Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lem.ba.ga] | لمباݢ

Definisi : 1. bakal (manusia, tumbuhan dan binatang), benih, jauhar, asal mula (bagi sesuatu); ~ bisul mata (benih) bisul; ~ daun bakal daun; 2. bentuk yg mula-mula (yg asal), acuan atau cetakan; 3. bentuk sesuatu benda (yg kurang jelas rupanya): kami hanya melihat ~-~ mereka dr jauh; 4. perbadanan yg menjalankan sesuatu tugas: pegawai daerah itu juga menjadi ketua dan pengerusi L~ Bandaran; L~ Pelabuhan; 5. ketua suku (di Negeri Sembilan): maka berhimpunlah penghulu yg empat suku serta ~ yg dua belas suku; ~ pengarah badan yg terdiri drpd sekumpulan orang yg dilantik oleh para pemegang saham utk membuat dasar yg mesti dilaksanakan oleh pihak pengurusan syarikat; memperlembagakan menjadikan perlem­bagaan: percubaan utk ~ prosedur; perlembagaan undang-undang atau peraturan negeri, dasar pemerintah negeri: Malaya ber­satu padu dlm maksud mencapai kemerdekaan secara ~; berperlembagaan mempunyai (berlandas­kan, berpegang pd, dsb) perlembagaan: suatu prinsip asas yg ~ Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lem.ba.ga] | لمباݢ

Definisi : 1 asal mula yg akan menjadi sesuatu; benih (manusia, tumbuh-tumbuhan atau binatang): ~ bisul mata bisul. 2 bentuk yg asal atau yg mula-mula. 3 perbadanan yg menjalankan sesuatu tugas: ~ Pelesenan. 4 bentuk sesuatu benda (yg kurang jelas rupanya): Kami ternampak akan dua ~ yg sedang menghendap di dlm semak. perlembagaan undang-undang dasar pemerintahan sesebuah negara (pentadbiran sesebuah badan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lembaga (kata nama)
1. Bersinonim dengan benih: janin, fetus, jauhar,

2. Bersinonim dengan acuan: cetakan

3. Bersinonim dengan bayang-bayang

4. Bersinonim dengan perbadanan: majlis

Kata Terbitan : berpelembagaan, perlembagaan,

Puisi
 

Kalau tuan pergi ke hulu,
     Petikkan saya bunga lembaga;
Kalau tuan mati dahulu,
     Tunggu saya di pintu syurga.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bulat waris mengadakan buapak,
     bulat buapak mengadakan lembaga.

Bermaksud :

Kata sepakat waktu mengangkat datuk lembaga. buapak = kependekan daripada ibu dan bapa.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
centroid of composite bodysentroid jasad rencamMekanikGunaanPusat geometri bagi jasad yang terbentuk daripada lembaga-lembaga mudah. Lembaga-lembaga komponen itu boleh diambil kira sebagai unsur. Misalnya, untuk kes 2-D, jika sentroid bagi luas komponen yang ke-i ialah (), maka sentroid jasad rencam itu diberikan oleh ungkapan, (Rujuk m/s 174) dengan Ai sebagai luas yang ke-i dan A = Ai. Lihat juga sentroid.
simple figurelembaga mudahMekanikGunaanLembaga yang mempunyai bentuk piawai dengan sifat geometri dan sifat sifatekun yang mudah ditentukan. Contoh lembaga mudah yang kerap ditemui dalam analisis mekanik ialah segi empat tepat, bulatan, sfera, dan silinder. Untuk analisis, lembaga mudah tidak dileraikan menjadi lembaga-lembaga lomponen yang lebih mudah.
composite figurelembaga rencamMekanikGunaanLembaga yang terbentuk daripada gabungan lembaga mudah. Sifat geometri dan sifat sifatekun lembaga boleh didapati dengan menjumlahkan sifat lembaga komponennya tanpa perlu dihitung daripada prinsip pertama.
Rural BoardLembaga Kampung; Lembaga Luar bandarPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
administrative adjudicatory bodybadan adjudikasi pentadbiranUndang-undangTiadaBadan selain mahkamah yang menghakimi sebarang kes berhubung dengan kesalahan pentadbiran, contohnya tribunal, lembaga tatatertib, lembaga siasata, dan sebagainya.
Institutional Review BoardLembaga Peninjau InstitusiHerbaPeraturan dan PemasaranSebuah badan bebas yang terdiri daripada ahli perubatan, sains dan bukan sains. Lembaga Peninjau Institusi bertanggungjawab memastikan perlindungan hak, keselamatan dan kesejahteraan subjek manusia yang terlibat dalam ujian klinikal. Lembaga ini mengkaji semula, meluluskan dan menyediakan kajian berterusan terhadap protokol ujian dan pindaan serta kaedah dan bahan yang akan digunakan bagi mendapatkan dokumen persetujuan termaklum daripada subjek ujian.
Pardons BoardLembaga PengampunanUndang-undangTiadaLembaga yang ditubuhkan untuk mendengar rayuan terhadap hukuman yang dijatuhkan setelah proses kehakiman selesai.
symmetrysimetriMekanikGunaanSifat lembaga atau struktur yang membuatkan lembaga atau struktur itu boleh dibahagikan kepada dua bahagian yang sama bentuknya serta satu bahagian merupakan bayangan cermin bagi bahagian yang lagi satu [Rajah S5]. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 177 RAJAH S5
chairman of the boardpengerusi lembaga pengarahPentadbiranTiadaOrang yang mengetuai dan memimpin sesuatu lembaga pengarah.
gastrulagastrulaPerubatanTiadaLembaga yang terbentuk selepas pembentukan blastula dalam perkembangan embrio. Lembaga ini terdiri daripada dua lapisan, iaitu ektoderma dan entoderma, pada peringkat awal; kedua-dua lapisan ini melipat ke dalam untuk membentuk suatu rongga yang dapat berhubung dengan sekitaran luar melalui blastofor. Pada peringkat kemudiannya satu lapisan sel mesoderma terbentuk di antara kedua-dua lapisan tadi.
12345678910...

Kembali ke atas