Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.kas] | لکس

Definisi : tidak lambat atau lengah, cepat, segera: ~ benar hari malam rasanya, kerja awak sedang terbengkalai; selekas; ~ mungkin = selekas-lekasnya paling lekas, paling awal, secepat-cepatnya; lekas-lekas dgn lekas (sekali), cepat-cepat: ~ Mamat pergi menuju ke sungai; aku ~ keluar dan bersalam dgn mereka; berlekas-lekas sentiasa mahu lekas, ter­gesa-gesa, terburu-buru; melekaskan membuat sesuatu supaya lekas, mencepatkan, menyegerakan: ~ kerja yg baik supaya tidak ditimpa yg buruk; memperlekas membuat sesuatu supaya lebih lekas, mempercepat; pelekas (orang) yg lekas (marah dll): orang yg ~ marah itu lekas sekali memaafkan dan lekas pula menyesal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.kas] | لکس

Definisi : dlm waktu yg singkat; cepat; segera: ~ pulang kerana hari sudah senja. melekaskan membuat sesuatu supaya lekas; menyegerakan: Utk ~ kerja itu, ia mengambil seorang jurutaip lagi. memperlekas menjadikan lebih lekas. pelekas orang yg lekas (marah, merajuk dll). selekas; ~ mungkin, = selekas-lekasnya paling lekas; secepat mungkin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lekas
Rujuk :pantas

Puisi
 

Hari-hari turun ke gua,
     Sarat membawa buah-buahan;
Hari-hari mintakan doa,
     Lekas bertemu mudah-mudahan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kalau boros lekas kerugian.

Bermaksud :

Pendapatan yang sedikit kalau diboroskan tentulah menyusahkan akhirnya.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
perishabilitylekas musnahPertanianTiadaTiada
trigger-happylekas melentingSejarahTiadaTiada
quick testujian lekasPendidikanTiadaTiada
quick-word testujian perkataan-lekasPendidikanTiadaTiada
nourishmenyuburkanPentadbiran PerniagaanTiadaMemberi makanan yang berkhasiat supaya lekas besar dan sihat.
amphetamineamfetaminaKimiaForensikFormula kimia, C9H13N; nama lain, metilfenetilamina; nama dagang, Benzedrine. Cecair mudah meruap, mudah terbakar, tanpa warna dengan bau cirian yang kuat dan terasa pedas sedikit, takat didih 200°C - 203°C (terurai), larut dalam etanol dan eter, dan larut sedikit dalam air. Amfetamina dipreskripsikan sebagai perangsang dan antidepresan, dan kadangkala sebagai ubat bagi program kawalan berat badan. Ia menjadi asas sekumpulan bahan halusinogen, iaitu ubat yang mempengaruhi sistem saraf pusat. Ia pernah tersebar luas di pasaran sebagai ubat jaga, tetapi sekarang menjadi bahan terkawal kerana kemungkinan disalahgunakan. Kegunaan perubatannya sekarang adalah untuk merawat keadaan serangan tidur yang tidak terkawal dan merawat penyakit hiperaktif. Kesan sampingannya termasuk lekas marah, gementar, kebergantungan terhadap ubat, sukar tidur dan resah gelisah. Penggunaan yang terlalu banyak mengakibatkan kecenderungan membunuh diri, paranoia dan halusinasi. Dos maut minimum (MLO) ialah 10 mg bagi kanak-kanak berumur sehingga 2 tahun dan 100 mg bagi orang dewasa.

Kembali ke atas