Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.hér] | ليهير

Definisi : (léhér) 1. bahagian tubuh yg meng­hubungkan kepala dgn badan: Shahrin me­manjangkan ~nya dan melihat keluar; ber­tegang ~ berkeras benar memperkatakan sesuatu, bertengkar; 2. sesuatu yg menyerupai (yg lekat pd) leher; ~ baju bahagian baju yg mengelilingi leher; ~ botol bahagian botol (yg sempit) dekat mulutnya; tali ~ kain yg diikat di keliling leher (di bawah leher baju) dan hujungnya bergantung di dada kemeja, dasi; berleher 1. mempunyai leher (bkn manusia, binatang): zirafah ~ panjang; 2. mempunyai leher (bkn baju dsb): kemeja-T ~ bulat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.hér] | ليهير

Definisi : /léhér/ 1 bahagian tubuh di antara kepala dgn badan (terutamanya sebelah depan): bertegang ~ berkeras benar mengatakan sesuatu; bertengkar. 2 sesuatu yg bentuknya spt leher 1 atau yg dipasangkan pd leher 1. ~ baju bahagian baju yg di keliling leher. ~ botol bahagian botol yg kecil dekat dgn mulutnya. berleher 1 mempunyai leher (bkn manusia, binatang): Angsa ~ panjang. 2 mempunyai leher (bkn baju dsb): Baju Melayu ~ teluk belanga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata leher

Puisi
 

Pulau Pasir takluk Kedah,
     Kulit siput di muka pintu;
Peluk leher cium penyudah,
     Perkara laut tidak menentu.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Menggalangkan leher minta disembelih.

Bermaksud :

Sengaja mencari bahaya.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lutelutMuzikTiada

 Kelas kecil dalam klasifikasi utama kordofon. Lut terdiri daripada dua bahagian, iaitu badan dan leher. Leher dipasang pada badan alat muzik tersebut. Beberapa utas tali dipasang selari dengan permukaan badan. Talinya boleh digesek seperti violin dan rebab, atau dipetik seperti gitar dan gambus.

leherleherKerisTiadaBahagian ganja keris yang terletak di antara kepala cicak dengan perut.
volcanic neckleher gunung berapi; leher volkanoGeografiTiadaTiada
volcanic neckleher gunung berapi; leher volkanoGeologiTiadaRejahan menyerupai paip tegak yang mewakili lohong volkano terdahulu.
volcanic neckleher gunung berapi; leher volkanoPerikananTiadaTiada
crewleher bulat kait permatangKesenianTiadaLeher bulat kait permatang: Garis leher bulat yang disudahkan dengan pita kait permatang tegak. Contohnya, kemeja T dan jumper.
turtleneckleher poloFesyenTiadaBahagian leher baju yang berbentuk bulat dan tinggi menutupi keseluruhan leher.
throat microphonemikrofon leherFizikAkustikMikrofon sentuh yang dipasang pada leher seseorang penutur dan lebih bertindak secara langsung kepada getaran leher daripada gelombang bunyi yang dihasilkan.
funnel necklinegaris leher corongKesenianTiadaGaris leher tinggi pada pakaian yang dipotong sekali gus dengan bahagian badan dan kelim bahunya menyerong ke garis leher untuk membentuk corong terbalik.
fichu menteurficu menteurKesenianTiadaSkarf yang dipakai pada leher kot atau garis leher jeluk, didrep supaya menampakkan bentuk payudara. Dipakai pada akhir abad ke-18 di Eropah.
12345678910...

Kembali ke atas