Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.lé.han] | ليليهن

Definisi : sesuatu (benda) yg meleleh, cairan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.lé.han] | ليليهن

Definisi : sesuatu yg meleleh ke luar (spt susu getah di pokok). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lelehan (kata nama)
Bersinonim dengan leleran, rembesan, rembihan.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, saya ingin bertanya soalan tentang penggunaan perkataan 'lelehan' dan 'lilihan'. 1. Tapak pelupusan sampah yang terdapat di kawasan tertentu kerap mengalami lelehan pada musim hujan. 2. Tapak pelupusan sampah yang terdapat di kawasan tertentu kerap mengalami lilihan pada musim hujan. yang manakah ayat adalah betul? Terima kasih atas bantuan tuan dan puan.Lelehan bermaksud sesuatu (benda) yang meleleh atau cairan. Lelehan juga bermaksud sesuatu yang meleleh ke luar (seperti susu getah di pokok). Manakala "lilihan" pula tidak mempunyai sebarang makna. Oleh itu, penggunaan perkataan "lelehan" dalam ayat tersebut tidak sesuai digunakan. 
Perkataan "lelehan" dalam ayat tersebut boleh ditukar kepada "limpahan".
"Tapak pelupusan sampah yang terdapat di kawasan tertentu kerap mengalami limpahan air sampah pada musim hujan."

Lain-lain16.09.2022
May I know what is 'dribble rashes' called in bahasa Malaysia? ruam susu or ruam lelehan.Tidak ada maklumat tentang dribble rashes dalam pangkalan data kami juga melalui carian di internet. Tiada juga maklumat ruam lelehan, yang ada ruam susu, iaitu baby acne. Jika simptom dribble rashes sama dengan baby acne, maka ruam susu boleh digunakan.Penyemakan dan penterjemahan11.08.2015
apakah istilah bahasa Melayu baku bagi penyakit kulit (kemerah-merahan) pd bhg muka atau pipi bayi (mungkin berpunca drpd lelehan air susu yg melekat pd kulit). Di Brunei kami menggunakan istilah kurap susu. Terima kasih.Istilah bagi penyakit itu dipanggil ruam, iaitu bintil-bintil merah pada kulit (pada anak-anak kerana biang, peluh, dll).Lain-lain04.03.2010

Kembali ke atas