Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : elok perangai, halus budi pekerti, baik hati; berlemah lembut bersikap lemah lembut: Nabi Muhammad adalah seorang yg berhati mulia dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : baik budi pekerti; tidak pemarah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lemah (adjektif)
1. Bersinonim dengan lesu: longlai, lengai, kelesa, lembam, tidak bertenaga, tidak bermaya, tidak berdaya, tidak berkuasa,
Berantonim dengan cergas

2. Bersinonim dengan lembam: lempam, lambat, lembap,
Berantonim dengan cerdas

Kata Terbitan : melemahkan, kelemahan,

Puisi
 

Lemah lembut pandan berduri,
     Putus tali kain cadar;
Lemah lembut membawa diri,
     Pandai hati siapa menanggar.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Lemah-lembut santan berlada.

Bermaksud :

Perkataan yang lemak manis tetapi berisi sindiran yang pedas.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
zartzartKesenianTiadaTempo dalam pergerakan muzik yang lemah-lembut.
affabile (It)dengan senangMuzikTiada

Persembahan muzik secara lemah lembut.

zartzartMuzikTiada

Zart bermaksud lemah lembut dan halus. Arahan kepada pemuzik untuk memberi penekanan dan perhatian yang halus terhadap not tertentu. Contohnya, zart hervotretend.

lieblichlieblichMuzikTiada

 Pemuzik bermain dengan perasaan yang penuh dengan kasih sayang dalam gaya muzik yang lemah lembut.

diffused lightcahaya baurKomunikasiTiadaCahaya yang lembut, kurang berbayang dan lemah yang dihasilkan dengan meletakkan turas pembaur di hadapan sumber cahaya.
molecular crystalhablur molekulKimiaTiadaHablur yang terbentuk daripada molekul-molekul yang terikat antara satu dengan yang lain oleh daya Van der Waals yang lemah. Hablur ini sangat lembut dan mempunyai takat lebur yang rendah. Kebanyakan sebatian kovalen membentuk hablur molekul. Misalnya, iodin, I2.
estintoestintoMuzikTiada

 Estinto bermaksud sangat lembut sehingga hampir tidak didengari. Estinto biasanya dimainkan dengan gaya yang lemah dan tidak bermaya.

temporary hard waterair liat sementaraKimiaTiadaAir liat yang terbentuk kerana kehadiran kalsium hidrogen karbonat dan magnesium hidrogen karbonat terlarut. Air liat jenis ini dapat diubah menjadi air lembut melalui pendidihan. Air liat terbentuk apabila air hujan bergabung dengan karbon dioksida di udara lalu membentuk asid karbonik lemah; asid karbonik lemah pula bertindak balas dengan batu-batuan karbonat (seperti batu kapur) lalu membentuk kalsium hidrogen karbonat yang larut di dalam air.
nocturnenocturneMuzikTiada

 Muzik instrumental yang membayangkan suasana malam. Nocturne mempunyai melodi yang merdu dan lemah gemalai, bertempo perlahan, mempunyai dinamik yang halus dan lembut, serta bersifat sentimental dan romantik. Contohnya, karya Nocturne oleh Chopin.

graphitegrafitKimiaTiadaAlotrop semula jadi karbon yang berbentuk hablur, berwarna kelabu, lembut, licin dan merupakan pengalir elektrik dan haba yang baik. Struktur hablur grafit mempunyai atom karbon yang tersusun secara heksagon dan terikat dengan ikatan kovalen. Daya Van der Waals yang lemah wujud antara lapisan grafit. Ini membolehkan lapisan-lapisan yang berdekatan tergelincir antara satu sama lain. Grafit juga dapat dihasilkan dengan memanaskan kok petroleum sehingga 3000oC di dalam relau rintangan elektrik. Alotrop karbon ini digunakan untuk membuat bahan pelincir, pencil, mangkuk pijar, elektrod dan penyederhana di dalam reaktor.
12

Kembali ke atas