Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.la.ngit] | للاڠيت

Definisi : langit-langit; ~ keras struktur tulang cekung yg membentuk bahagian atas mulut dan terletak di belakang batas gusi; ~ lembut selaput lembut yg mem­bentuk bahagian atas mulut di belakang lelangit keras; berlelangit mempunyai lelangit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.la.ngit] | للاڠيت

Definisi : langit-langit. ~ keras lelangit yg terdiri drpd tulang cekung yg membentuk bahagian atas mulut di belakang batas gusi. ~ lembut lelangit yg terdiri drpd selaput lembut yg membentuk bahagian atas mulut dan terletak di belakang lelangit keras. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[le.la.ngit] | للاڠيت

Definisi : 1 bahagian sebelah atas rongga mulut (ada bahagian yg lembut dan ada bahagian yg keras). 2 kain yg digantung di bahagian atas bilik; kain bahagian atas kelambu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lelangit


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tilud Kd Ltlelangit rumah.Pada hari yang ketiga, sebahagian daripada "Tantagas" itu menjalankan adat istiadat memuja yang dipanggil "Tumampau". Dalam upacara ini, "Tantagas-tantagas" itu membawa lembing dan naik ke atas lelangit rumah yang disebut "Tilud". Ia bermaksud untuk menyembah roh-roh jahat.Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tumampau Kd Ltsebahagian adat istiadat dalam upacara memuja tajau.Pada hari yang ketiga, sebahagian daripada "Tantagas" itu menjalankan adat istiadat memuja yang dipanggil "Tumampau". Dalam upacara ini, "Tantagas-tantagas" itu membawa lembing dan naik ke atas lelangit rumah yang disebut "Tilud". Ia bermaksud untuk menyembah roh-roh jahat.Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas