Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata leluasa;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
leluasa, berleluasaleluasa, berleluasaTatabahasa04.06.2008
Tuan, 1. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan 'sidentri'? 2. Frasa 'Dalam perkataan lain' atau 'Dengan perkataan lain'? 3. Apa beza 'secara leluasa' dan 'berleluasa'?1. Perkataan "sidentri" tidak ada dalam sumber rujukan kita.  2. Ungkapan yang betul ialah "dengan perkataan lain".  3. Secara leluasa bermaksud secara tidak terbatas atau tersekat-sekat (dari segi perbuatan, kelakuan dan sebagainya), manakala secara berleluasa bermaksud berbuat sesuatu dengan bebas atau sesuka hati). merujuk kedua-dua makna ini tidak ada perbezaan yang jelas antara kedua-dua ungkapan tersebut.Tatabahasa20.05.2009
gejala sosial semakin berleluasa.. atau gejala sosial semakin leluasa. TQ tuanAyat yang betul ialah gejala sosial semakin berleluasa.Tatabahasa27.01.2012
yang mana satu betul untuk menunjukkan semakin menular : berleluasa atau leluasa

Puan Norsaliza,

yang betul ialah berleluasa.

Makna29.06.2010
Tuan, dalam Kamus Dewan ada termuat perkataan merarau (makan tengah hari) dan kudapan (kuih-muih). Bagaimana pula dengan perkataan 'cicipan' yang kian leluasa diguna pakai oleh sesetengah juruacara untuk merujuk kepada makan kuih pada waktu petang sedangkan dalam Kamus Dewan tidak memuatkan kata 'cicipan' yang merujuk kepada makan kuih pada waktu petang? Mohon penjelasan tuan. Terima kasih.

Encik Nik,

Perkataan yang betul ialah cecap yang  bermaksud menjilat dan mengecap makanan untuk mengetahui rasanya. Perkataan ini sudah pun dimasukkan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, lihat halaman 253 dan 278. Perkataan cicip/mencicip bermaksud berbunyi seperti bunyi burung.    

Makna05.07.2010
Saya ada kemuskilan mengenai penggunaan simpulan bahasa otak cair.Bolehkah otak cair digunakan untuk kata ganti nama pertama.contoh ayat saya otak cair? Terima kasihPenggunaan simpulan bahasa bukanlah secara leluasa. Dalam ayat penyata, penggunaan kata lazim lebih sesuai bagi menjelaskan maksud ayat, contohnya Saya pandai, bukan Saya otak cair. Simpulan bahasa mungkin sesuai digunakan dalam esei bagi mewujudkan variasi dalam pemilihan kata dan binaan ayat.Tatabahasa11.08.2015
Salam Mohon tanya sama ada ayat di bawah betul atau salah (dengan alasan/penjelasan) 1.Orang ramai membeli belah di pasaraya. 2.Ramai orang di Pasar Tani Wakaf Che Yeh. 3.Ibu memasakkan ayah bubur nasi untuk membuka selera ayah yang sedang mengalami sakit tubuh badan. 4.Gejala rasuah kian leluasa berlaku dalam kalangan penjawat awam belakangan ini. Izani Hj. Daud.

1. Orang ramai membeli belah di pasaraya. - ejaan yang betul ialah membeli-belah dan pasar raya

2. Ramai orang di Pasar Tani Wakaf Che Yeh. - ayat tergantung, ramai orang ______ di Pasar Tani

3. Ibu memasakkan ayah bubur nasi untuk membuka selera ayah yang sedang mengalami sakit tubuh badan. - betul

4. Gejala rasuah kian leluasa berlaku dalam kalangan penjawat awam belakangan ini. - betul

Tatabahasa02.08.2011
Salam 1Malaysia dan selamat sejahtera, selaku munsyi saya sering menemukan KKTttr 'berleluasa', misalnya kes ragut berleluasa, gejala hedonisme berleluasa dan sebagainya. Pada pengamatan saya, kata kerja ini disalahgunakan dari aspek morfologi dan semantik atau menyalahi hukum morfologi dan semantik bahasa Melayu. Yang betul ialah jenayah ragut berlaku dengan leluasanya dan gejala hedonisme berlaku dengan leluasanya. Hal ini saya katakan demikian kerana kata sendi nama 'dengan' seharusnya diikuti kata nama, yakni leluasa + nya, menjadi kata nama. Soalnya, adakah rumus tersebut betul? Sekian, terima kasih. Kay Seven Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Kami menerima dan bersetuju dengan pandangan tuan, ayat yang betul "jenayah ragut berlaku dengan leluasanya" dan "gejala hedonisme berlaku dengan leluasanya". Kedua-dua ayat ini dibina mengikut rumus yang betul.Tatabahasa20.12.2016

Kembali ke atas