Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.mas] | لمس

Definisi : tidak boleh bernafas (kerana tenggelam dlm air, kena gas, dll), sesak bernafas; mati ~ mati kerana tidak dapat bernafas; ~ fikiran tidak dapat berfikir, bingung; melemaskan menjadikan lemas: begitu tebal asapnya sehingga kalau sejam dua ia begitu tentulah ia dapat ~ manusia; kelemasan menjadi lemas: ia pun mati oleh sebab ~; pelemas; zat ~ Id zat yg berupa gas dan tidak berbau (dlm udara ada 78%), nitrogen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.mas] | لمس

Definisi : 1. boleh dilentur-lentur (kerana lemah, lesu, dll), tidak mempunyai kekuatan, lemah, lembut; 2. halus (budi bahasa dll), lemah lembut (kelakuan); melemaskan melembutkan atau melemahkan sesuatu, menghaluskan (budi bahasa dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.mas] | لمس

Definisi : tidak dpt bernafas kerana tenggelam dlm air (kena gas dll); sesak bernafas: Sudah dua orang yg mati ~ dlm kolam itu. ~ fikiran tidak dpt berfikir; bingung. melemaskan menjadikan lemas: Asap yg tebal itu telah ~ beberapa orang kanak-kanak. kelemasan menderita lemas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lemas (adjektif)
Bersinonim dengan tidak boleh bernafas, sesak bernafas.,

Puisi
 

Gulai lobak ikan senangin,
     Nampak lombong mengail emas;
Ombak besar dikacau angin,
     Ikan di tepi mati lemas.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
suffocatelemasVeterinarTiadaTiada
drowninglemasPerubatanTiadaSesak nafas yang menyebabkan kematian apabila paru-paru terisi dengan air atau bendalir lain.
drownlemas (Sukan Air)SukanTiadaTiada
smothering linetalian lemasKejuruteraanTiadaTiada
one-handed towtunda sebelah tanganSukanTiadaPerbuatan menunda mangsa lemas dengan sebelah tangan. Ini merupakan salah satu gaya penyelamat.
resuscitationresusitasiPerubatanTiadaKaedah memulihkan seseorang yang hampir maut secara tiba-tiba, misalnya kerana lemas atau serangan jantung. Lihat juga resusitasi kardiopulmonari.
cadaveris spasmspasma kadaverSains ForensikTiadaKekejangan otot yang berlaku secara tiba-tiba selepas kematian. Keadaan ini dapat membantu siasatan forensik tentang aktiviti terakhir mangsa sebelum kematian. Contohnya, mangsa mati lemas yang memegang sesuatu seperti rumput atau akar dengan kuat.
cadaveric spasmkejang mayatKimiaForensikBentuk kekejangan otot yang terjadi ketika mati, iaitu sebelum terjadi kekejuran yang biasanya dikaitkan dengan kematian yang dahsyat dalam keadaan emosi yang amat sangat, misalnya lemas atau bunuh diri. Kejadian ini menjadi rekod kelakuan terakhir seseorang itu sebelum ia mati.

Kembali ke atas