Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lem.bu] | لمبو

Definisi : sj binatang ternakan utk mendapatkan susu dan dagingnya, Bos longifrons, Bos brachyceros, dll; ~ daging lembu yg dipelihara utk (mendapat­kan) dagingnya; ~ dogol a) lembu yg tidak bertanduk; b) ki orang yg suka mengugut tetapi tidak melakukan apa-apa; ~ kasi a) lembu yg dikasi; b) orang yg berani dgn musuh kalau berjauhan; ~ kenyang Kl orang yg degil atau malas, orang yg berbuat tidak peduli; ~ kontan (Eko) perniagaan yg mendapat keuntungan besar secara berterusan atau selalu mengalami lebihan tunai; ~ pawah lembu yg hasil pemeliharaannya dibahagi dua antara tuan punya dgn orang yg mengusahakannya; ~ tenusu = ~ perahan lembu yg diternak terutamanya utk mendapatkan susunya; ~ dogol jangan dibalun prb orang yg tidak melawan jangan diusik-usik, jika melawan dia bersungguh-sungguh; ~ punya susu, sapi dapat nama prb orang lain yg membuat kebajikan orang lain yg mendapat kepujian; ~ tanduk panjang, tidak menanduk pun dikata orang menanduk juga prb orang yg sudah terkenal jahatnya; laksana ~ dogol, tak boleh ditanduk hanya disondol prb a) orang yg hanya suka menggertak tetapi tidak berbahaya; b) me­lawan dgn seberapa kuasanya dlm perkelahian; laksana ~ kasi prb badan sahaja yg besar tetapi hati penakut; menghela ~ dgn talinya, meng­hela manusia dgn akalnya prb manusia harus diperlakukan dgn lemah lembut; memperlembu ki memperlakukan spt lembu (terhadap seseorang), memandang spt lembu: kerana takut akan ugutan inilah orang-orang desa yg bodoh itu makin diperlembu oleh Tuan Kasim. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lem.bu] | لمبو

Definisi : ; burung ~ sj burung, pucung, Ardea s. sumatrana; punai ~ sj burung, tekukur, tekukur api, Macropygia ruficeps malayana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lem.bu] | لمبو

Definisi : sj ikan laut, buntal kotak, Ostracion spp.; lelembu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lem.bu] | لمبو

Definisi : beberapa jenis binatang ternakan utk memperoleh susu atau dagingnya, Bos longifrons; Bos brachyceros; Bos indicus. ~ daging lembu yg dipelihara khusus utk memperoleh dagingnya. ~ susu (perahan) lembu yg dipelihara utk memperoleh susunya. memperlembu ki memperlakukan seseorang spt lembu; membodoh-bodohkan: Mereka sengaja mengambil kesempatan utk ~ kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lembu

Puisi
 

Lembu siapa tambat di pantai,
     Punca tali di pokok asam;
Ilmu siapa adik pakai,
     Senyum sekali manis tang malam.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Kerbau (= lembu) tanduk panjang,
     tiada menanduk pun dikata orang menanduk juga.

Bermaksud :

Orang yang sudah terkenal kejahatannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kerbau runcing tanduk).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
water-meadown meadow air: cattle grazing in the ~, lembu-lembu yg meragut rumput di meadow air.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
browsen meragut + approp n: cattle out for a ~, lembu-lembu yg keluar utk meragut rumput;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
moovi melenguh: the cows were ~ing in the field, lembu-lembu itu melenguh di padang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
meadown grassland, padang rumput: cattle grazing in the ~s, lembu-lembu yg meragut di padang rumput.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pasturevi meragut rumput: the cattle were pasturing on the river flats, lembu-lembu ternakan meragut rumput di pamah sungai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
corralvt confine in corral, mengandangkan: the cattle were ~led for the night, lembu-lembu itu dikandangkan pd sebelah malam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
low 2 vi melenguh, mendenguh: the cattle were ~ing in the field, lembu-lembu melenguh di padang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
foragevi (of animal) mencari makanan: the cattle were foraging in the undergrowth, lembu-lembu itu mencari makan di kawasan semak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fieldn 1. open tract of grassland, padang: cows grazing in the ~s, lembu-lembu yg meragut rumput di padang; 2. cultivated tract of land, ladang; (irrigated) sawah, bendang: ~s of wheat ripening under the sun, ladang-ladang gandum yg menguning disinari cahaya matahari; 3. wide expanse covered with substance named, medan, padang: the ice ~s around the North Pole, padang ais di sekitar Kutub Utara; lava ~, medan lava; 4. area rich in named resource, medan: the opal ~s of South Australia, medan baiduri Australia Selatan; gas ~s, medan gas; 5. area cleared and marked for purposes, padang: a football ~, padang bola sepak; a landing ~, padang mendarat; training ~, padang latihan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lush 1 adj 1. luxuriant, verdant, subur: cattle grazing on ~ green pastures, lembu-lembu yg sedang meragut di padang rumput yg hijau dan subur; the ~ growth of tropical rain forests, hutan hujan tropika yg tumbuh subur; 2. (colloq), luxurious, plush, mewah: “this is all very ~,” she said looking around her hotel room, “segalanya serba mewah”, katanya sambil melihat sekitar bilik hotelnya; he is leading a pretty ~ life these days, dia menjalani kehidupan yg agak mewah kebelakangan ini; the floors were covered with ~ carpets, lantai dilitupi permaidani mewah; a ~ job in one of Paris’s fashion houses, pekerjaan mewah di salah sebuah gedung fesyen di Paris.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas