Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.hér] | ليهير

Definisi : (léhér) 1. bahagian tubuh yg meng­hubungkan kepala dgn badan: Shahrin me­manjangkan ~nya dan melihat keluar; ber­tegang ~ berkeras benar memperkatakan sesuatu, bertengkar; 2. sesuatu yg menyerupai (yg lekat pd) leher; ~ baju bahagian baju yg mengelilingi leher; ~ botol bahagian botol (yg sempit) dekat mulutnya; tali ~ kain yg diikat di keliling leher (di bawah leher baju) dan hujungnya bergantung di dada kemeja, dasi; berleher 1. mempunyai leher (bkn manusia, binatang): zirafah ~ panjang; 2. mempunyai leher (bkn baju dsb): kemeja-T ~ bulat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.hér] | ليهير

Definisi : /léhér/ 1 bahagian tubuh di antara kepala dgn badan (terutamanya sebelah depan): bertegang ~ berkeras benar mengatakan sesuatu; bertengkar. 2 sesuatu yg bentuknya spt leher 1 atau yg dipasangkan pd leher 1. ~ baju bahagian baju yg di keliling leher. ~ botol bahagian botol yg kecil dekat dgn mulutnya. berleher 1 mempunyai leher (bkn manusia, binatang): Angsa ~ panjang. 2 mempunyai leher (bkn baju dsb): Baju Melayu ~ teluk belanga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata leher

Puisi
 

Pulau Pasir takluk Kedah,
     Kulit siput di muka pintu;
Peluk leher cium penyudah,
     Perkara laut tidak menentu.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Menggalangkan leher minta disembelih.

Bermaksud :

Sengaja mencari bahaya.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
leher(léhér) 1. bahagian tubuh yg meng­hubungkan kepala dgn badan: Shahrin me­manjangkan ~nya dan melihat keluar; ber­tegang ~ berkeras benar memperkatakan sesuatu, bertengkar; 2. sesuatu yg menyerupai (yg lekat pd) leher; ~ baju bahagian baju yg mengelilingi leher; ~ botol bahagian botol (yg sempit) dekat mulutnya; tali ~ kain yg diikat di keliling leher (di bawah leher baju) dan hujungnya bergantung di dada kemeja, dasi; berleher 1. mempunyai leher (bkn manusia, binatang): zirafah ~ panjang; 2. mempunyai leher (bkn baju dsb): kemeja-T ~ bulat.Kamus Dewan Edisi Keempat
leher/léhér/ 1 bahagian tubuh di antara kepala dgn badan (terutamanya sebelah depan): bertegang ~ berkeras benar mengatakan sesuatu; bertengkar. 2 sesuatu yg bentuknya spt leher 1 atau yg dipasangkan pd leher 1. ~ baju bahagian baju yg di keliling leher. ~ botol bahagian botol yg kecil dekat dgn mulutnya. berleher 1 mempunyai leher (bkn manusia, binatang): Angsa ~ panjang. 2 mempunyai leher (bkn baju dsb): Baju Melayu ~ teluk belanga.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kalung Ibenda hiasan (drpd emas, batu permata, dll) yg dipakai di leher, rantai leher; berkalung memakai kalung; mengalungkan mengenakan (menyang­kutkan) sesuatu sbg kalung pd leher: beliau dikalungkan dgn bunga malai; kalungan sesuatu yg bergelung spt kalung: ~ bunga.Kamus Dewan Edisi Keempat
pangkal leherleher di sebelah bawah;Kamus Dewan Edisi Keempat
batang leherleher antara kuduk dan kepala;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengujutmencerut leher, mencekik leher dgn tali dll: hukuman orang Melayu di zaman dahulu utk kesalahan itu ialah disalang atau disula dan dikujut kalau kesalahan itu besar.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengeratmemotong; memenggal; memancung (leher): ~ kayu; ~ leher.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tali leherkain yg diikat di keliling leher (di bawah leher baju) dan hujungnya bergantung di dada kemeja, dasi;Kamus Dewan Edisi Keempat
kalungbarang perhiasan (biasanya drpd emas, manik dll) yg disangkutkan pd leher; rantai leher. berkalung memakai kalung. mengalungi 1 menyangkutkan atau mengenakan kalung atau sesuatu spt kalung pd; memberi berkalung: Tetamu kehormat itu dikalungi bunga. 2 melekat atau berupa spt kalung pd: Seutas rantai mutiara ~ lehernya. mengalungkan menjadikan sesuatu sbg kalung: Beliau ~ bunga malai ke leher tetamu itu. kalungan sesuatu yg bergelung spt kalung: Mereka meletakkan ~ bunga di Tugu Peringatan sempena Hari Pahlawan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
dasiId tali leher; ~ kupu-kupu tali leher kupu-kupu; berdasi memakai dasi (tali leher).Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas