Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lem.ba.ga] | لمباݢ

Definisi : 1. bakal (manusia, tumbuhan dan binatang), benih, jauhar, asal mula (bagi sesuatu); ~ bisul mata (benih) bisul; ~ daun bakal daun; 2. bentuk yg mula-mula (yg asal), acuan atau cetakan; 3. bentuk sesuatu benda (yg kurang jelas rupanya): kami hanya melihat ~-~ mereka dr jauh; 4. perbadanan yg menjalankan sesuatu tugas: pegawai daerah itu juga menjadi ketua dan pengerusi L~ Bandaran; L~ Pelabuhan; 5. ketua suku (di Negeri Sembilan): maka berhimpunlah penghulu yg empat suku serta ~ yg dua belas suku; ~ pengarah badan yg terdiri drpd sekumpulan orang yg dilantik oleh para pemegang saham utk membuat dasar yg mesti dilaksanakan oleh pihak pengurusan syarikat; memperlembagakan menjadikan perlem­bagaan: percubaan utk ~ prosedur; perlembagaan undang-undang atau peraturan negeri, dasar pemerintah negeri: Malaya ber­satu padu dlm maksud mencapai kemerdekaan secara ~; berperlembagaan mempunyai (berlandas­kan, berpegang pd, dsb) perlembagaan: suatu prinsip asas yg ~ Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lem.ba.ga] | لمباݢ

Definisi : 1 asal mula yg akan menjadi sesuatu; benih (manusia, tumbuh-tumbuhan atau binatang): ~ bisul mata bisul. 2 bentuk yg asal atau yg mula-mula. 3 perbadanan yg menjalankan sesuatu tugas: ~ Pelesenan. 4 bentuk sesuatu benda (yg kurang jelas rupanya): Kami ternampak akan dua ~ yg sedang menghendap di dlm semak. perlembagaan undang-undang dasar pemerintahan sesebuah negara (pentadbiran sesebuah badan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lembaga (kata nama)
1. Bersinonim dengan benih: janin, fetus, jauhar,

2. Bersinonim dengan acuan: cetakan

3. Bersinonim dengan bayang-bayang

4. Bersinonim dengan perbadanan: majlis

Kata Terbitan : berpelembagaan, perlembagaan,

Puisi
 

Kalau tuan pergi ke hulu,
     Petikkan saya bunga lembaga;
Kalau tuan mati dahulu,
     Tunggu saya di pintu syurga.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bulat waris mengadakan buapak,
     bulat buapak mengadakan lembaga.

Bermaksud :

Kata sepakat waktu mengangkat datuk lembaga. buapak = kependekan daripada ibu dan bapa.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ahli lembaga /lembagaMesyuarat Lembaga PengarahLain-lain19.02.2008
Assalamualaikum dan salam sejahtera Mohon semakan bagi kenyataan yang tepat seperti berikut: i. Ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti;atau ii. Ahli Lembaga Pengarah - Ahli Lembaga Pengarah Universiti. Terima kasih.Wassalam,

Perkataan yang betul Ahli-ahli Lembaga Pengarah
Lain-lain15.05.2018
Lembaga Getah Malaysia akan melaksanakan Malaysian Sustainable Natural Rubber (MSNR). Kami ingin mendapatkan pandangan DBP mengenai padanan yang tepat dalam bahasa Melayu bagi perkataan Malaysian Sustainable Natural Rubber (MSNR).Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa Malaysian Sustainable Natural Rubber (MSNR) ialah Getah Asli Mampan Malaysia. Penyemakan dan penterjemahan15.10.2023
Huraian “Circular Resolution” ialah didalam mendapatkan kelulusan dari Ahli Lembaga Pengarah dimana resolusi diatas sesuatu perkara diedarkan untuk persetujuan lembaga Pengarah. Ini dilakukan dimana mesyuarat lembaga pengarah tidak dapat diadakan dan keputusan lembaga pengarah diperlukan. Mohon pencerahan bagi istilah penggunaan di dalam Bahasa Melayu bagi Circular Resolution. Terima kasih.Berdasarkan penerangan yang diberikan, kami berpendapat istilah bahasa Melayu yang sesuai ialah usul edaran.Istilah30.05.2016
Salam DBP, Mohon bantuan pihak tuan untuk mencadangkan nama ruangan di dalam Bahasa Malaysia seperti di bawah: terutama perkataan Outgoing "Outgoing Board Members, Alternate Board Members and Investment Panel" Maksud ruangan ialah senarai Ahli Lembaga, Silih Ganti Lembaga dan Panel Pelaburan yang telah tamat perkhidmatan dan meletak jawatan daripada lembaga. Mohon hubungi saya shahrul di 03-2616 1893 sekiranya mempunyai pertanyaan lanjut.Untuk makluman, DBP belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk istilah yang dikemukakan. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

Outgoing Board Members - Ahli Lembaga Tamat Tempoh Perkhidmatan atau Ahli Lembaga Bakal Bersara
Alternate Board Members - Ahli Lembaga Ganti atau Ahli Lembaga Silih Ganti
Investment Panel - Panel Pelaburan

Istilah19.02.2016
Ayat mana yang lebih tepat: borang itu hendaklah dicap Lembaga Peperiksaan ATAU borang itu hendaklah dibubuh cap Lembaga PeperiksaanAyat yang betul ialah "Borang itu hendaklah dicap oleh Lembaga Peperiksaan." atau "Borang itu hendaklah mempunyai logo Lembaga Peperiksaan."Tatabahasa16.07.2013
Mana satu penggunaan yang betul. 1. Saya menghadiri mesyuarat Lembaga Pengurusan / Pengurus Sekolah. 2. Ali telah menyediakan carta organisasi Lembaga Pengurusan / Pengurus Sekolah. Terima kasih.Salam sejahtera,

Frasa yang betu:

1. Saya menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengurusan Sekolah .
2. Ali telah menyediakan carta organisasi Lembaga Pengurusan Sekolah.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa18.06.2019
Saya ingin menterjemahkan "Board Audit Committee" ke Bahasa Melayu. 1. Jawatankuasa Lembaga Audit atau 2. Jawatankuasa Audit Lembaga Yang mana satu betul?"Board Audit Committee" diterjemahkan dalam bahasa Melayu: Jawatankuasa Lembaga Audit Makna18.05.2021
Perluasan makna perkataan lembagaDalam Kamus Dewan, Edisi Keempat lembaga ditakrifkan dengan pelbagai maksud, iaitu  1. bakal (manusia, tumbuhan dan binatang), benih, jauhar, asal mula (bagi sesuatu);  2. bentuk yg mula-mula (yang asal), acuan atau cetakan; 3. bentuk sesuatu benda (yang kurang jelas rupanya); 4. perbadanan yg menjalankan sesuatu tugas; 5. ketua suku (di Negeri Sembilan); sila rujuk juga Kamus Dewan Edisi Ketiga untuk mencari peluasan makna (jika ada) bagi kata lembaga.Makna16.09.2009
Assalamualaikum, pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan memasang papan tanda arah. Pihak LZS ingin memohon pengesahan tulisan jawi bagi perkataaan "PUSAT PEMBANGUNAN ZAKAT SELANGOR". Dilampirkan lakaran untuk rujukan pihak tuan. Sekian, terima kasih.Sila buat permohonan melalui https://dbpsahbahasa.my/ untuk penyemakan dan Pengesahan iklan. Terima kasih.Lain-lain16.12.2019
12345678910

Kembali ke atas