Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.la] | ليلا

Definisi : (léla) 1. sl tingkah laku yg elok, gerak­geri (tangan dll) yg elok: mereka bersuka ria dgn tepuk tari dan ~; 2. elok (tingkah laku), cegak, lagak, ragam, segak; banyak ~ banyak ragam; muda ~ muda dan segak; ~ bangsawan segak lagi berbangsa; ~ remaja muda lela; selela-lelanya sekehendak hatinya, sesuka hatinya: jika dibiarkannya sahaja segala perasaan itu dgn ~, tidak dapat tidak ia memekik-mekik; berlela berlagak, bergaya, bertingkah; amak ~ amak berupa berbagai-bagai gaya dan rupa; melela menggerak-gerakkan tangan, mem­perlagakkan diri, menunjuk-nunjuk: maka laksamana pun bangkit berdiri, seraya ~ di hadapan Hang Jebat tertitar-titar; melelakan menggerak-gerakkan (pedang, badan, dll) dgn elok, mempertunjukkan (sikap, gaya, dll) dgn elok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.la] | ليلا

Definisi : (léla) sl beberapa jenis meriam: memutih layar mengkuang, memutih ceropong ~; ~ rambang sj meriam yg mulutnya ber­corong; ~ rentaka sj meriam yg boleh diputar­-putar (dibuat drpd besi baja); kalau tidak berlela baiklah berela-rela prb kalau tidak berdaya upaya baiklah menurut sahaja; melela; besi ~ besi baja; keris ~ keris yg tidak berpamor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.la] | ليلا

Definisi : /léla/ beberapa jenis meriam kecil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[lé.la] | ليلا

Definisi : /léla/ tingkah laku atau gerak geri yg elok. berlela berlagak; bermain (pedang dll); bergaya. melela melagakkan diri dgn melakukan gerakan yg elok-elok; menunjuk-nunjuk: Maka Hang Tuah pun bangkit berdiri seraya ~ di hadapan Hang Jebat tertitar-titar. melelakan menggerak-gerakkan (badan, pedang dsb) dgn elok. selela-lela sesuka hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lela


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
lelang Ibsesat.Bega yang dikatakan seorang ketua dulu yang telah mati lesi laya lela yang mempelopori kawasan Sungai Rapong yang sesat lelang. Sungai Rapong itu dikatakan 'sesat' pada masa dahulu kerana belum berkuala.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas