Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.la.ngit] | للاڠيت

Definisi : langit-langit; ~ keras struktur tulang cekung yg membentuk bahagian atas mulut dan terletak di belakang batas gusi; ~ lembut selaput lembut yg mem­bentuk bahagian atas mulut di belakang lelangit keras; berlelangit mempunyai lelangit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.la.ngit] | للاڠيت

Definisi : langit-langit. ~ keras lelangit yg terdiri drpd tulang cekung yg membentuk bahagian atas mulut di belakang batas gusi. ~ lembut lelangit yg terdiri drpd selaput lembut yg membentuk bahagian atas mulut dan terletak di belakang lelangit keras. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[le.la.ngit] | للاڠيت

Definisi : 1 bahagian sebelah atas rongga mulut (ada bahagian yg lembut dan ada bahagian yg keras). 2 kain yg digantung di bahagian atas bilik; kain bahagian atas kelambu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lelangit


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LELANGIT UMUMKonsep
LELANGIT REKAH

Lelangit rekah ialah kecacatan semasa lahir,

apabila terdapat rekahan pada lelangit mulut.

UMUMKonsep
MUKA

Muka ialah bahagian depan kepala seseorang. Ia

terdiri daripada dahi, mata, hidung, mulut, pipi, dan

dagu. Muka dilitupi otot dan kulit. Mata dilindungi

daripada silauan dan habuk oleh kelopak mata, bulu

mata, dan bulu kening. Hujung hidung terdiri

daripada rawan dan kulit, yang bertindak sebagai

kusyen yang anjal. Saluran hidung diliputi bulu

halus yang menyaring habuk dan kotoran dalam

udara daripada masuk ke dalam hidung. Mulut

termasuk bibir, gigi, lidah, dan lelangit, dilapisi

membran mukus. Rahang bawah adalah satu-satunya

bahagian tulang pada muka yang bergerak.

UMUM 

Kembali ke atas