Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.la.ngit] | للاڠيت

Definisi : langit-langit; ~ keras struktur tulang cekung yg membentuk bahagian atas mulut dan terletak di belakang batas gusi; ~ lembut selaput lembut yg mem­bentuk bahagian atas mulut di belakang lelangit keras; berlelangit mempunyai lelangit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.la.ngit] | للاڠيت

Definisi : langit-langit. ~ keras lelangit yg terdiri drpd tulang cekung yg membentuk bahagian atas mulut di belakang batas gusi. ~ lembut lelangit yg terdiri drpd selaput lembut yg membentuk bahagian atas mulut dan terletak di belakang lelangit keras. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[le.la.ngit] | للاڠيت

Definisi : 1 bahagian sebelah atas rongga mulut (ada bahagian yg lembut dan ada bahagian yg keras). 2 kain yg digantung di bahagian atas bilik; kain bahagian atas kelambu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lelangit


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cleft palatelelangit rekahPergigianTiadaRekah yang berlaku kepada lelangit bayi. Rekahan boleh melibatkan lelangit keras atau lelangit lembut ataupun kedua-duanya sekali. Rekahan ini berlaku disebabkan gangguan ketika proses percantuman lelangit bayi semasa dalam kandungan. Rekahan ini boleh menyebabkan susu atau makanan masuk ke rongga hidung semasa pesakit makan atau minum. Pesakit juga akan mengalami kesukaran untuk bercakap dengan jelas. Rekahan ini juga boleh mengganggu jajaran gigi dan mengakibatkan susunan gigi tidak teratur. Lelangit rekah dirawat dengan pembedahan bagi mencantumkan semula rahang tersebut dan rawatan ortodontik untuk membetulkan jajaran gigi.
anterior palatine nervesaraf palatinus anteriorPerubatanTiadaSaraf simpatetik, parasimpatetik dan sensori bermula dari ganglion pterigopalatinus dan muncul di lelangit keras, membekalkan lelangit, gingiva dan sebahagian lelangit lembut. Sinonim: saraf palatinus besar.
torus palatinustorus lelangitPerubatanTiadaEksostosis tulang pada lelangit, biasanya kelihatan pada garis tengah lelangit.
palatal reflexrefleks palatalPerubatanTiadaMerangsang lelangit lembut menyebabkan kenaikan lelangit lembut seperti semasa penelanan. Sinonim refleks penelanan.
palatine papillapapila palatinPerubatanTiadaStruktur bujur di lelangit; anterior ke rafe lelangit dan posterior ke insisor, menutupi bukaan duktus nasopalatin. Sinonim papila insisor.
tensor palati muscleotot tensor palatiPerubatanTiadaOtot pada lelangit untuk meregang lelangit lembut.
palatal cyst of newbornsista lelangit bayi baru lahirPergigianTiadaKetumbuhan bukan barah yang terbentuk di lelangit bayi yang baru lahir. Biasanya terdapat di kawasan lelangit anterior berhampiran gigi lateral insisor. Kejadian ini dipercayai berasal daripada sel epitelium yang tertinggal semasa cantuman proses mesial nasal dan proses lateral nasal sewaktu pembentukan muka pada peringkat fetus berusia 8 - 12 minggu dalam kandungan. Sista yang kecil akan hilang dengan sendiri apabila bayi membesar, sekiranya besar sista biasanya dibedah.
water skylelangit airSainsHidrometeorologiNampakan gelap di sisi bawah lapisan awan apabila ia berada atas dari suatu permukaan air terbuka. Istilah ini kebanyakannya digunakan di kawasan kutub, dengan merujuk pada peta awan. Lelangit air adalah lebih gelap daripada lelangit daratan, dan lebih gelap lagi daripada kelipan air atau kelipan salji.
primary palatelelangit primerPerubatanTiadaLelangit yang berkembang daripada cuaran nasal median.
hard palatelelangit kerasPerubatanTiadaLelangit yang terletak di bahagian anterior.
12345678910...

Kembali ke atas