Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.na] | لينا

Definisi : (léna) 1. lelap, nyedar, nyenyak: aku menelungkupkan mukaku ke bantal lalu ~ semula; 2. leka, lalai, tidak sedar (ingat): semua orang ~, ~ dgn impian masing­-masing; 3. lama (waktu), lambat-lambat: tidak berapa ~ ketikanya; berlena, berlena-lena sengaja menghabis­habiskan masa, berlalai-lalai, berlama-lama, berleka-leka; melenakan membuat supaya lena, menjadi­kan lena, melelapkan: dia berpura-pura ~ diri dan membiarkan ia dibawa oleh laki­laki itu; terlena 1. tertidur, tidur lelap: matanya dipejamkan dan dia mula ~ dgn tidak payah dipaksa-paksa; 2. terlupa akan hal-hal lain, terlalai, terleka: beberapa ketika ia ~ memikir­-mikirkan masa depannya, ia hanya sedar kembali apabila semboyan kereta api berbunyi; 3. = terlena-lena terlalu asyik atau leka, terlalu suka akan sesuatu; kelenaan 1. (dlm) keadaan yg lena; 2. Id tidak awas-awas, kurang hati-hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.na] | لينا

Definisi : /léna/ 1 lelap sekali; nyenyak; nyedar: Anak kecil itu sedang ~ di pangkuan ibunya. 2 tidak sedar; leka; lalai: Dia masih ~ dgn angan-angannya. melenakan menjadikan atau membuat supaya lena: Dia mencuba ~ dirinya di atas kerusi malas. terlena 1 tertidur; terlelap: Dia ~ di atas kerusi panjang. 2 terleka; terlalai: Amin ~ dlm angan-angannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lena (kata kerja)
1. Bersinonim dengan lelap: nyedar, nyenyak, lenyak, lenyap, jendera, berdengkur, jerab, nidera, jenak, renyap,
Berantonim dengan jaga

2. Rujuk leka

Kata Terbitan : berlena-lena, melenakan, terlena,

Puisi
 

Tanam nyiur pinang tak tumbuh,
     Tanam sepokok dikaut lumut;
Tidur malam lena tak sungguh,
     Kerana mimpi bertukar selimut.


Lihat selanjutnya...(15)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rapid eye movementgerak mata cepatPsikologiTiadaSalah satu daripada fasa tidur yang ditandai dengan bola mata yang bergerak cepat di bawah kelopak mata yang tertutup semasa lena. Fasa ini berlaku dalam tempoh singkat, iaitu 20% daripada masa lena individu.
rapid eye movement (REM)gerak mata cepatPsikologiPsikologi UmumSalah satu daripada fasa tidur yang ditandai dengan bola mata yang bergerak cepat di bawah kelopak mata yang tertutup semasa lena. Fasa ini berlaku dalam tempoh singkat, iaitu 20% daripada masa lena individu. Dengan menggunakan elektroensefalograf (EEG), bahagian otak yang mengawal emosi didapati sangat aktif pada fasa ini seolah-olah individu berada dalam keadaan jaga. Mimpi yang berlaku dalam fasa ini biasanya lebih jelas dan terperinci. Fasa ini akan menjadi lebih panjang sekiranya berlaku sesuatu peristiwa terhadap individu berkenaan seperti kematian keluarganya yang terdekat, masalah kerja, konflik dengan pasangan dan gangguan emosi yang lain.
sleeper stocksaham lenaPentadbiran PerniagaanTiadaSaham yang dianggap terkurang harga tetapi mempunyai potensi yang besar untuk naik dengan banyak apabila pelabur menyedari akan prospek sekuriti ini.
sleeper stocksaham lenaEkonomiTiadaTiada
insomniainsomniaGerontologiTiadaPerihal keadaan tidur yang tidak lena.
insomniainsomniaPsikologiPsikologi UmumKecelaruan yang menyebabkan individu sukar untuk tidur dengan nyenyak. Terdapat tiga pola asas insomnia, iaitu kesukaran untuk lena di peringkat awal, kesukaran untuk mengekalkan tidur dan terjaga secara tegar pada awal pagi. Walaupun insomnia tidak berbahaya tetapi sekiranya tidak diatasi boleh mendatangkan masalah psikologi dan fizikal. Insomnia biasanya akan menyebabkan kelesuan pada waktu siang, kefungsian terganggu, produktiviti merosot dan masalah kesihatan akan meningkat. Insomnia boleh berpunca daripada masalah kebimbangan atau ketegangan yang menghalang individu untuk bertenang, kemurungan atau tekanan daripada beban kerja yang banyak dan berat. Penyakit ini juga boleh berpunca daripada masalah kesihatan seperti ulser dan lelah. Pengambilan dadah seperti kokain dan amfetamina juga boleh membawa masalah untuk tidur lena. Insomnia boleh dirawat dengan menggunakan pil tidur atau sedatif lain.
somnolencesomnolensPerubatanTiadaKeadaan seseorang yang khayal dan hampir lena akibat kecederaan otak atau pengambilan ubat tertentu.
hypohypnotichipohipnotikPerubatanTiadaBerkaitan dengan keadaan yang ditandai oleh tidur yang kurang lena, atau hipnosis.

Kembali ke atas