilir, Hujan turun rintik-rintik; Pandang dagu pandang leher, Pandang kening bertambah cantik. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hujan di hulu hujan di hilir, Hujan di Teming membawa rintik; Pandang ke bahu pandang ke leher, Pandang ke kening membawa cantik. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |