Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lunak
Rujuk :lembut

Peribahasa

Lunak gigi daripada lidah.

Bermaksud :

Merendahkan diri; bersikap lemah-lembut.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera.. apa perbezaan antara lunak dan merdu? Jika ayat : suara Zainal amat _______ apabila mendendangkan lagu-lagu berentak tradisional. Apakah jawapan yang tepat antara lunak dan merdu? Terima kasih.Lunak ialah lembut dan merdu contohnya penyanyi itu sangat lunak suaranya.
Merdu ialah enak atau sedap didengar (suara, nya­nyian, dan lain-lain).
Kedua-dua jawapan betul.
Lain-lain28.08.2015
1.lembut rasa kek coklat ini. 2. mengapa lembut sangat suara radio itu? tanya Liew tuan, adakah kedua-dua ayat ini kesalahan dalam penggunaan lembut? tq

1. Lembut tidak sesuai digunakan untuk merujuk kepada 'rasa'. Perkataan yang lebih sesuai ialah sedap, enak atau lazat.

2. Lembut boleh digunakan untuk merujuk kepada 'suara'. Perkataan lain yang sesuai ialah merdu, nyaring dan lunak. Ayat tersebut sepatutnya menambah perkataan juruhebah atau penyiar sebelum perkataan 'suara'. Perkataan 'bunyi' lebih sesuai untuk radio. (... bunyi radio itu.)

Tatabahasa18.09.2011
Nenek merebus ubi kayu itu sehingga_____untuk dibuat kuih lepat ubi. a. Lembut b. Lemau c. Lembik d. Empuk apakah jawapan? Apakah perbezaan antara keempat-empat pilihan di atas?Jawapan yang sesuai ialah empuk. Keempat-empat perkataan ini ada maksud tersendiri yang bergantung kepada konteks penggunaan:
 1. Lembut - tidak keras, mudah dilentur, lemah, lembik, lunak: siput babi memakan bahagian tumbuh-tumbuhan yg ~ dan hijau; ~ gigi drpd lidah lemah lembut (merendahkan diri); 2. baik hati, elok perangai (budi bahasa), sopan: bangsa Melayu itu ~ perangai dan berbudi halus; 3. menarik, tidak kaku atau garang (bkn rupa seseorang), tidak keras atau terlalu terang (bkn warna): raut anak muda, berwajah ~ itu bukan baru sehari dua dia kenal; tujuh warna gincu bibir yg ~ dan mekar; 4; ~ lembai Kd lemah lembut (orang lelaki yg berjalan spt orang perempuan); berlembut berbuat lembut (kelakuan, perangai dll): ibu tirinya itu sebenarnya bukanlah ~ kepadanya; melembut menjadi lembut (suara dll): sebentar kemudian terdengar suara orang bercakap ~ dan mengeras; melembutkan 1. menyebabkan jadi lembut, melembikkan, melunakkan: daun-daun itu direndamkan ke dlm air mendidih utk ~nya; 2. ki melemahkan (hati, dll), menyebabkan jadi lunak (perasaan, hati, dll): pujuk rayu Datuk Ujang tidak dapat ~ hatinya; kelembutan perihal lembut (benda, budi bahasa, dll): para pencipta perlu mempunyai ~ jiwa; pelembutan (Lin) perihal melembutkan perkataan (spt ke sungai kecil utk kencing dll); pelembut 1. orang yg sopan: perempuan tua yg sering dianggap ~ dan bersopan santun; 2. bahan (krim dsb) yg digunakan utk melembutkan sesuatu: ~ kulit.
2. Lemau - tidak garing kerana sudah masuk angin (bkn biskut, kuih dll). 2 tidak rancak (bkn bunyi-bunyian
3. Lembik - terlalu lembut (spt tanah, nasi, bantal, dll), tidak keras atau tegang (tali dll), kendur, lunak: tanah perkuburan itu masih ~; kuih ~; 2. tidak kuat atau cergas (orang), lemah, lembam: badannya ~ dan kurang sihat; ketawa ~; semangatnya ~; melembikkan menjadikan lembik, menyebab­kan lembik (lemah, kendur, dll); kelembikan perihal lembik (lemah, kendur, dll), kekenduran, kelemahan.
4. Empuk - lembut dan mudah dikunyah (bkn makanan). 2 tidak keras; lembut: duduk di kerusi yg ~. 3 reput dan mudah koyak (bkn kain). 4 sedap didengar (bkn bunyi); merdu; lunak. mengempukkan menjadikan empuk: Ubi itu direbus lama sedikit utk ~nya. keempukan keadaan atau sifat empuk: Mereka menguji ~ tilam baru itu.
Makna03.05.2014
Maaf. saya ingin bertanya tentang perkataan lembut di dalam ayat di bawah. Adakah betul penggunaannya? Mohon pencerahan pihak DBP. Terima kasih. Tenunan kain pua yang dijual oleh Puan Lindai itu sungguh lembut.
Perkataan lembut bermaksud tidak keras, mudah dilentur, lemah, lembik, lunak. Berdasarkan makna, perkataan lembut boleh digunakan. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=lembut . 
Tatabahasa13.06.2020

Kembali ke atas