Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.mur] | لمور

Definisi : sj mamalia (spt kera) dlm famili Lemuridae yg terdapat di Madagaskar; ~ ekor gelang, sj lemur yg ekornya bergelang-gelang putih hitam, Lemur catta; ~ perang, Lemur fulvus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lemur


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AYE-AYE

Aye-aye ialah haiwan kecil bak tupai di

Madagascar. Ia tergolong dalam kumpulan yang

dinamakan lemur . Aye-aye berwarna perang, kira-

kira sebesar arnab. Ia mempunyai mata dan telinga

yang besar. Ia paling aktif pada waktu malam,

apabila ia memburu serangga untuk dimakan. Aye-

aye menggunakan jari ketiganya yang panjang dan

halus untuk mengeluarkan serangga pengorek dari

lubang di dalam batang pokok. Pada siang hari,

aye-aye bersembunyi di sarangnya daripada

ranting yang dibina dalam pokok di hutan. Aye-aye

adalah spesies yang terancam. Pertumbuhan

kampung memusnahkan hutan yang diperlukan

oleh haiwan ini untuk hidup. Kerajaan Madagascar

melarang pemburuan aye-aye, dan mewujudkan

beberapa hutan simpanan untuk melindungi

spesies ini.

Pengelasan saintifik. Aye-aye ialah ahli order Primat.

Ia membentuk familinya sendiri, Daubentoniidae

merupakan satu spesies Daubentonia madagascarienis .

UMUM 
MONYET

Monyet adalah satu daripada banyak jenis

mamalia kecil, cergas dan antara haiwan yang

paling cerdik. Ahli sains mengelaskan monyet –

bersama manusia, beruk, lemur, dan kongkang

dalam order Primat, iaitu order yang tertinggi.

Kecerdikan monyet membolehkannya

menyesuaikan diri dengan pelbagai persekitaran.

Oleh sebab persamaan antara monyet dengan

manusia, ahli sains menggunakan monyet dalam

penyelidikan tentang kelakuan dan penyakit

manusia. Misalnya, bahan darah yang dikenali

sebagai faktor Rh ditemui dalam eksperimen

menggunakan monyet Rhesus (lihat Faktor Rh).

UMUM 
POTTO

Potto ialah haiwan kecil yang hidup di bahagian

barat Afrika. Potto tergolong dalam famili haiwan

yang meliputi monyet, mawas dan manusia. Tetapi

potto kelihatan lebih mirip kepada sloth,

berbanding monyet atau mawas. Potto ialah ahli

sekumpulan haiwan yang dikenali sebagai lemur

lembap atau loris .

UMUM 
PRIMAT

Primat ialah anggota kumpulan mamalia yang

terdiri daripada manusia dan haiwan yang paling

hampir menyerupainya. Ahli-ahli sains mengelaskan

lebih kurang 180 spesies mamalia sebagai primat.

Mereka membahagikan primat kepada dua jenis

utama: (1) antropoid – manusia, beruk dan monyet,

dan (2) prosimia – aye-aye, galago, lemur, kongkang,

poto dan tarsier. Sesetengah ahli sains mengelaskan

tikus kesturi sebagai prosimia.

UMUM 

Kembali ke atas