Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : elok perangai, halus budi pekerti, baik hati; berlemah lembut bersikap lemah lembut: Nabi Muhammad adalah seorang yg berhati mulia dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : baik budi pekerti; tidak pemarah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lemah (adjektif)
1. Bersinonim dengan lesu: longlai, lengai, kelesa, lembam, tidak bertenaga, tidak bermaya, tidak berdaya, tidak berkuasa,
Berantonim dengan cergas

2. Bersinonim dengan lembam: lempam, lambat, lembap,
Berantonim dengan cerdas

Kata Terbitan : melemahkan, kelemahan,

Puisi
 

Lemah lembut pandan berduri,
     Putus tali kain cadar;
Lemah lembut membawa diri,
     Pandai hati siapa menanggar.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Lemah-lembut santan berlada.

Bermaksud :

Perkataan yang lemak manis tetapi berisi sindiran yang pedas.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Pantun

PantunSumberTema
Lebah bukan sebarang lebah, Lebah bergayut dipohon jati; Lemah bukan sebarang lemah, Lemah lembut menawan hati.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Lemah lembut pandan berduri, Putuslah tali tali tiada; Lemah lembut membawa diri, Putuslah hati adik penanda.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lemah lembut pandan berduri, Putus tali kain cadar; Lemah lembut membawa diri, Pandai hati siapa menanggar.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lemah lembut pandan berduri, Putus tali di tepi pagar; Lemah lembut membawa diri, Putus hati siapa menanggar.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Gulai umbut pucuk paku, Nasi terletak di muka pintu; Lemah lembut puteri Melayu, Bijak memasak menjahit baju.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Biarkan orang menyingkap arang, Kita menyingkap tanah bergambut; Biar orang bercakap garang, Kita bercakap lemah lembut.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Biarlah batang beruas-ruas, Kita memilih batang berlumut; Biarlah orang berkeras-keras, Kita memilih nan lemah lembut.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Lembut lemak sisi bemban, Terendak ikan letak di paya; Lemak lemah sirih digenggam, Hendak diunjuk emaknya ada.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas