Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lem.ba.ngan] | لمبڠن

Definisi : tanah pamah yg rendah, lembah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lem.ba.ngan] | لمبڠن

Definisi : tanah pamah yg rendah: ~ Murray-Darling mendapat hujan sedikit saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lembangan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LEMBANGAN

Lembangan ialah kawasan yang disalirkan oleh

sungai dan cawangan sungai. Lembangan yang

besar di dunia termasuk Sungai Mississippi di

Amerika Syarikat, Sungai Congo di Afrika, Sungai

Amazon di Amerika Selatan, dan Sungai Yangtze di

Asia.

Lembangan juga bermaksud kawasan yang

sungainya tidak mempunyai saluran keluar ke laut.

Bagi lembangan jenis ini, anak sungai mengalirkan

airnya ke dalam tasik, menyerap dalam pasir,

menjadi kering. Sesetengah lembangan jenis ini

mempunyai tasik air masin, seperti Tasik Great Salt

di Utah, Amerika Syarikat.

Lihat juga Lembangan Besar dan rencana dalam

Ensiklopedia Dunia tentang sungai dan tasik yang

disebut di dalam rencana ini.

Lembangan Besar ialah kawasan gurun yang

besar di Amerika Syarikat Barat. Di lembangan ini

terdapat beberapa tasik dan sungai. Air sungai

ini sama ada kering atau mengalir ke salah satu

daripada tasik di tempat ia menyejat. Lembangan

Besar ialah kawasan penyaliran dalaman kerana

sungainya mengalir dalam kawasan tersebut dan

bukan ke dalam kumpulan air yang terletak di luar

kawasan.

Lembangan ini meliputi kawasan seluas kira-kira

520 000 kilometer persegi di California,

Idaho, Nevada, Oregon, Utah, dan Wyoming. Sink

(kawasan rendah yang boleh menampung air)

terdapat di beberapa lembah. Lembangan yang

terbesar ialah Tasik Great Salt, Sink Carson dan

Humboldt, dan Tasik Piramid. Lekukan terdalam di

lembangan ini ialah (Death Valley) di California.

Lembangan Besar Artois ialah lembangan

artois yang terbesar di Australia. Lembangan ini

terletak di dalam sebahagian besar Queensland,

utara New South Wales, dan sudut timur

laut Australia Selatan. Daripada keseluruhan

kawasannya yang seluas kira-kira 1.5 juta kilometer

persegi, kira-kira 1500 lubang artois menyediakan

bekalan air yang tetap untuk pertanian. Lihat

Telaga artois .

UMUM 
LEMBANGAN BESAR ARTOISLembangan Besar Artois ialah lembangan
artois yang terbesar di Australia.
UMUMUmum
LEMBANGAN BESARLembangan Besar ialah kawasan gurun yang
besar di Amerika Syarikat Barat.
UMUMUmum
LEMBANGAN SALIRAN

Lembangan saliran, kawasan yang membekalkan air kepada suatu rangkaian alur.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBentuk Muka Bumi
SCAPA FLOW

Scapa Flow ialah lembangan laut yang dikelilingi

oleh Kepulauan Orkney, di utara Scotland.

Panjangnya ialah 24 kilometer dan lebarnya 13

kilometer. Scapa Flow menjadi ibu pejabat

skuadron Armada Utama British semasa Perang

Dunia I. Pada 21 Jun 1919, tentera laut Jerman yang

kalah membocorkan dan menenggelamkan kapal

yang masih berada di lembangan itu. Ketika Perang

Dunia II, kapal selam Jerman menenggelamkan

kapal perang British, Royal Oak , semasa

melabuhkan sauhnya di Scapa Flow. Pada tahun

1970-an dan tahun 1980-an, Scapa Flow menjadi

terminal penting untuk saluran paip minyak dari

Laut Utara.

Lihat juga Orkney.

UMUM 
SEICHE

Seiche ialah gelombang panjang di tasik, teluk atau

lembangan yang serupa. Seiche biasanya disebabkan

oleh angin kencang, gempa bumi kecil, atau

perubahan dalam tekanan atmosfera. Seiche ringan

kerap berlaku di Tasik Geneva di Switzerland dan di

Tasik Erie serta Tasik Garam Besar di Amerika Utara.

UMUM 
MONYET BERBULU

Monyet berbulu ialah sejenis monyet besar

yang tinggal di lembangan Sungai Amazon di

Amerika Selatan. Ada dua spesies – monyet

berbulu biasa yang juga dikenali sebagai monyet

berbulu Humboldt, dan monyet berbulu berekor

kuning.

UMUM 
OKAPI

Okapi ialah haiwan nadir yang hidup di hutan

tebal di sekitar lembangan Sungai Congo di

Afrika. Ia ditemui di sana oleh penjelajah Eropah

pada tahun 1900. Okapi tingginya kira-kira 1.5

meter pada paras bahu. Ia berkaitan dengan

zirafah, tetapi lehernya jauh lebih pendek. Badan

okapi berwarna perang berangan tua, mukanya

putih, pinggul dan kaki atasnya berbelang-belang

putih. Okapi jantan mempunyai sepasang tanduk

yang pendek dan berbulu.

UMUM 
DONETSK

Donetsk (pend. 1 064 000) ialah sebuah bandar

raya di Lembangan Sungai Donets. Donetsk berada

di sebelah timur Ukraine. Untuk lokasi bandar raya,

lihat Ukraine (peta).

UMUM 
TITI

Titi ialah sejenis monyet kecil di Amerika Selatan.

Ia hidup di hutan hujan tropika di Amazon, di

Lembangan Sungai Orinoco dan di timur Brazil. Titi

jantan dan betina lebih kurang sama besarnya.

Panjangnya lebih kurang 30 sentimeter hingga 40

sentimeter dan panjang ekornya 35 sentimeter

hingga 40 sentimeter. Beratnya lebih kurang satu

kilogram. Bulunya berwarna kelabu, perang

kemerahan atau hitam. Ia hidup di atas pokok dan

sekali-sekala ia turun ke tanah. Makanan utamanya

buah-buahan dan juga banyak jenis daun dan

serangga.

UMUM 
123

Kembali ke atas