Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lem.bu] | لمبو

Definisi : sj binatang ternakan utk mendapatkan susu dan dagingnya, Bos longifrons, Bos brachyceros, dll; ~ daging lembu yg dipelihara utk (mendapat­kan) dagingnya; ~ dogol a) lembu yg tidak bertanduk; b) ki orang yg suka mengugut tetapi tidak melakukan apa-apa; ~ kasi a) lembu yg dikasi; b) orang yg berani dgn musuh kalau berjauhan; ~ kenyang Kl orang yg degil atau malas, orang yg berbuat tidak peduli; ~ kontan (Eko) perniagaan yg mendapat keuntungan besar secara berterusan atau selalu mengalami lebihan tunai; ~ pawah lembu yg hasil pemeliharaannya dibahagi dua antara tuan punya dgn orang yg mengusahakannya; ~ tenusu = ~ perahan lembu yg diternak terutamanya utk mendapatkan susunya; ~ dogol jangan dibalun prb orang yg tidak melawan jangan diusik-usik, jika melawan dia bersungguh-sungguh; ~ punya susu, sapi dapat nama prb orang lain yg membuat kebajikan orang lain yg mendapat kepujian; ~ tanduk panjang, tidak menanduk pun dikata orang menanduk juga prb orang yg sudah terkenal jahatnya; laksana ~ dogol, tak boleh ditanduk hanya disondol prb a) orang yg hanya suka menggertak tetapi tidak berbahaya; b) me­lawan dgn seberapa kuasanya dlm perkelahian; laksana ~ kasi prb badan sahaja yg besar tetapi hati penakut; menghela ~ dgn talinya, meng­hela manusia dgn akalnya prb manusia harus diperlakukan dgn lemah lembut; memperlembu ki memperlakukan spt lembu (terhadap seseorang), memandang spt lembu: kerana takut akan ugutan inilah orang-orang desa yg bodoh itu makin diperlembu oleh Tuan Kasim. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lem.bu] | لمبو

Definisi : ; burung ~ sj burung, pucung, Ardea s. sumatrana; punai ~ sj burung, tekukur, tekukur api, Macropygia ruficeps malayana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lem.bu] | لمبو

Definisi : sj ikan laut, buntal kotak, Ostracion spp.; lelembu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lem.bu] | لمبو

Definisi : beberapa jenis binatang ternakan utk memperoleh susu atau dagingnya, Bos longifrons; Bos brachyceros; Bos indicus. ~ daging lembu yg dipelihara khusus utk memperoleh dagingnya. ~ susu (perahan) lembu yg dipelihara utk memperoleh susunya. memperlembu ki memperlakukan seseorang spt lembu; membodoh-bodohkan: Mereka sengaja mengambil kesempatan utk ~ kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lembu

Puisi
 

Lembu siapa tambat di pantai,
     Punca tali di pokok asam;
Ilmu siapa adik pakai,
     Senyum sekali manis tang malam.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Kerbau (= lembu) tanduk panjang,
     tiada menanduk pun dikata orang menanduk juga.

Bermaksud :

Orang yang sudah terkenal kejahatannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kerbau runcing tanduk).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
freemartinismfrimartinismePenternakanGenetik dan PembiakbakaanAnak lembu betina yang dilahirkan kembar dengan anak lembu jantan. Anak lembu jantan tersebut normal, manakala anak lembu betina pula akan mempunyai komposisi badan seperti lembu jantan dan keabnormalan pada organ pembiakan dalaman. Anak lembu betina ini juga mandul.
heiferheiferPertanianAgroteknologiLembu betina muda yang berumur satu tahun atau lebih, yang belum pernah melahirkan anak. Heifer akan dikahwinkan dengan lembu jantan bagi tujuan membiakkan anak. Bagi lembu tenusu, setelah melahirkan anak dan cerai susu, heifer yang kini menjadi ibu lembu akan terus diternak untuk mendapatkan susu. Selain heifer, haiwan ternakan lembu yang biasa terdapat dalam sesebuah ladang ternakan boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori seperti lembu jantan baka, anak lembu belum cerai susu, anak lembu cerai susu, anak lembu jantan dan lembu menyusu.
beefdaging lembuPentadbiran PerniagaanTiadaDaging yang diperolehi daripada lembu, anak lembu dan haiwan yang sefamili dengannya.
bulllembu jantan dewasaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanHaiwan yang sudah mencapai umur sesuai untuk membiak yang dikhususkan kepada lembu. Umur lembu jantan dewasa yang sesuai digunakan sebagai baka ialah dua tahun.
tallowlemak lembuKimiaTiadaBahan yang mengandungi berbagai-bagai-bagai jenis gliserida dan biasanya diperoleh secara peleburan tisu lemak lembu. lemak lembu digunakan dalam pembuatan lilin, sabun dan bahan pelincir.
stud bulllembu jantan pembakaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanHaiwan yang sudah mencapai umur sesuai untuk membiak yang dikhususkan kepada lembu. Umur lembu jantan pembaka yang sesuai digunakan ialah 2½-3 tahun.
beef jerkyjerki daging lembuMakanan dan PemakananMakananDaging lembu yang telah dibuang lemaknya dan dihiris dalam bentuk kepingan panjang. Jerki daging lembu biasanya diperap dengan garam, gula atau rempah ratus sebelum dikeringkan atau disalai pada suhu rendah (di bawah 70°C). Jerki daging lembu merupakan produk sedia dimakan dan bersifat kenyal. Jerki daging lembu boleh disimpan selama berbulan-bulan tanpa penyejukan.
vealdaging anak lembuMakanan dan PemakananMakananDaging yang diperoleh daripada anak lembu yang disembelih pada umur kurang dari 20 minggu. Daging anak lembu ini kurang lemak, sangat lembut dan berwarna cerah. Ini disebabkan anak lembu tersebut diberikan makanan berasaskan susu dan tidak diberikan makanan berserat.
feeder calfanak lembu pemakan; anak lembu penggantiVeterinarTiadaTiada
beef pedigreepedigri lembu pedagingPenternakanGenetik dan PembiakbakaanLembu pedaging yang mempunyai rekod sejarah keturunan atau salasilah yang disahkan oleh sesuatu badan pembiakbakaan. Lembu ini mempunyai nilai yang tinggi kerana mempunyai ciri tertentu yang diingini seperti terdapat pada baka asal. Bagi meningkatkan baka dan kualiti, lembu ini dipelihara di ladang yang khas.
12345678910...

Kembali ke atas