Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lembaga (kata nama)
1. Bersinonim dengan benih: janin, fetus, jauhar,

2. Bersinonim dengan acuan: cetakan

3. Bersinonim dengan bayang-bayang

4. Bersinonim dengan perbadanan: majlis

Kata Terbitan : berpelembagaan, perlembagaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mana satu penggunaan yang betul. 1. Saya menghadiri mesyuarat Lembaga Pengurusan / Pengurus Sekolah. 2. Ali telah menyediakan carta organisasi Lembaga Pengurusan / Pengurus Sekolah. Terima kasih.Salam sejahtera,

Frasa yang betu:

1. Saya menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengurusan Sekolah .
2. Ali telah menyediakan carta organisasi Lembaga Pengurusan Sekolah.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa18.06.2019
Saya ingin menterjemahkan "Board Audit Committee" ke Bahasa Melayu. 1. Jawatankuasa Lembaga Audit atau 2. Jawatankuasa Audit Lembaga Yang mana satu betul?"Board Audit Committee" diterjemahkan dalam bahasa Melayu: Jawatankuasa Lembaga Audit Makna18.05.2021
Perluasan makna perkataan lembagaDalam Kamus Dewan, Edisi Keempat lembaga ditakrifkan dengan pelbagai maksud, iaitu  1. bakal (manusia, tumbuhan dan binatang), benih, jauhar, asal mula (bagi sesuatu);  2. bentuk yg mula-mula (yang asal), acuan atau cetakan; 3. bentuk sesuatu benda (yang kurang jelas rupanya); 4. perbadanan yg menjalankan sesuatu tugas; 5. ketua suku (di Negeri Sembilan); sila rujuk juga Kamus Dewan Edisi Ketiga untuk mencari peluasan makna (jika ada) bagi kata lembaga.Makna16.09.2009
1)Puan Kamariah membeli sebiji kek berperisa/berperasa coklat di kedai kek. yang manakah yang betul, berperisa atau berperasa 2) kedua-dua pengantin atau kedua-dua orang pengantin? yang manakah yang betul? 3)seekor lembaga atau satu lembaga??? 4)bagaimana cara untuk kita mengenal pasti penggunaan partikel pun sama ada serangkai atau jarak? contohnya kalaupun atau kalau pun???mana yang betul?? 5) "senantiasa" "sentiasa". yang mana yang paling tepat??1. Kek berperisa coklat.
2. kedua-duanya betul.
3. Satu lembaga.
4. Ada dua cara menulis partikel pun. Partikel pun yang bererti juga ditulis terpisah daripada kata yang mengikutinya. Contoh: apa pun;telah pun. Ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun, iaitu adapun, andaipun, biarpun, kendatipun, mahupun, sekalipun, walaupun, ataupun, bagaimanapun, kalaupun, lagipun, meskipun dan sungguhpun.
5. Kedua-duanya betul.
Tatabahasa07.05.2013
Tuan, saya hendak minta tunjuk ajar tentang ayat di bawah : 1. Peralatan Ict itu adalah dermaan Lembaga Pengurusan Sekolah. Soalah: 1.Adakah terdapat kesalahan dalam ayat tersebut? 2. Adakah perkataan dermaan sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Sekian, terima kasih. Harap pihak tuan dapat balas secepat mungkin. Daripada. Cikgu FungUntuk makluman, perkataan "dermaan tidak boleh digunakan dalam ayat tersebut. Ayat yang betul ialah "Peralatan ICT itu ialah derma daripada Lembaga Pengurusan Sekolah".Tatabahasa21.08.2015
'melentur buluh biarlah dari rebung' 1. adakah peribahasa di atas diterima DBP & Lembaga Peperiksaan? (tak dapat dikesan dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4: yang ada hanyalah 'melentur biarlah waktu rebung') 2. Jika diterima, adakah penggunaan 'dari' dalam peribahasa itu betul?Kamus Istimewa Peribahasa Melayu merakamkan peribahasa "Melentur biarlah waktu rebung". Untuk tujuan peperiksaan kami sarankan saudara merujuk kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia.Tatabahasa19.10.2011
1. Tuan, dalam konteks Malaysia, adakah singkatan "Ir." bagi Jurutera Profesional berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (Board of Engineers Malaysia) dan lulusan universiti tempatan atau United Kingdom merujuk kepada gelaran "Insinyur" atau "Ingenieur"? Di Eropah, singkatan "Ir." adalah untuk gelaran "Ingenieur". Bukankah istilah "Insinyur" berasal dari Bahasa Indonesia dan bermaksud sarjana keteknikan lulusan negara tersebut? 2. Seperkara lagi, apakah sebutan yang betul untuk singkatan "Ir."? Apakah ianya disebut dengan nama penuh "Ingenieur/Insinyur" atau I R (disebut dengan dua huruf ini sahaja) kerana dalam sesetengah majlis rasmi ada pengacara majlis menyebutnya dengan sebutan I R sahaja. Dalam masa yang sama, singkatan "Dr." tidak pula disebut D R tetapi dengan nama penuh "Doktor".Dalam Kamus Dewan, ejaan "Ir" dilabelkan sebagai bahasa Indonesia dan kependekan bagi Insinyur. Sedikit maklumat yang kami peroleh, mengikut amalan di negara kita gelaran "Ir" d iberikan kepada jurutera bertauliah yang telah lulus ujian kelayakan profesional. Gelaran tersebut disebut mengikut ejaan huruf yang diwakili, iaitu Ir (I.R) sama seperti Ar (A.R) bagi Arkitek, berbeza dengan amalan di negara jiran kita yang menyebut dengan ejaan penuh Insiyur. Untuk amklumat lanjut, tuan boleh menghubungi pihak Lembaga Jurutera Malaysia, pihak yang berwenang dalam hal berkenaan.Penyemakan dan penterjemahan18.10.2015
Di manakah silap ayat ini: 1.Perkara ini dibincang dan ditegur secara serius setiap kali dalam mesyuarat lembaga pengarah ABC Sdn. Bhd. supaya tindakan sewajarnya diambil. 2. Tuan/Puan hendaklah memakai baju yang bersesuaian.

1. Perkara ini telah dibincang dan ditegur secara serius setiap kali mesyuarat Lembaga Pengarah ABC Sdn. Bhd. supaya tindakan sewajarnya diambil.1"> 

2. Tuan/Puan hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian.1">

Tatabahasa07.04.2017
Bolehkah perkataan "specific character" dalam ayat di bawah ini dipadankan dengan "sesuatu yang tertentu"? Without prejudice to the generality of subsection (1), and subject to consultation with the Authority, the power of the Minister to give directions shall extend to the giving to it of directions as to the application of proceeds of such disposals, notwithstanding that the directions may be of a specific character: Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), dan tertakluk kepada perundingan dengan Lembaga, kuasa Menteri untuk memberikan arahan termasuk memberikan arahan kepada Lembaga tentang penggunaan hasil daripada aset modal yang dilupuskan itu, walaupun arahan itu mengenai sesuatu yang tertentu:Ayat yang dicadangkan ialah: Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), dan tertakluk kepada perundingan dengan Lembaga, kuasa Menteri untuk memberikan arahan termasuk memberikan arahan kepada Lembaga tentang penggunaan hasil daripada aset modal yang dilupuskan itu, walaupun arahan itu mengenai sesuatu perkara yang tertentu.Makna24.07.2021
(1) Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA) menggunakan ejaan "Klang Bandar DiRaja". (2) Ejaan yang betul ialah: Diraja (bukan DiRaja). (3) Mohon pihak DBP nasihatkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) supaya perbetulkan. (4) Banyak terdapat di Shah Alam.
Kami mengambil maklum akan aduan ini, tindakan susulan akan diambil kepada pihak yang berkenaan. Untuk makluman saudara juga, sebarang aduan tentang kesalahan bahasa boleh dikemukakan melalui domain "Pantau Tegur Bahasa". 

Sebagai badan perancangan bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hanya boleh memberikan nasihat dan bimbingan tentang penggunaan bahasa Melayu yang baik, betul dan indah tetapi DBP belum lagi diberikan kuasa undang-undang untuk mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan baik.



Lain-lain21.02.2023
123

Kembali ke atas