Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.hér] | ليهير

Definisi : (léhér) 1. bahagian tubuh yg meng­hubungkan kepala dgn badan: Shahrin me­manjangkan ~nya dan melihat keluar; ber­tegang ~ berkeras benar memperkatakan sesuatu, bertengkar; 2. sesuatu yg menyerupai (yg lekat pd) leher; ~ baju bahagian baju yg mengelilingi leher; ~ botol bahagian botol (yg sempit) dekat mulutnya; tali ~ kain yg diikat di keliling leher (di bawah leher baju) dan hujungnya bergantung di dada kemeja, dasi; berleher 1. mempunyai leher (bkn manusia, binatang): zirafah ~ panjang; 2. mempunyai leher (bkn baju dsb): kemeja-T ~ bulat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.hér] | ليهير

Definisi : /léhér/ 1 bahagian tubuh di antara kepala dgn badan (terutamanya sebelah depan): bertegang ~ berkeras benar mengatakan sesuatu; bertengkar. 2 sesuatu yg bentuknya spt leher 1 atau yg dipasangkan pd leher 1. ~ baju bahagian baju yg di keliling leher. ~ botol bahagian botol yg kecil dekat dgn mulutnya. berleher 1 mempunyai leher (bkn manusia, binatang): Angsa ~ panjang. 2 mempunyai leher (bkn baju dsb): Baju Melayu ~ teluk belanga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata leher

Puisi
 

Pulau Pasir takluk Kedah,
     Kulit siput di muka pintu;
Peluk leher cium penyudah,
     Perkara laut tidak menentu.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Menggalangkan leher minta disembelih.

Bermaksud :

Sengaja mencari bahaya.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Menjerat leher sendiri.Membuat pekerjaan yang merugikan (membinasakan) diri sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menggalangkan leher minta disembelih.Sengaja mencari bahaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bertegang urat leher, berkeras buku lidah.Tidak mahu mengalah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lepas kaki leher terjerat.Orang jahat yang sudah tidak dapat menyembunyikan kejahatannya lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengalangkan batang leher.Menyabung nyawa kerana hendak menolong seseorang. alang = lintang, tahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebab mulut leher terjerat.Kecelakaan yang timbul kerana percakapan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Intan dikalungkan di leher anjing.Memberikan sesuatu (barang, nasihat) kepada orang yang tidak mahu atau bukan pada tempatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mutiara terkalung ke leher babi.Mendapat sesuatu yang berharga tetapi tidak tahu akan nilainya; orang mulia yang telah jatuh martabatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kerbau tersepit leher: dihela tanduk sudah panjang, dilalukan badan sudah besar.Terdorong melakukan sesuatu pekerjaan yang salah, tidak mungkin menarik diri lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bangau, bangau, minta aku leher; badak, badak minta aku daging.Iri hati kerana melihat kelebihan seseorang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas