Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.mah] | لمه

Definisi : 1. tidak bertenaga (berkuasa, kuat), lesu: dgn gerak yg ~ spt orang kehabisan tenaga, ia berjalan perlahan-lahan menuju jendela; 2. rendah (dr segi pencapaian): prestasi kerjanya ~; 3. tidak diyakini sbg benar atau logik: hadis yg ~; 4. tidak tegas: dia ~ dlm membuat keputusan; ~ gemalai = ~ gemulai gerak berliuk-liuk yg elok (tubuh badan); ~ hati mudah dipengaruhi orang, tidak tegas, tidak teguh hati; ~-laun lemah dan perlahan (gerak-geri dll); ~ lentur tidak mudah patah (tetapi boleh dilentur­lentur), liat; ~ longlai a) = ~ gemalai; b) tidak bermaya, lemah; ~ lumpuh lemah sekali; ~ persendian tidak bertenaga; ~ semangat mudah terperanjat (mudah kena sakit dll); ~ syahwat (zakar) lemah tenaga batin, zakar tidak bertenaga; ~ diraih, pantai dititi prb sikap yg bijaksana dlm mengeluarkan sesuatu perintah; ~ liat kayu akar, dilentur boleh dipatah tak dapat prb pd lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenar­nya tidak dapat dipengaruhi atau dipermain­-mainkan; berlemah berbuat lemah, bersikap lemah, lwn berkeras; melemah menjadi lemah (bertambah lemah): suara itu kemudiannya memanjang dan berlanjut-lanjut dan makin ~ pula; melemahkan menjadikan lemah, menye­babkan menjadi lemah: penyakit selesema itu boleh ~ tenaga seseorang; nasib dua watak yg penting ini kurang memuaskan dan merupakan faktor besar yg ~ novel ini; memperlemah menjadikan lebih lemah; kelemahan perihal lemah: ia manusia biasa dan mempunyai berbagai-bagai ~ dan ke­kurangan; pelemahan perihal menjadi atau menjadikan lemah; pelemah sesuatu yg (dapat) melemahkan (semangat dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.mah] | لمه

Definisi : Kd, Pl; pelemah membohong, ber­bohong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.mah] | لمه

Definisi : sj ikan laut, lelemah, lemuk, Lactarius lactarius. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.mah] | لمه

Definisi : 1 tidak bertenaga; tidak kuat: Badannya ~ kerana tidak cukup tidur. 2 kurang cekap dlm sesuatu: Ia ~ dlm pelajaran matematik. ~ gemalai (longlai) gerakan tubuh yg elok ketika berjalan dll. ~ hati mudah dipengaruhi orang; tidak teguh hati. ~ lembut baik budi pekerti; tidak pemarah. ~ semangat mudah terperanjat (jatuh sakit dll). melemahkan menyebabkan menjadi lemah: Kurang tidur akan ~ badan. memperlemah menyebabkan menjadi lebih lemah. kelemahan keadaan atau hal lemah. pelemahan perbuatan atau hal melemahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lemah (adjektif)
1. Bersinonim dengan lesu: longlai, lengai, kelesa, lembam, tidak bertenaga, tidak bermaya, tidak berdaya, tidak berkuasa,
Berantonim dengan cergas

2. Bersinonim dengan lembam: lempam, lambat, lembap,
Berantonim dengan cerdas

Kata Terbitan : melemahkan, kelemahan,

Puisi
 

Lemah lembut pandan berduri,
     Putus tali kain cadar;
Lemah lembut membawa diri,
     Pandai hati siapa menanggar.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Lemah melapis condong menopang.

Bermaksud :

Tolong-menolong satu sama lain.

 

Lihat selanjutnya...(76)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
weak couplinggandingan lemahFizikAtom dan NuklearGandingan empat medan fermion dalam saling tindakan lemah yang kekuatannya lebih lemah beberapa tertib magnitud daripada saling tindakan kuat atau saling tindakan elektromagnet.
weakly magnetic mineralgalian bermagnet lemah/mineral bermagnet lemahKejuruteraanTiadaTiada
buffer solutionlarutan penimbalKimiaBiokimiaLarutan garam tertentu yang terbentuk daripada campuran asid lemah atau bes lemah dengan garamnya, seperti campuran asid asetik dengan garam natrium asetat.
Ringer’s solutionlarutan RingerKimiaBiokimiaLarutan isoton yang mengandungi terbentuk daripada campuran asid lemah atau bes lemah dengan garamnya, seperti campuran asid asetik dengan garam natrium asetat.
feminine cadencekadens lemahKesenianTiadaPengakhiran atau penutupan kadens yang lemah apabila not lazim yang terdapat dalam dua kord tidak dikekalkan pada kedudukan yang sama.
crude fibreserabut kasarVeterinarTiadaKandungan selulosa, hemiselulosa dan lignin yang diukur dalam sesuatu bahan makanan ternakan. Ia merupakan residu selepas sampel direbus secara berturutan dalam asid lemah dan alkali lemah. Contohnya, jerami padi mengandungi 30-35% serabut kasar manakala jagung mengandungi 4-6% serabut kasar.
bufferpenimbalKimiaKimia AnalisisLarutan yang dapat menahan perubahan kepekatan ion hidrogen apabila sedikit asid atau bes ditambah kepada larutan itu. Penimbal biasanya terdiri daripada campuran asid lemah atau bes lemah dengan konjugatnya. Contohnya asid asetik dengan natrium asetat.
weak pathogenpatogen lemahBiologiPatologiPatogen yang menyebabkan penyakit apabila perumah berada dalam keadaan lemah, tetapi tidak menyebabkan gejala yang parah. Mikroorganisma ini biasanya bersifat saprofit. Contohnya ialah Penicillium dan Mucor yang menyebabkan penyakit busuk pada beberapa jenis hasil pertanian dalam simpanan.
lame duckkedudukan lemahSains PolitikPolitik PerbandinganKedudukan seseorang atau organisasi yang tidak berupaya melakukan sesuatu keputusan yang penting dan bermakna. Kedudukan ini boleh terjadi kerana pencapaian selama ini lemah dan tidak berupaya seperti kedudukan kerajaan sementara selepas pilihan raya sebelum melantik kerajaan yang baru menang dalam pilihan raya tersebut atau mungkin kerana statusnya yang akan tamat tempoh dalam waktu terdekat. Faktor-faktor ini melahirkan satu kedudukan yang lemah dan tidak signifikan untuk melaksanakan sesuatu langkah yang berani, bersifat jangka panjang atau penting.
weak interactionsaling tindakan lemahFizikAtom dan NuklearSatu daripada saling tindakan asas antara zarah keunsuran yang magnitudnya lebih lemah daripada saling tindakan kuat dan saling tindakan elektromagnet. Saling tindakan tersebut tidak mengabadikan keganjilan atau pariti. Kesannya menyebabkan reputan beta dalam nukleus, dan reputan zarah keunsuran yang mempunyai masa hayat melebihi 10-10 saat seperti muon, meson K dan hiperon lambda.
12345678910...

Kembali ke atas