Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lemah (adjektif)
1. Bersinonim dengan lesu: longlai, lengai, kelesa, lembam, tidak bertenaga, tidak bermaya, tidak berdaya, tidak berkuasa,
Berantonim dengan cergas

2. Bersinonim dengan lembam: lempam, lambat, lembap,
Berantonim dengan cerdas

Kata Terbitan : melemahkan, kelemahan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
makna istilah uzurDalam Kamus Dewan Edisi Keempat, uzur ditakrifkan seperti yang berikut: 1. lemah badan, berpenyakit, sakit  2. sesuatu yang menyebabkan tidak dapat bekerja (berjalan dan lain-lain), aral, halangan  3. (kiasan) a. datang bulan, haid  b. mengandung, hamil 4. (kiasan, bahasa percakapan) terlalu buruk keadaannya (barang-barang), hampir tidak boleh dipakai lagi.Makna27.01.2011
Tuan, yang manakah ejaan yang betul? (1) berterus-terang atau berterus terang (2) lemah-lembut atau lemah lembut (3) terang-benderang atau terang benderang terima kasih.Ejaan yang betul ialah berterus terang, lemah lembut dan terang-benderang.Tatabahasa25.06.2012
As salam tuan di talian, Betulkan penggunaan perkataan memperbaiki atau perbaiki dalam ayat di bawah. 1. Cikgu Salina meminta Salman agar memperbaiki karangannya yang lemah itu. atau 2. Saya akan perbaiki karangan saya yang lemah ini. Sekian terima kasih dan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha.1. Cikgu Salina meminta Salman agar memperbaik karangannya yang lemah itu.

2. Saya akan baiki karangan saya yang lemah ini.
Tatabahasa01.10.2014
Tuan, Saya ingin bertanya berkenaan urutan perkataan berikut : 1. Cemerlang 2. Baik 3. Memuaskan 4. Lemah Adakah perkataan 'memuaskan' perlu diletakkan di bawah perkataan baik ataupun 'memuaskan' menunjukkan keadaan lebih daripada baik? Jawapan pihak tuan amat dihargai.

Puan Salina,

Turutan kedudukan yang diberikan itu adalah betul (cemerlang, baik, memuaskan dan lemah). Terima kasih

Tatabahasa05.10.2010
salam, apakah yang dimaksudkan dengan SLOW LEARNER? Adakah DBP masih menggunakan istilah lembam? adakah lembam = slow learner. Didalam kategori masalah pembelajaran dimanakah pelajar lembam berada? TQPadanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah pelajar lembam. Lembam bermaksud 1. tidak ada kekuatan, lemah 2. lembap,tidak cergas, lemah(berkenaan kemampuan seorang murid menerima pelajaran). Untuk  mengetahui kategori masalah pembelajaran pelajar tersebut perlu menjalani pemeriksaan doktor. Saudara boleh menghubungi Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.     Makna17.07.2008
bahasa melayu merupakan bahasa kebangsaan bagi negara kita. namun, pada masa kini kedudukan bahasa melayu semakin tergugat dengan pelbagai sebab. soalan saya: 1. mengapakah pelajar Melayu sendiri masih lemah dalam penguasaan bahasa Melayu di sekolah? 2. Mengapakah bahasa Melayu semakin lemah? 3. Apakah cara-cara untuk memartabatkan kembali bahasa Melayu? sekian, terima kasih. kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai.

Saudara,

Pertanyaan saudara memerlukan pembacaan dan penyelidikan kepustakaan. Kami mencadangkan saudara membuat rujukan di perpustakaan di tempat saudara atau di Pusat Dokumentasi Melayu.

Lain-lain29.07.2009
Selamat pagi, puan : Tolong semak kesalahan yang ada dalam ayat di bawah : 1. Novel yang baru dibelinya itu dia baca beberapa halaman sahaja. 2. Pihak kerajaan berusaha meningkatkan tahap pelajaran khususnya yang lemah dalam bidang sains dan matematik. Terima kasih.1. Novel yang baru dibelinya itu dibaca beberapa halaman sahaja.
2. Pihak kerajaan berusaha meningkatkan tahap pelajaran dalam kalangan pelajar khususnya yang lemah dalam bidang sains dan matematik.
Tatabahasa20.02.2013
1. Mengapakah murid-murid tahap 2 lemah dalam mengenalpasti nilai-nilai murni dengan tepat berdasarkan petikan diberi? 2. Bagaimanakah untuk mengajar murid mengaitkan nilai-nilai murni yang tepat dengan ayat yang dibaca? 3. Apakah kaedah yang terbaik dan paling sesuai yang boleh digunakan untuk mengajar Bahasa Melayu Penulisan Bahagian C kepada murid-murid tahap 2? 4. Adakah kaedah penghafalan penanda wacana untuk menulis penulisan bahagian C digalakkan? 5. Apakah cara atau cara untuk mengajar murid-murid penulisan Bahagian C menggunakan komputer?Maklumat yang puan perlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sila rujuk kepada guru panitia bahasa Melayu di sekolah puan kerana perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran ini pihak gurulah yang lebih arif mengenainya.Tatabahasa12.04.2013
Nenek merebus ubi kayu itu sehingga_____untuk dibuat kuih lepat ubi. a. Lembut b. Lemau c. Lembik d. Empuk apakah jawapan? Apakah perbezaan antara keempat-empat pilihan di atas?Jawapan yang sesuai ialah empuk. Keempat-empat perkataan ini ada maksud tersendiri yang bergantung kepada konteks penggunaan:
 1. Lembut - tidak keras, mudah dilentur, lemah, lembik, lunak: siput babi memakan bahagian tumbuh-tumbuhan yg ~ dan hijau; ~ gigi drpd lidah lemah lembut (merendahkan diri); 2. baik hati, elok perangai (budi bahasa), sopan: bangsa Melayu itu ~ perangai dan berbudi halus; 3. menarik, tidak kaku atau garang (bkn rupa seseorang), tidak keras atau terlalu terang (bkn warna): raut anak muda, berwajah ~ itu bukan baru sehari dua dia kenal; tujuh warna gincu bibir yg ~ dan mekar; 4; ~ lembai Kd lemah lembut (orang lelaki yg berjalan spt orang perempuan); berlembut berbuat lembut (kelakuan, perangai dll): ibu tirinya itu sebenarnya bukanlah ~ kepadanya; melembut menjadi lembut (suara dll): sebentar kemudian terdengar suara orang bercakap ~ dan mengeras; melembutkan 1. menyebabkan jadi lembut, melembikkan, melunakkan: daun-daun itu direndamkan ke dlm air mendidih utk ~nya; 2. ki melemahkan (hati, dll), menyebabkan jadi lunak (perasaan, hati, dll): pujuk rayu Datuk Ujang tidak dapat ~ hatinya; kelembutan perihal lembut (benda, budi bahasa, dll): para pencipta perlu mempunyai ~ jiwa; pelembutan (Lin) perihal melembutkan perkataan (spt ke sungai kecil utk kencing dll); pelembut 1. orang yg sopan: perempuan tua yg sering dianggap ~ dan bersopan santun; 2. bahan (krim dsb) yg digunakan utk melembutkan sesuatu: ~ kulit.
2. Lemau - tidak garing kerana sudah masuk angin (bkn biskut, kuih dll). 2 tidak rancak (bkn bunyi-bunyian
3. Lembik - terlalu lembut (spt tanah, nasi, bantal, dll), tidak keras atau tegang (tali dll), kendur, lunak: tanah perkuburan itu masih ~; kuih ~; 2. tidak kuat atau cergas (orang), lemah, lembam: badannya ~ dan kurang sihat; ketawa ~; semangatnya ~; melembikkan menjadikan lembik, menyebab­kan lembik (lemah, kendur, dll); kelembikan perihal lembik (lemah, kendur, dll), kekenduran, kelemahan.
4. Empuk - lembut dan mudah dikunyah (bkn makanan). 2 tidak keras; lembut: duduk di kerusi yg ~. 3 reput dan mudah koyak (bkn kain). 4 sedap didengar (bkn bunyi); merdu; lunak. mengempukkan menjadikan empuk: Ubi itu direbus lama sedikit utk ~nya. keempukan keadaan atau sifat empuk: Mereka menguji ~ tilam baru itu.
Makna03.05.2014
Adakah penggunaan 'adalah' di dalam ayat-ayat berikut betul? 1. Contoh kata berlawanan adalah kuat dengan lemah, besar dengan kecil dan lain-lain. 2. Antara perbuatan yang kerap dilakukan adalah duduk, berjalan, makan, minum dan tidur. Harap tuan/puan boleh memberi jawapan hari ini. Sekian, terima kasih.Kata pemeri adalah hadir di hadapan fras adjektif atau frasa sendi nama. Oleh itu, penggunaan kata pemeri adalah dalam kedua-dua ayat contoh tersebut kurang tepat. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 264.Tatabahasa06.01.2012
1234

Kembali ke atas