Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.la.ki] | للاکي

Definisi : laki-laki; kelelakian kelaki-lakian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.la.ki] | للاکي

Definisi : manusia drpd jantina yg tidak melahirkan anak dan merupakan pasangan kpd perempuan; laki-laki; peria. kelelakian 1 sifat lelaki; tingkah laku lelaki: Encik Ramli memiliki sifat-sifat ~ yg tulen. 2 keberanian; ketangkasan; kegagahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[le.la.ki] | للاکي

Definisi : 1 jenis manusia sbg pasangan kpd perempuan: anak ~. 2 ki sifat berani; keberanian: Dia hendak menunjukkan ~nya kpd kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lelaki

Puisi
 

Terang bulan terang di kali,
     Buaya timbul disangka mati;
Jangan percaya mulut lelaki,
     Lain di mulut lain di hati.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Penghisap candu gelap.

Bermaksud :

Lelaki yang berbuat jahat secara rahsia dengan perempuan, akhirnya akan ketahuan juga.

 

Lihat selanjutnya...(48)


Bahasa Sukuan Bajau

EntriSinonimTakrifContoh AyatTerjemahan Bahasa MelayuTemaBahasa
pelekat rombongan pengantin lelaki bertolak ke rumah pengantin perempuanDela pelekat ta’ ruma’ dendo bei jo waktu Zohor.Pengantin lelaki bertolak ke rumah pengantin perempuan setelah waktu Zohor.budayaBajau
putar naga pengantin lelaki dikehendaki membuat pusingan sebanyak 7 kali di halaman rumah pengantin perempuan sebelum persandingan.lopos jo putar naga, baru ni pengantin dela seno' meniik setanding.Selesai sahaja acara putar naga, pengantin lelaki disuruh naik ke rumah untuk majlis bersanding.adat resam dan yang berkaitanBajau
manaw pengantin perempuan menjemput/ menunggu pengantin lelaki di lapanganDendo ngeliin nia mangau entelo 40 bangi.Perempuan baru bersalin memanaskan badannya di dapur.adat resam dan yang berkaitanBajau
ngelente lawatan balas pihak pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki selepas majlis persandinganMaidan ngelente peneruun bei jo maidan seganding.Majlis lawatan balas pengantin perempuan diadakan selepas majlis persandingan.budayaBajau
Buru-buru Membunyikan alat muzik spt gong; bertujuan mencari seseorang yg hilangJomo kampung meruun buru-buru bei jo anak dela aa rungeiOrg kampung membunyikan muzik setelah kehilangan anak lelaki ituBudayaBajau

Kembali ke atas