Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lem.ba] | لمبا

Definisi : sj tumbuhan (herba), segumbar urat, Piper umbellatum; ~ batu sj tumbuhan (herba), Staurogyne merguensis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lemba


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Piper umbellatumlemba (Piper umbellatum)PertanianTiadaTiada
Curculigo latifoliaLembaPertanianTiadaTumbuhan ini juga dikenali sebagai lumbah. Herba dalam famili Hypoxidaceae ini tumbuh subur di kawasan hutan yang agak lembab dan terlindung. Bentuknya seperti anak pokok kelapa, daunnya berpelepah, lebar dan panjang. Menghasilkan bunga berwarna kuning yang terbit di pangkal batang berhampiran permukaan tanah. Buahnya yang telah masak boleh dimakan mentah. Ia mengakibatkan rasa manis dalam mulut. Akar herba ini digunakan sebagai bahan ubat untuk mengubati demam.
Molineria latifolialembaHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Hypoxidaceae dan dikenali juga sebagai lumbah. Bentuknya seperti anak pokok kelapa, daunnya berpelepah, lebar dan panjang. Tumbuhan ini menghasilkan bunga berwarna kuning yang keluar pada pangkal batang berhampiran permukaan tanah. Buahnya berbentuk seperti bawang dan mempunyai banyak biji. Buahnya yang telah masak boleh dimakan mentah dan merangsang rasa manis dalam mulut. Tumbuhan herba ini hidup liar di kebun dan hutan yang terlindung. Air rebusan akar dan keseluruhan pokok diminum untuk mengubati demam, jangkitan kuman dalam perut dan saluran kencing. Air rebusan akar bersama buah pinang diminum untuk mengurangkan pengeluaran darah haid berlebihan (menoragia).
berryberiHerbaBotani dan BioteknologiBuah berisi pada keseluruhannya dan mengandungi banyak biji. Contohnya, tomato (Solanum lycopersicum), ceri (Mutingia calabura) dan lemba (Molineria latifolia).

Kembali ke atas