Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.hér] | ليهير

Definisi : (léhér) 1. bahagian tubuh yg meng­hubungkan kepala dgn badan: Shahrin me­manjangkan ~nya dan melihat keluar; ber­tegang ~ berkeras benar memperkatakan sesuatu, bertengkar; 2. sesuatu yg menyerupai (yg lekat pd) leher; ~ baju bahagian baju yg mengelilingi leher; ~ botol bahagian botol (yg sempit) dekat mulutnya; tali ~ kain yg diikat di keliling leher (di bawah leher baju) dan hujungnya bergantung di dada kemeja, dasi; berleher 1. mempunyai leher (bkn manusia, binatang): zirafah ~ panjang; 2. mempunyai leher (bkn baju dsb): kemeja-T ~ bulat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.hér] | ليهير

Definisi : /léhér/ 1 bahagian tubuh di antara kepala dgn badan (terutamanya sebelah depan): bertegang ~ berkeras benar mengatakan sesuatu; bertengkar. 2 sesuatu yg bentuknya spt leher 1 atau yg dipasangkan pd leher 1. ~ baju bahagian baju yg di keliling leher. ~ botol bahagian botol yg kecil dekat dgn mulutnya. berleher 1 mempunyai leher (bkn manusia, binatang): Angsa ~ panjang. 2 mempunyai leher (bkn baju dsb): Baju Melayu ~ teluk belanga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata leher

Puisi
 

Pulau Pasir takluk Kedah,
     Kulit siput di muka pintu;
Peluk leher cium penyudah,
     Perkara laut tidak menentu.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Menggalangkan leher minta disembelih.

Bermaksud :

Sengaja mencari bahaya.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
Lihat cervical groove. (BIO) cervical groove (alur serviks) Alur yang merentas permukaan dorsal sefalotoraks krustasea tertentu. Sinonim cervical canal. (BIO) cervical vertebra (vertebra serviks) Segmen tulang atau rawan pada bahagian leher tulang belakang vertebrat. (BIO) ceramic tile cervical vertebra Kamus Sains.indb 197 7/8/08 11:48:27 AM 198 cetane number (nombor setana) Skala yang menunjukkan isi padu peratus gelombang terpandu dalam julat frekuensi yang terhad. (FIZ) choked flow (aliran tercekik) Aliran gas yang melalui orifis, muncung atau paip yang terhad kerana telah menghampiri halaju sonik di vena kontrakta, leher atau saluran keluar. (KEJ) cholesteric phase (fasa kolesterik) Nematik terubah suai yang orientasi arahnya bertukar dari lapisan ke lapisan dalam corak heliks, iaitu berlingkar. (KEJ) Chondrichthyes (Chondrichthyes) Kelas ikan yang

Kembali ke atas