Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lem.bu] | لمبو

Definisi : sj binatang ternakan utk mendapatkan susu dan dagingnya, Bos longifrons, Bos brachyceros, dll; ~ daging lembu yg dipelihara utk (mendapat­kan) dagingnya; ~ dogol a) lembu yg tidak bertanduk; b) ki orang yg suka mengugut tetapi tidak melakukan apa-apa; ~ kasi a) lembu yg dikasi; b) orang yg berani dgn musuh kalau berjauhan; ~ kenyang Kl orang yg degil atau malas, orang yg berbuat tidak peduli; ~ kontan (Eko) perniagaan yg mendapat keuntungan besar secara berterusan atau selalu mengalami lebihan tunai; ~ pawah lembu yg hasil pemeliharaannya dibahagi dua antara tuan punya dgn orang yg mengusahakannya; ~ tenusu = ~ perahan lembu yg diternak terutamanya utk mendapatkan susunya; ~ dogol jangan dibalun prb orang yg tidak melawan jangan diusik-usik, jika melawan dia bersungguh-sungguh; ~ punya susu, sapi dapat nama prb orang lain yg membuat kebajikan orang lain yg mendapat kepujian; ~ tanduk panjang, tidak menanduk pun dikata orang menanduk juga prb orang yg sudah terkenal jahatnya; laksana ~ dogol, tak boleh ditanduk hanya disondol prb a) orang yg hanya suka menggertak tetapi tidak berbahaya; b) me­lawan dgn seberapa kuasanya dlm perkelahian; laksana ~ kasi prb badan sahaja yg besar tetapi hati penakut; menghela ~ dgn talinya, meng­hela manusia dgn akalnya prb manusia harus diperlakukan dgn lemah lembut; memperlembu ki memperlakukan spt lembu (terhadap seseorang), memandang spt lembu: kerana takut akan ugutan inilah orang-orang desa yg bodoh itu makin diperlembu oleh Tuan Kasim. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lem.bu] | لمبو

Definisi : ; burung ~ sj burung, pucung, Ardea s. sumatrana; punai ~ sj burung, tekukur, tekukur api, Macropygia ruficeps malayana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lem.bu] | لمبو

Definisi : sj ikan laut, buntal kotak, Ostracion spp.; lelembu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lem.bu] | لمبو

Definisi : beberapa jenis binatang ternakan utk memperoleh susu atau dagingnya, Bos longifrons; Bos brachyceros; Bos indicus. ~ daging lembu yg dipelihara khusus utk memperoleh dagingnya. ~ susu (perahan) lembu yg dipelihara utk memperoleh susunya. memperlembu ki memperlakukan seseorang spt lembu; membodoh-bodohkan: Mereka sengaja mengambil kesempatan utk ~ kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lembu

Puisi
 

Lembu siapa tambat di pantai,
     Punca tali di pokok asam;
Ilmu siapa adik pakai,
     Senyum sekali manis tang malam.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Kerbau (= lembu) tanduk panjang,
     tiada menanduk pun dikata orang menanduk juga.

Bermaksud :

Orang yang sudah terkenal kejahatannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kerbau runcing tanduk).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Maafkan saya, saya mempunyai soalan yang ingin diajukan. Dalam kamus Perdana, saya mendapati lembu daging didefinisikn sebagai lembu yang berwarna putih, merah keperang-perangan, hitam atau kelabu. Selain itu, lembu daging juga didefinisikan sebagai lembu yang berbonggol di bahagian atas bahu badannya dan diternak khusus untuk dagingnya. Jadi, soalan saya, adakah lembu yang berwarna coklat tetapi mempunyai ciri-ciri dalam definisi tadi dikatakan juga sebagai lembu daging? Atau lembu-lembu yang telah dinyatakan warnanya sahaja serta yang mempunyai ciri-ciri tersebut dikatakan sebagai lembu daging?Ya. Lembu yang berwarna coklat termasuk dalam kategori lembu yang berwarna merah keperang-perangan. Yang penting ciri utamanya ialah lembu tersebut diternak untuk dagingnya, bukan untuk susu atau untuk membuat kerja.Makna31.03.2023
Apakah perbezaan di antara perkataan 'ia' dan 'ianya'. Selain itu, perkataan apakah yang sesuai untuk menggantikan perkataan yang merujuk haiwan @ binatng dalam sesebuah ayat. Contohnya: Lembu - lembu itu berkeliaran dan ...... enggan masuk ke kandang.

Yang betul ialah ia, iaitu ganti nama diri ketiga untuk manusia. Perkataan nya tidak boleh digandingkan dengan ia menjadi ianya kerana nya juga ganti nama diri ketiga. Bagi binatang, boleh digantikan dengan haiwan itu atau mamalia tersebut.

Tatabahasa15.04.2010
Selamat pagi, tuan/puan. Saya ingin bertanya tentang perkataan daging lembu Wagyu. Yang manakah ejaan yang betul? daging lembu wagyu atau daging lembu Wagyu? Mohon pencerahan pihak DBP. Sekian, terima kasih.Jawapan yang betul ialah daging lembu Wagyu.Ejaan30.10.2020
Awak pandai memerah susu lembu. Ayat pasif yang berikut manakah betul? (a) Susu lembu pandai awak perah. (b) Susu lembu awak pandai perah.Ayat pasif yang betul:

Susu lembu awak pandai perah.
Tatabahasa11.11.2015
LEMBU/KERBAU DICUCUK HIDUNGKERBAU DICUCUK HIDUNGTatabahasa02.11.2010
Penggunaan bahasa yang betul bagi ayat di bawah:- Ekor Lembu Asam Pedas atau Asam Pedas Ekor Lembu Ikan Asam Pedas atau Asam Pedas IkanPenggunaan bahasa yang betul ialah:

1) Asam Pedas Ekor Lembu
   Ini ialah frasa nama yang mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubungan inti (Asam Pedas) + penerang nama jenis (ekor lembu).

2) Asam Pedas Ikan
Ini ialah frasa nama yang mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubungan inti (Asam Pedas) + penerang nama jenis (ikan.
Lain-lain08.05.2018
Mohon pencerahan. Peribahasa manakah yg tepat, lembu dicucuk hidung atau kerbau dicucuk hidung? Apakah kedua2nya boleh diterima? Terima kasih.Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Merujuk kepada peribahasa tersebut, jawapan yang paling tepat ialah lembu dicucuk hidung - merujuk kepada lembu yang sering dilambangkan dengan kebodohan. Lembu dicucuk hidung beerti orang bodoh yang menurut sahaja kemahuan orang lain atau orang yang selalu menurut kemahuan orang. Rajin-rajinlah bersahabat dengan http://prpm.dbp.gov.my/ di hujung jarLain-lain17.03.2014
betulkah ayat ini? Haji Ghazali memotong dua ekor lembuAyat yang betul ialah: Haji Ghazali menyembelih dua ekor lembu. Perkataan memotong digunakan dalam konteks yang berikut: Haji Ghazali memotong daging lembu.Tatabahasa28.05.2011
Salam, Yang manakah betul? 1) Encik Ali ingin memproses susu lembu dari ladang ternaknya. 2) Encik Ali ingin memproses susu lembu daripada ladang ternaknya. Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Encik Ali ingin memproses susu lembu dari ladang ternaknya". Dalam ayat di atas, kata sendi nama "dari" digunakan di hadapan kata nama yang menyatakan tempat. 
Tatabahasa13.12.2021
Anak saya bertanya tentang penjodoh bilangan untuk ekor. se ? ekor. terima kasih

Tuan,

Ekor merupakan penjodoh bilangan bagi binatang: contohnya, seekor lembu, dua ekor lembu jantan, dan sebagainya.

Lain-lain21.03.2009
123456789

Kembali ke atas