Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lem.but] | لمبوت

Definisi : 1. tidak keras, mudah dilentur, lemah, lembik, lunak: siput babi memakan bahagian tumbuh-tumbuhan yg ~ dan hijau; ~ gigi drpd lidah lemah lembut (merendahkan diri); 2. baik hati, elok perangai (budi bahasa), sopan: bangsa Melayu itu ~ perangai dan berbudi halus; 3. menarik, tidak kaku atau garang (bkn rupa seseorang), tidak keras atau terlalu terang (bkn warna): raut anak muda, berwajah ~ itu bukan baru sehari dua dia kenal; tujuh warna gincu bibir yg ~ dan mekar; 4; ~ lembai Kd lemah lembut (orang lelaki yg berjalan spt orang perempuan); berlembut berbuat lembut (kelakuan, perangai dll): ibu tirinya itu sebenarnya bukanlah ~ kepadanya; melembut menjadi lembut (suara dll): sebentar kemudian terdengar suara orang bercakap ~ dan mengeras; melembutkan 1. menyebabkan jadi lembut, melembikkan, melunakkan: daun-daun itu direndamkan ke dlm air mendidih utk ~nya; 2. ki melemahkan (hati, dll), menyebabkan jadi lunak (perasaan, hati, dll): pujuk rayu Datuk Ujang tidak dapat ~ hatinya; kelembutan perihal lembut (benda, budi bahasa, dll): para pencipta perlu mempunyai ~ jiwa; pelembutan (Lin) perihal melembutkan perkataan (spt ke sungai kecil utk kencing dll); pelembut 1. orang yg sopan: perempuan tua yg sering dianggap ~ dan bersopan santun; 2. bahan (krim dsb) yg digunakan utk melembutkan sesuatu: ~ kulit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lem.but] | لمبوت

Definisi : 1 tidak keras; mudah dilenturkan; lembik: Daging yg keras jika direbus lama-lama menjadi ~ juga. 2 tidak bengis; sopan santun: Orang Melayu ~ perangainya dan halus budi bahasanya. 3 ist (bkn air) mudah berbuih apabila dikocakkan dgn sabun kerana tidak ada atau cuma sedikit saja garam kalsium atau garam magnesium yg larut di dlmnya. berlembut berkelakuan (berperangai dll) lembut: Ia selalu ~ pd anaknya. melembutkan 1 menjadikan lembut; melembikkan: Air hujan ~ tanah dan ini akan memudahkan kerja membajak. 2 melemahkan (hati dll): Tidak seorang pun yg dpt ~ hati orang tua itu. kelembutan keadaan lembut (bkn benda, tingkah laku dsb): ~nya berbicara amat menyenangkan kami. pelembutan perbuatan atau hal melembutkan. pelembut 1 orang yg lembut (tingkah lakunya dsb). 2 bahan utk melembutkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lembut (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak keras: lunak, lembik, empuk,
Berantonim dengan keras

2. Dalam konteks perangai
bersinonim dengan bersopan, bersantun, beradab, berbahasa, beradat, baik, elok,
Berantonim dengan kasar

3. Dalam konteks suara
bersinonim dengan lunak, perlahan, rendah, merdu, enak,
Berantonim dengan keras

Kata Terbitan : berlembut, melembutkan, kelembutan,

Puisi
 

Lembut lemak sisi bemban,
     Terendak ikan letak di paya;
Lemak lemah sirih digenggam,
     Hendak diunjuk emaknya ada.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Telinga yang lembut,
     itulah yang kerap dipulas.

Bermaksud :

Orang yang pemurah kerap kali menjadi tempat tumpuan orang meminjam; orang yang penurut selalu menjadi kuda-kuda orang yang kuat dan berkuasa. pulas = pilin.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
soft8. a. kind, gentle, lembut: although he looks stern he has a ~ heart, walaupun dia kelihatan serius, hatinya lembut or dia berhati lembut; a ~ and caring person who would not harm a fly, seorang yg lembut dan mengambil berat ttg orang lain serta sangat baik hati;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
velvetyadj 1. soft and smooth like velvet, lembut dan licin spt baldu; (of eyes) lembut: the ~ skin of babies, kulit bayi yg lembut dan licin spt baldu; the ~ petals of the rose, kelopak-kelopak mawar yg lembut dan licin spt baldu; her ~ eyes and winning smile, matanya yg lembut dan senyumnya yg menggoda; 2. soft and without sharpness, lembut dan lemak: a ~ voice, suara yg lembut dan lemak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
paperbackn [approp n] berkulit lembut: ~ edition, edisi berkulit lembut; in ~, berkulit lembut: I’ve read the novel in ~, saya telah membaca novel itu yg berkulit lembut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
soft-hearted adj /lembut, lunak/ hati, berhati lembut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lenientlyadv in a mild manner, (of persons and their actions) dgn lembut: the gang was treated ~, kumpulan jahat itu diperlakukan dgn lembut; behave ~, bersikap lembut: he behaved ~ towards his enemies, dia bersikap lembut thdp musuh-musuhnya; look ~ upon, memandang ringan thdp: the headmistress does not look ~ upon such misbehaviour, guru besar tdk memandang ringan thdp kelakuan yg tidak baik spt itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lenientlyadv in a mild manner, (of persons and their actions) dgn lembut: the gang was treated ~, kumpulan jahat itu diperlakukan dgn lembut; behave ~, bersikap lembut: he behaved ~ towards his enemies, dia bersikap lembut thdp musuh-musuhnya; look ~ upon, memandang ringan thdp: the headmistress does not look ~ upon such misbehaviour, guru besar tdk memandang ringan thdp kelakuan yg tidak baik spt itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
soft adj 1. not firm, stiff or hard, lembut; (of pillow, mattress, chair, etc) empuk, lembut: knead the dough until it is ~, uli doh itu sehingga lembut; the ~-cover edition will be priced at $15.00, edisi kulit lembut akan dijual dgn harga $15.00;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gentleadj 1. kind and tender, a. (of person, manner, character), (lemah) lembut: my mother was warm and ~, ibu saya mesra dan lemah lembut orangnya; her words were pleasant, her manner ~, kata-katanya menyenangkan, tingkah lakunya lembut; please be ~ with the boy, tolong bersikap lemah lembut dgn budak itu; b. (of face, facial expression, eyes) lembut: puppies usually have ~ eyes, anak anjing biasanya mempunyai mata yg lembut; c. (of words, persuasion, etc) lembut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
soft2. smooth, delicate in texture, lembut: he has a wallet made of ~ leather, dia mempunyai dompet yg dibuat drpd kulit lembut; the ~ skin of a baby, kulit lembut bayi; her evening gown was made from a very ~ material, gaun malamnya dibuat drpd kain yg begitu lembut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
featheryadj 1. see FEATHERED; 2. soft and light , lembut dan ringan: ~ snow, salji yg lembut dan ringan; 3. soft, delicate, lembut: ~ strokes of his brush, palitan berusnya yg lembut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas