Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lem.bap] | لمبڤ

Definisi : 1. masih basah (mis tuala, tanah, dll), tidak kering: kain baju yg dijemur itu masih ~; jalan masuk ke kedai itu ~ dan becak; 2. tidak rancak (suara, bunyi-bunyian, dll), tidak nyaring, kendur, tawar; 3. lambat atau kurang mencapai kemajuan (dlm pelajaran), tidak cerdas, lemah, lembam: Salimlah satu-satu­nya budak yg ~ dlm pelajaran, tetapi dia petah bercakap; jika peruncit membeli keluaran yg tidak diminati oleh para pelanggan, perniagaannya akan mengalami masalah jualan yg ~ dan mengalami kerugian; melembap menjadi lembap (kulit dsb): peringkat penjagaan kulit, iaitu membersih, menyegar dan ~; melembapkan menjadikan (menyebabkan) lembap: tanah yg terlalu kering perlu dilembap­kan terlebih dahulu; lembapan sesuatu (bahan dsb) yg lembap; kelembapan 1. perihal lembap (tidak kering): kabusnya tebal kerana ~nya tinggi; 2. perihal lambat atau kurang mencapai kemajuan, perihal lembap (tidak cerdas, lemah, lembam), kelemahan, kelembaman: ~ industri perikanan di negara ini mula dikesan pd awal tahun 1980-an; pelembapan perihal (tindakan dsb) menjadi­kan lembap: pertama pembersihan, penyegar­an dan ~ muka; pelembap (bahan dsb) yg melembapkan (kulit dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lem.bap] | لمبڤ

Definisi : 1 masih basah (bkn kain yg dibasuh dll); tidak kering benar: Kain di jemuran masih ~ kerana hari tidak panas. Masa yg paling baik utk bertanam ialah semasa tanah dlm keadaan gembur dan ~. 2 tidak cekap atau tidak cergas (dlm menjalankan tugas; melaksanakan pekerjaan dll): Pegawai yg ~ sentiasa mengada-adakan alasan utk menutup kelemahannya. 3 tidak rancak (bkn muzik, nyanyian dsb). ~ cair ist bersifat menjadi lembap dan cair apabila didedahkan ke udara. melembapkan menjadikan lembap atau menyebabkan jadi lembap. lembapan (banyak sedikitnya) wap air yg terkandung dlm udara. kelembapan keadaan lembap. pelembapan perihal atau perbuatan melembapkan: Kaedah menjaga kecantikan termasuklah pembersihan, penyegaran dan ~ kulit. pelembap bahan atau sesuatu yg melembapkan: Losen dpt berfungsi sbg ~ kulit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lembap (adjektif)
1. Bersinonim dengan basah: berair, denar, semek, demek, embal, melempen, berkemal, berlengas,
Berantonim dengan kering

2. Bersinonim dengan lembam: lemah, lambat, lempam,
Berantonim dengan cerdas

Kata Terbitan : melembapkan, kelembapan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
humid regionkawasan lembapGeografiTiadaKawasan - kawasan yang mengalami iklim jenis lembap sederhana tanpa musim kering, lembap sederhana dengan musim sejuk kering dan lembap sederhana musim panas kering.
psychrometric chartcarta psikrometerKejuruteraanKejuruteraan KimiaCarta kelembapan yang memaparkan secara grafik keseimbangan jisim dan tenaga wap air di dalam udara. Carta ini juga memberikan parameter kelembapan, isi padu lembap, haba lembap, dan sebagainya.
humidlembap; lengasGeografiTiadaSifat udara yang lembap dan berlengas.
deliquescentlembap cairPerubatanTiadaMempunyai kecenderungan untuk menjadi lembap atau berair jika dibiarkan terdedah kerana proses penyerapan air dari udara.
humid airudara lembapGeografiTiadaUdara yang lembap dan lengas.
moist tonguelelidah lembapSainsHidrometeorologiPerluasan atau penerobosan udara lembap ke suatu kawasan yang umumnya berkelembapan rendah.
humid mesothermal climateiklim suhu sederhana lembapGeografiTiadaIklim lembap sederhana di mana suhu bulan paling sejuk adalah di bawah 18oC dan sekurang-kurangnya satu bulan mempunyai purata suhu di atas 10oC. Iklim tersebut mempunyai musim panas dan sejuk.
humid subtropical climateiklim hampir tropika lembapGeografiTiadaIklim jenis subtropika lembap di mana purata kerpasan bagi bulan paling panas adalah lebih daripada 3 sm.
cold and dampsejuk dan lembapGeografiTiadaPerihal sifat suhu cuaca yang sejuk dan udara yang lembap.
damp-prooftahan lembapTeknikElektrikBerkaitan dengan peralatan, alat tambah atau kabel yang tidak mudah dimasuki kelembapan. Peralatan tahan lembap biasanya dilindungi daripada lembapan dengan cara penutupan atau penebatan dengan bahan yang tidak mudah diresapi kelembapan, seperti sebatian asfalt.
12345678910...

Kembali ke atas