Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.na] | لينا

Definisi : (léna) 1. lelap, nyedar, nyenyak: aku menelungkupkan mukaku ke bantal lalu ~ semula; 2. leka, lalai, tidak sedar (ingat): semua orang ~, ~ dgn impian masing­-masing; 3. lama (waktu), lambat-lambat: tidak berapa ~ ketikanya; berlena, berlena-lena sengaja menghabis­habiskan masa, berlalai-lalai, berlama-lama, berleka-leka; melenakan membuat supaya lena, menjadi­kan lena, melelapkan: dia berpura-pura ~ diri dan membiarkan ia dibawa oleh laki­laki itu; terlena 1. tertidur, tidur lelap: matanya dipejamkan dan dia mula ~ dgn tidak payah dipaksa-paksa; 2. terlupa akan hal-hal lain, terlalai, terleka: beberapa ketika ia ~ memikir­-mikirkan masa depannya, ia hanya sedar kembali apabila semboyan kereta api berbunyi; 3. = terlena-lena terlalu asyik atau leka, terlalu suka akan sesuatu; kelenaan 1. (dlm) keadaan yg lena; 2. Id tidak awas-awas, kurang hati-hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.na] | لينا

Definisi : /léna/ 1 lelap sekali; nyenyak; nyedar: Anak kecil itu sedang ~ di pangkuan ibunya. 2 tidak sedar; leka; lalai: Dia masih ~ dgn angan-angannya. melenakan menjadikan atau membuat supaya lena: Dia mencuba ~ dirinya di atas kerusi malas. terlena 1 tertidur; terlelap: Dia ~ di atas kerusi panjang. 2 terleka; terlalai: Amin ~ dlm angan-angannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lena (kata kerja)
1. Bersinonim dengan lelap: nyedar, nyenyak, lenyak, lenyap, jendera, berdengkur, jerab, nidera, jenak, renyap,
Berantonim dengan jaga

2. Rujuk leka

Kata Terbitan : berlena-lena, melenakan, terlena,

Puisi
 

Tanam nyiur pinang tak tumbuh,
     Tanam sepokok dikaut lumut;
Tidur malam lena tak sungguh,
     Kerana mimpi bertukar selimut.


Lihat selanjutnya...(15)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Di sini ada soalan yang ingin saya tanyakan mengenai salah atau betul penggunaannya. Diharap pihak DBP dapat membantu. Dia baru sedar '"dari" lena. ATAU Dia baru sedar "daripada" lena. Terima kasih atas perhatian dan bantuan pihak DBP.Ayat yang betul ialah 'Dia baru sedar daripada lena' - kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama yang menunjukkan arah, tempat dan masa.Tatabahasa11.04.2011
Apakah terjemahan bagi 'baby coat'? Contoh: Anak-anaknya sedang lena dalam 'baby coat'.Sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan tuan/puan, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk "baby coat" ialah "katil bayi".Penyemakan dan penterjemahan31.10.2022
saya ada melihat teks pengacara utk satu majlis rasmi kerajaan. terdapat perkataan yang diguna iaitu 'CENDERA KENANGAN'. maksud yang ingin disampaikan ialah cenderamata/cenderahati. Adakah perkataan tersebut boleh digunakan? saya sendiri telah menggunakannya dalam satu majlis memandangkan ia kelihatan menarik. bagaimanapun, apabila saya semak perkataan tersebut di laman ini, ia tiada dalam kamus.

Kata "cendera" itu sahaja bermaksud "lena". Sebab itu timbulnya kata "cenderamata" bermaksud "lena mata". Namun pada suatu ketika muncul kata "cenderahati" untuk menggambarkan sesuatu yang diberi itu lebih ikhlas. Kalau hendak diterjemahkan menjadi "lena hati". Maksudnya apabila kita menerima sesuatu pemberian, hati menjadi suka/tenang dan diterjemahkan dengan "lena" atau "cendera". Ada juga yang menggabungkannya dengan kata "durja" yang bermaksud "wajah".

Kalau cendera kenangan. "Lena kenangan". Bagi saya gabungan ini tidak sesuai. Bagaimana dengan saudara?

Istilah02.01.2009
1. Lalu lintas di kawasan rekreasi itu sesak kerana para pekerja sedang memperlebarkan jalan raya di kawasan itu. . 2. Walaupun tidur bertilamkan dengan surat khabar lama di kaki lima itu, namun pengemis itu kelihatan amat lena. 3. Selama tiga jam kami membincangkan tentang masalah itu di bilik mesyuarat utama. 4. Lukisan-lukisan yang sedang dipamerkan di galeri itu cantik-cantik belaka. 5. Dia senyum lebar kepada saya setelah mendengar berita yang menggembirakan itu. 6. Semasa bertemu dengan Mak Cik Salmah, kami ada bertanyakan tentang khabar Pak Cik Salleh. 7. Murid itu akan dikenakan denda kerana tidak menyiapkan tugasan yang diberikan kepada guru pada semester baru-baru ini. 8. Semua murid-murid mesti berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. 9. Tuanku berkata,"Beta berharap agar rakyat di negara ini dapat mematuhi undang-undang yang dimaktubkan". 10. Walaupun ruang udara kita tidak diancam oleh jerebu, oleh itu kesedaran yang berterusan tentang kepentingan memelihara alam sekitar perlu terus dijadikan amalan. BOLEH TUAN MENYEMAK SAMA ADA AYAT DI ATAS ADALAH BETUL1. Lalu lintas di kawasan rekreasi itu sesak kerana kerja memperlebar jalan raya di kawasan itu sedang dijalankan.
2. Walaupun tidur bertilamkan surat khabar lama di kaki lima itu, namun pengemis itu kelihatan amat lena.
3. Selama tiga jam kami membincangkan masalah itu di dalam bilik mesyuarat utama.
4. Lukisan yang sedang dipamerkan di galeri itu cantik belaka.
5. Dia tersenyum lebar kepada saya setelah mendengar berita yang menggembirakan itu.
6. Semasa bertemu Mak Cik Salmah, kami ada bertanyakan habar Pak Cik Salleh.
7. Murid itu akan dikenakan denda kerana tidak menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru pada penggal ini.
8. Semua murid mesti berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
9. Tuanku berkata,"Beta berharap rakyat di negara ini dapat mematuhi undang-undang yang termaktub".
10. Walaupun ruang udara kita tidak dicemari jerebu, amalan memelihara alam sekitar perlu diteruskan.
Tatabahasa07.05.2020
Zainuddin Ahmad THU 6:28PM Saya ambil maklum. Butiran lanjut aduan sama telah dikirim secara rasmi kepada Pengarah DBP melalu email: lindasafa@dbp.gov.my hari ini. Ptg ini seorang pegawai dpd KPDNKK Shah Alam telah menghubungi saya melalui talipon tetapi malangnya lemah penjelasannya; bagaikan ribut sudah melanda kelmarin dan hari ini maka terbagunlah dia daripada tidor lena. Fahaman saya KPDNKK mempunyai tanggun jawab emas membertabatkan penggunaan Bahasa Melayu khususnya di pasaraya. Saya lebih minat untuk mempastikan ada dasar penggunaan Bahasa Melayu di pasaraya dan diperkemas dan diperkukuhkan lagi. Saya bincang lagi selepas DBP merumuskan isu ini kemudian. Terima kasih,Pandangan tuan dalam hal ini amat kami hargai dalam mengisi ruang yang boleh ditambah baik dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan. Kesedaran dan jati diri dan warganegara adalah sesuatu yang amat bernilai dan kami berharap kesedaran yang nampak kecil ini memberikan impak yang sangat bermakna. DBP telah melakukan pemantauan di lokasi tersebut dan pihak pengurusan pasar raya tersebut telah memaklumkan bahawa pihak KPDNKK Shah Alam telah ke lokasi. DBP akan menghantar surat teguran kepada pasar raya tersebut kerana tidak mengggunakan bahasa kebangsaan dalam paparan dan peragaan serta memohon supaya menggunakan bahasa kebangsaan dalam sebarang paparan atau maklumat kepada masyarakat.Lain-lain25.08.2016
Slm. Boleh bantu saya untuk periksa ayat-ayat di bawah ini sama ada betul atau tidak? 1. Buku cerita yang baikialah buku yang dapat merangsang pemikiran pembaca menerusi penceritaanya. Inilah matlamat yang kami sasarkan kepada pembaca. 2. Banyak lagi nilai murni yang boleh kamu dapati daripada buku ini. 3. Jiran kita ini pemalas. Sudah pagi pun asihbelum bangun. 4. Bangun burung hantu! Bangun!"jerit anak burung kenari. Namun, burung hantu masih lena. 5. burung hantu haiwan yang aktif pada waktu malam. 6. dia membahagikan tugasnya kepada mereka supaya kerja lebih cepat disiapkan. 7. bagaimanakah saya mampu menyiapkan kerja ini seorang diri? lebih baik saya berehat. esok sahaja sy buat! 8. saya seorang diri tidk akan sempat kumpulkan semua jerami ini. lebih baik saya tidur dan merehatkan diri.

Cadangan jawapannya yang betul  adalah seperti yang berikut:

  1. Buku cerita yang baik ialah buku yang dapat merangsang pemikiran pembaca menerusi penceritaannya. Inilah matlamat yang kami sasarkan kepada pembaca.
  2. Banyak lagi nilai murni yang boleh kamu dapati daripada buku ini.
  3. Jiran kita ini pemalas. Sudah pagi pun masih belum bangun.

  4. Bangun burung hantu! Bangun!"jerit anak burung kenari. Namun, burung hantu masih lena.

  5. burung hantu haiwan yang aktif pada waktu malam.

  6. Dia membahagikan tugasnya kepada mereka supaya kerja lebih cepat disiapkan.

  7. bagaimanakah saya mampu menyiapkan kerja ini seorang diri? lebih baik saya berehat. esok sahaja sy buat!

  8. saya seorang diri tidk akan sempat kumpulkan semua jerami ini. lebih baik saya tidur dan merehatkan diri. 
Penyemakan dan penterjemahan06.12.2018
Salam. Maaf,merujuk kepda pertanyaa saya pada 6.12.2018(sperti di bawah) tapi betulkah kesalahan ayat di atas telah disemak dengan betul. Saya rasa seperti orang yang memeriksa ini hanya copy paste sahaja sebab sebelum ini jika telah diperiksa, mereka akan betulkan ejaan atau tanda baca yang salah sekaligus. Mohon pencerahan. Tq Salam sejahtera AZMAZAIRA JAMALUDIN, Jawapan : Cadangan jawapannya yang betul adalah seperti yang berikut: Buku cerita yang baik ialah buku yang dapat merangsang pemikiran pembaca menerusi penceritaannya. Inilah matlamat yang kami sasarkan kepada pembaca. Banyak lagi nilai murni yang boleh kamu dapati daripada buku ini. Jiran kita ini pemalas. Sudah pagi pun masih belum bangun. Bangun burung hantu! Bangun!"jerit anak burung kenari. Namun, burung hantu masih lena. burung hantu haiwan yang aktif pada waktu malam. Dia membahagikan tugasnya kepada mereka supaya kerja lebih cepat disiapkan. bagaimanakah saya mampu menyiapkan kerja ini seorang diri? lebih baik saya berehat. esok sahaja sy buat! saya seorang diri tidk akan sempat kumpulkan semua jerami ini. lebih baik saya tidur dan merehatkan diri. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka.Ayat dan perkataan yang ditanda hitam (bold) ialah kesalahan ejaan, huruf besar yang telah dibetulkan.

Buku cerita yang baik ialah buku yang dapat merangsang pemikiran pembaca menerusi penceritaannya. Inilah matlamat yang kami sasarkan kepada pembaca. Banyak lagi nilai murni yang boleh kamu dapati daripada buku ini. Jiran kita ini pemalas. Sudah pagi pun masih belum bangun. "Bangun burung hantu! Bangun!"jerit anak burung Kenari. Namun, burung hantu masih lena. Burung hantu haiwan yang aktif pada waktu malam. Dia membahagikan tugasnya kepada mereka supaya kerja lebih cepat disiapkan. Bagaimanakah saya mampu menyiapkan kerja ini seorang diri? Lebih baik saya berehat. Esok sahaja saya buat! Saya seorang diri tidak akan sempat kumpulkan semua jerami ini. Lebih baik saya tidur dan merehatkan diri. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ejaan12.12.2018
Apakah perbezaan sunyi dan senyap ? Kedua-dua ialah sinonim atau bukan ? Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, senyap bermaksud 1. = ~ sunyi = sunyi ~ sunyi sekali, tidak bising sedikit pun, sepi; 2. tidak kedengaran apa-apa, tidak ada sesiapa yg bercakap (berkata-kata): ketika itu ~, tiada siapa yg berani bercakap; 3. tidak berkata-kata, tidak mengatakan apa pun, tidak ber-suara, diam; 4. nyenyak (tidur), lena; 5. tidak sibuk (perniagaan), lengang; 6. tidak diper-katakan lagi (sesuatu perkara): akhirnya perkara itu ~ dgn sendiri. Sunyi pula bermaksud 1. tidak kedengaran sebarang bunyi (suara), hening, senyap: suasana menjadi ~, masing-masing membisu; ~ senyap sangat sunyi; 2. tidak berorang, kosong, lengang, sepi: dr jauh dilihatnya rumah itu ~ sepi; negeri itu ~; pasar sudah mulai ~; 3. bebas drpd, jauh (dr), lepas drpd: manusia di dlm dunia ini tidak ~ drpd tamak dan haloba; bahasa Melayu telah diajarkan dan dipelajari dgn lebih ghairah walaupun tidak ~ drpd masalah; tiada ~nya = tiada ~-~nya tiada putus-putus, selalu, sentiasa. Berdasarkan takrifan tersebut, perkataan ini adalah sama maknanya.Istilah11.11.2010

Kembali ke atas