Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lem.bi/] | لمبيق

Definisi : 1. terlalu lembut (spt tanah, nasi, bantal, dll), tidak keras atau tegang (tali dll), kendur, lunak: tanah perkuburan itu masih ~; kuih ~; 2. tidak kuat atau cergas (orang), lemah, lembam: badannya ~ dan kurang sihat; ketawa ~; semangatnya ~; melembikkan menjadikan lembik, menyebab­kan lembik (lemah, kendur, dll); kelembikan perihal lembik (lemah, kendur, dll), kekenduran, kelemahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lem.bi/] | لمبيق

Definisi : 1 tidak keras; lembut: Bantal ini ~ benar. 2 kurang cergas; lemah: Semangatnya ~. melembikkan menyebabkan menjadi lembik; melembutkan. kelembikan keadaan atau sifat lembik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lembik (adjektif)
1. Bersinonim dengan lembut: lunak, benyek, benyai, lodoh,
Berantonim dengan keras

2. Bersinonim dengan lembam: lembap, lambat, lemah, lembik,
Berantonim dengan cerdas

Kata Terbitan : melembikkan, kelembikan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
petani itu menyemai benih-benih sawi di tanah yang __. 'gembur' atau 'lembik' yang mana satu lebih sesuai? atau kedua-dua juga sesuai digunakan[lembik:terlalu lembut (spt tanah, nasi, bantal, dll) ; gembur :tidak keras padat (ttg tanah) ]?Perkataan yang sesuai ialah gembur.Tatabahasa29.07.2013
Nenek merebus ubi kayu itu sehingga_____untuk dibuat kuih lepat ubi. a. Lembut b. Lemau c. Lembik d. Empuk apakah jawapan? Apakah perbezaan antara keempat-empat pilihan di atas?Jawapan yang sesuai ialah empuk. Keempat-empat perkataan ini ada maksud tersendiri yang bergantung kepada konteks penggunaan:
 1. Lembut - tidak keras, mudah dilentur, lemah, lembik, lunak: siput babi memakan bahagian tumbuh-tumbuhan yg ~ dan hijau; ~ gigi drpd lidah lemah lembut (merendahkan diri); 2. baik hati, elok perangai (budi bahasa), sopan: bangsa Melayu itu ~ perangai dan berbudi halus; 3. menarik, tidak kaku atau garang (bkn rupa seseorang), tidak keras atau terlalu terang (bkn warna): raut anak muda, berwajah ~ itu bukan baru sehari dua dia kenal; tujuh warna gincu bibir yg ~ dan mekar; 4; ~ lembai Kd lemah lembut (orang lelaki yg berjalan spt orang perempuan); berlembut berbuat lembut (kelakuan, perangai dll): ibu tirinya itu sebenarnya bukanlah ~ kepadanya; melembut menjadi lembut (suara dll): sebentar kemudian terdengar suara orang bercakap ~ dan mengeras; melembutkan 1. menyebabkan jadi lembut, melembikkan, melunakkan: daun-daun itu direndamkan ke dlm air mendidih utk ~nya; 2. ki melemahkan (hati, dll), menyebabkan jadi lunak (perasaan, hati, dll): pujuk rayu Datuk Ujang tidak dapat ~ hatinya; kelembutan perihal lembut (benda, budi bahasa, dll): para pencipta perlu mempunyai ~ jiwa; pelembutan (Lin) perihal melembutkan perkataan (spt ke sungai kecil utk kencing dll); pelembut 1. orang yg sopan: perempuan tua yg sering dianggap ~ dan bersopan santun; 2. bahan (krim dsb) yg digunakan utk melembutkan sesuatu: ~ kulit.
2. Lemau - tidak garing kerana sudah masuk angin (bkn biskut, kuih dll). 2 tidak rancak (bkn bunyi-bunyian
3. Lembik - terlalu lembut (spt tanah, nasi, bantal, dll), tidak keras atau tegang (tali dll), kendur, lunak: tanah perkuburan itu masih ~; kuih ~; 2. tidak kuat atau cergas (orang), lemah, lembam: badannya ~ dan kurang sihat; ketawa ~; semangatnya ~; melembikkan menjadikan lembik, menyebab­kan lembik (lemah, kendur, dll); kelembikan perihal lembik (lemah, kendur, dll), kekenduran, kelemahan.
4. Empuk - lembut dan mudah dikunyah (bkn makanan). 2 tidak keras; lembut: duduk di kerusi yg ~. 3 reput dan mudah koyak (bkn kain). 4 sedap didengar (bkn bunyi); merdu; lunak. mengempukkan menjadikan empuk: Ubi itu direbus lama sedikit utk ~nya. keempukan keadaan atau sifat empuk: Mereka menguji ~ tilam baru itu.
Makna03.05.2014
Perbezaan kemudian , dan lalu Adik tidur di sofa yang lembik/empuk?Soalan tuan kurang jelas, perbezaan lazimnya dua perkara yang berbeza, satu daripadanya kemudian dan apakah perkara yang satu lagi? Sila hubungi kami semula.Tatabahasa05.04.2014
Saya ingin bertanya, bolehkah kita menggunakan perkataan kembang untuk roti yang dimasukkan ke dalam air atau hanya perlu menggunakan ayat : roti itu telah menjadi lembik apabila dimasukkan ke dalam air teh itu ?Perkataan yang sesuai ialah lembut.

Roti itu menjadi lembut apabila dimasukkan ke dalam air teh.
Tatabahasa09.07.2013
Salam sejahtera, Tuan, Manakah jawaban yang tepat bagi soalan yang berikut: Ubi yang direbus oleh Mak Cik Leha sudah empuk. Pilih Perkataan berlawan bagi empuk. A keras B liat C lembik D mengkal Sekian terima kasih.Perkataan "empuk" berlawanan dengan "keras".Tatabahasa30.08.2013
Maaf. saya ingin bertanya tentang perkataan lembut di dalam ayat di bawah. Adakah betul penggunaannya? Mohon pencerahan pihak DBP. Terima kasih. Tenunan kain pua yang dijual oleh Puan Lindai itu sungguh lembut.
Perkataan lembut bermaksud tidak keras, mudah dilentur, lemah, lembik, lunak. Berdasarkan makna, perkataan lembut boleh digunakan. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=lembut . 
Tatabahasa13.06.2020

Kembali ke atas