Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lem.ba.pan] | کلمبڤن

Definisi : sesuatu (bahan dsb) yg lembap; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lem.ba.pan] | کلمبڤن

Definisi : (banyak sedikitnya) wap air yg terkandung dlm udara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lembapan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
moisture gradientkecerunan lembapanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKeadaan semasa proses pengeringan kayu apabila kandungan lembapan berkurangan daripada bahagian dalam ke permukaan kayu. Istilah ini juga khusus digunakan untuk menerangkan keluk taburan kandungan lembapan dalam kayu. Kecerunan lembapan kayu dipengaruhi oleh nilai ketelapan, kandungan lembapan awal, ketumpatan, keadaan udara, dan persekitaran.
moisture contentkandungan lembapanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanJumlah lembapan yang terdapat dalam kayu dan biasanya dinyatakan sebagai peratusan berat keringan ketuhar kayu tersebut. Jumlah lembapan bnoleh ditentukan dengan kaedah gravimetri, penyulingan, dan meter lembapan.
moisture metremeter lembapanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanAlat yang dilengkapi elektrod pengalir eletrik yang digunakan untuk menyukat kandungan lembapan kayu secara langsung, sama ada dengan memasukkan elektrod ke dalam kayu atau meletakkannya pada permukaan kayu. Bacaan diselaraskan mengikut spesies dan suhu kayu. Dua jenis meter lembapan yang digunakan ialah meter lembapan rintangan dan meter lembapan kapasitans.
overdampinglembapan lampauFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanLembapan yang lebih besar daripada lembapan genting.
equilibrium moisture contentkandungan lembapan seimbangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanAras kandungan lembapan kayu yang seimbang dengan keadaan kelembapan bandingan dan suhu tertentu. Dalam keadaan ini kayu tidak akan menjerap lembapan atau mengeluarkannya. Pada kebanyakan kayu, aras ini berjulat antara 25 hingga 30 peratus. Aras ini dipengaruhi oleh sejarah pengeringan kayu. Kandungan lembapan seimbang lebih dikenali dengan singkat Ingeris EMC.
inherent moisturelembapan terwujudKejuruteraanTiada1. Dalam arang, bahagian lembapan yang wujud secara struktur di dalam bahan.,2. Lembapan maksimum yang ada pada sampel arang pada kelembapan 100% dan pada tekanan atmosfera.
moisture distributiontaburan lembapanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKandungan lembapan yang berbeza-beza di sepanjang kepingan kayu, dari permukaan atas ke permukaan bawah, dari sisi ke sisi yang bertentangan dan dari hujung ke hujung. Taburan lembapan ini perlu diuji terutamanya pada kayu yang baru dikeringkan.
hysteresishisteresisPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKecerungan kayu mencapai takat keseimbangan kandungan lembapan yang lebih rendah apabila menyerap lembapan, berbanding dengan apabila melepaskan lembapan daripada keadaan yang lebih lembab pada persekitaran yang serupa. Fenomena ini dapat dilihat daripada perbezaan antara keluk penjerapan dan penyaherapan.
moisture contentkandungan lembapanHerbaTiadaKandungan air dalam bahan herba yang diukur dengan kaedah susut pengeringan, pentitratan Karl Fischer, penyulingan dengan peralatan Dean-Stark atau analisis spektroskopi seperti resonans magnet nukleus dan inframerah. Nilai peratusan lembapan ditentukan daripada ungkapan 100a/b, iaitu a ialah kandungan air dan b ialah berat asal bahan herba. Kandungan lembapan merupakan ukuran kualiti bahan mentah atau sediaan herba. Secara umumnya, had piawai kandungan lembapan dalam bahan herba tidak melebihi 10%w/w. Lembapan yang melebihi had piawai akan meningkatkan risiko pertumbuhan mikrob dan kulat, atau kemungkinan berlakunya degradasi bahan fitokimia dalam bahan herba. Hal ini menjadikan bahan tersebut tidak berkualiti dan tidak selamat untuk digunakan.
moisture proofingpengalisan lembapanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanRawatan perendaman atau penyemburan hasil kayu dengan bahan seperti lilin atau minyak, untuk mengurangkan kadar serapan lembapan kayu berkenaan. Kayu yang telah dirawat dengan bahan kalis lembapan biasanya mempunyai dimensi yang lebih stabil.
12345678910...

Kembali ke atas