Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.la] | ليلا

Definisi : (léla) 1. sl tingkah laku yg elok, gerak­geri (tangan dll) yg elok: mereka bersuka ria dgn tepuk tari dan ~; 2. elok (tingkah laku), cegak, lagak, ragam, segak; banyak ~ banyak ragam; muda ~ muda dan segak; ~ bangsawan segak lagi berbangsa; ~ remaja muda lela; selela-lelanya sekehendak hatinya, sesuka hatinya: jika dibiarkannya sahaja segala perasaan itu dgn ~, tidak dapat tidak ia memekik-mekik; berlela berlagak, bergaya, bertingkah; amak ~ amak berupa berbagai-bagai gaya dan rupa; melela menggerak-gerakkan tangan, mem­perlagakkan diri, menunjuk-nunjuk: maka laksamana pun bangkit berdiri, seraya ~ di hadapan Hang Jebat tertitar-titar; melelakan menggerak-gerakkan (pedang, badan, dll) dgn elok, mempertunjukkan (sikap, gaya, dll) dgn elok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.la] | ليلا

Definisi : (léla) sl beberapa jenis meriam: memutih layar mengkuang, memutih ceropong ~; ~ rambang sj meriam yg mulutnya ber­corong; ~ rentaka sj meriam yg boleh diputar­-putar (dibuat drpd besi baja); kalau tidak berlela baiklah berela-rela prb kalau tidak berdaya upaya baiklah menurut sahaja; melela; besi ~ besi baja; keris ~ keris yg tidak berpamor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.la] | ليلا

Definisi : /léla/ beberapa jenis meriam kecil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[lé.la] | ليلا

Definisi : /léla/ tingkah laku atau gerak geri yg elok. berlela berlagak; bermain (pedang dll); bergaya. melela melagakkan diri dgn melakukan gerakan yg elok-elok; menunjuk-nunjuk: Maka Hang Tuah pun bangkit berdiri seraya ~ di hadapan Hang Jebat tertitar-titar. melelakan menggerak-gerakkan (badan, pedang dsb) dgn elok. selela-lela sesuka hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lela


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Lela Ekor LotongA.Halim NasirDewan Pelajar1 June 1973
LelaA.Halim NasirDewan Pelajar1 May 1973
Lela Manja album terbaik Datuk Sharifah AiniMahzan MusaDewan Budaya1 February 2004
Dang Lela NidahariSiti Zainon IsmailDewan Sastera1 December 2008
Bangsawan Lela ManjaShaari SafieDewan Budaya1 January 2008
Bin Mat Lela ... Gila!FudzailDewan Sastera1 July 2002
Bahasa Si Muda LelaRaihani Mohd SaaidDewan Sastera1 August 2008
"Nur Alam Syah Lela Putera" Kisah Raja Diladal BahriAripin SaidPelita Bahasa1 October 2001
Monolog Gadis KecilLela Wati ZahariIbu1 December 2006
Kenangan Yang TertinggalLelaRemaja15 August 2000
123

Kembali ke atas