Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.la.ki] | للاکي

Definisi : laki-laki; kelelakian kelaki-lakian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.la.ki] | للاکي

Definisi : manusia drpd jantina yg tidak melahirkan anak dan merupakan pasangan kpd perempuan; laki-laki; peria. kelelakian 1 sifat lelaki; tingkah laku lelaki: Encik Ramli memiliki sifat-sifat ~ yg tulen. 2 keberanian; ketangkasan; kegagahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[le.la.ki] | للاکي

Definisi : 1 jenis manusia sbg pasangan kpd perempuan: anak ~. 2 ki sifat berani; keberanian: Dia hendak menunjukkan ~nya kpd kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lelaki

Puisi
 

Terang bulan terang di kali,
     Buaya timbul disangka mati;
Jangan percaya mulut lelaki,
     Lain di mulut lain di hati.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Penghisap candu gelap.

Bermaksud :

Lelaki yang berbuat jahat secara rahsia dengan perempuan, akhirnya akan ketahuan juga.

 

Lihat selanjutnya...(48)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
pek mondo[pE/ mn.d] keluarga lelaki pada gadis yang dikahwini (ayah saudara, abang saudara).Pangge pek mondo, orang dah mulo nak boradat.[pAN.gE pE/ mn.d .ÄAN dAh mu.l nA/ b.ÄA.dAt]Panggil saudara lelaki pihak perempuan kerana majlis adat hendak dimulakan.
keleper[k«.l.pE]kata namakemaluan lelaki, pelir.   
orang somondo[.ÄAN s.mn.d] pengantin lelaki.Orang somondo ni, kok corodek toman borunding, kok bodo disuroh arah.[.ÄAN s.mn.d ni k/ tS.č.de/ t.mAn b.Äun.deN k/ b.d di.su.čh A.ÄAh]Pengantin lelaki ini kalau cerdik teman berunding, kalau bodoh, disuruh buat kerja.
lat-lat[lAt.lAt]kata namahantaran belanja perkahwinan.Lat-lat sobolah lolaki tujoh dulang sumoe.[lAt.lAt s.b.lAh l.lA.ki tu.dZoh du.lAN su.m.E]Hantaran sebelah lelaki tujuh dulang semuanya.
prat[pÄAt]kata namabaju singlet untuk lelaki.Baju prat cap Pagoda sodap dipakai.[bA.dZu pÄAt tSAp pA.g.dA s.dAp di.pA.kAj]Baju singlet cap Pagoda selesa dipakai.
borangguh[b.ÄAN.guh]kata adjektifberkenaan rombongan pengantin yang berhenti seketika, berehat atau bersiap di rumah tertentu, sebelum beredar ke rumah yang hendak dituju.Rumah tompek borangguh tak jaoh dari rumah ponganten pompuan.[Äu.mAh tm.pE/ b.ÄAN.guh tA/ dZAoh dA.Äi Äu.mAh p.NAn.ten pm.pu.wAn]Rumah tempat borangguh pengantin lelaki tidak jauh dari rumah pengantin perempuan.
monyalang[m.øA.lAN]kata kerjamengunjung sanak saudara selepas berkahwin dengan tujuan menambahkan erat hubungan keluarga kedua belah pihak.Lopeh monikah, ponganten pompuwan monyalang ke rumah ponganten lolaki.[l.pEh m.ni.kAh p.NAn.ten pm.puAn m.øA.lAN kE/ Äu.mAh p.NAn.ten l.lA.ki]Selepas bernikah, pengantin perempuan mengunjungi rumah pengantin lelaki.
diongseng[di.N.sEN]kata kerjausik (perempuan atau lelaki).Dioenge budak tu bokali-kali, barulah budak tu ondak kek dio.[di.n.sEN.E bu.dA/ tu b.kA.li.kA.li bA.Äu.lAh bu.dA/ tu n.dA/ kE/ di.j]Diusiknya budak itu berkali-kali, barulah budak itu hendak kepadanya.
morumah[m.Äu.mAh]kata kerjamencuri masuk secara rahsia ke dalam bilik gadis oleh lelaki yang bukan mahramnya dengan persetujuan dan bantuan pihak gadis berkenaan pada waktu tengah malam.Dek mak ayahe tak suko kek Bidin, Bidin morumah kek Milah.[dE/ mA/ A.jAh.E tA/ su.k kE/ bi.din bi.din m.Äu.mAh kE/mi.lAh]Disebabkan emak ayahnya tidak suka akan Bidin, Bidin mencuri masuk bilik Milah.
boko[b.k]kata namabekas daripada anyaman mengkuang atau upih berbentuk bulat yang diisi dengan dodol, wajik, kesirat, biasanya dibawa oleh pihak perempuan untuk dihadiahkan kepada pihak lelaki dalam majlis perkahwinan.Bolah penganten pompuan bawak tujoh bijik boko.[b.lAh p.NAn.ten pm.pu.wAn bA.wA/ tu.dZh bi.dZi/ b.k]Pihak pengantin perempuan membawa tujuh boko dodol.

Kembali ke atas