Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (léngas); berlengas, terbelengas ter­paling-paling tidak menentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. lembap atau berair (berpeluh, berwap, dll): meja itu masih ~ bekas tumpah air gula; 2. Id mengandungi air (hawa dll); pengukur ~ alat utk mengukur banyaknya air (dlm udara dll); melengas menjadi (ber)lengas, menjadi lembap atau basah: kulitnya sejuk dan ~; melengaskan menjadikan berlengas (lem­bap atau basah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 basah kerana ada air (spt tangan berpeluh). 2 air yg terkandung dlm udara: penyukat ~ alat utk menyukat air dlm udara. berlengas berair atau ada air; lembap. melengas menjadi lengas (berair, lembap). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lengas
Kata Terbitan : berlengas, melengas,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
moist tonguelidah lengasMeteorologiMeteorologi PerhubunganUnjuran atau cuaran udara lengas ke dalam kawasan yang mengandungi lengas yang lebih rendah. Keberawanan dan kerpasan di kaitkan dengan lidah lengas.
moisture deficiencykekurangan lengasHidrogeologiTiadaIsi padu air yang perlu untuk meningkatkan kandungan lengas tanih ke takat had basah. Selepas had ini penambahan air akan menyebabkan air bergerak ke bawah melalui tanih. Nilai ini dinyatakan sebagai nisbah kandungan lengas sebenar terhadap penahanan spesifik, atau sebagai selisih atau kuantiti air per unit luas. (Tak berdimensi, atau L) Ruj.: Davis dan De Wiest 1966 Sin.: kurangan lengas tanih
moisture contentkandungan lengasHidrogeologiTiadaKandungan air dalam tanih atau medium yang tak tepu; kandungan lengas gravimetri yang didefinisikan dalam mekanik tanah sebagai nisbah peratusan berat air dan berat butiran pepejal medium berliang yang mempunyai isi padu tertentu. Kandungan lengas volumetri dalam ilmu fizik tanih didefinisikan sebagai isi padu kandungan air dalam tanih. (Tak berdimensi) Ruj.: Am. Soc. Civil Eng. 1958 Sin.: kandungan lengas tanih.
suctionsedutanHidrogeologiTiadaTekanan yang mesti dikenakan pada air melalui dinding atau selaput telap untuk mencapai imbangan hidraulik dengan air tanih. Biasanya dinyatakan dalam cm air atau mm raksa. (Dimensi: ML-1T-2) Ruj.: Intern. Soc. Soil Sci. 1962 Sin.: tegangan, kekurangan tekanana, sedutan rerambut, tegangan tanih-lengas, sedutan lengas, tegangan lengas, sedutan matriks
moisture inversionsongsangan lengasMeteorologiMeteorologi PerhubunganPertambahan lengas dalam udara mengikut ketinggian, khususnya lapisan tempat berlakunya pertambahan kelengasan atau altitud tempat berlakunya pertambahan tersebut.
moisture metermeter lengasHidrogeologiTiadaAlat untuk menyukat kandungan lengas dalam tanih atau zon tak tepu, umumnya diasaskan pada penggunaan bahan radioaktif dan pembilang Geiger-Mueller.
moisture profileprofil lengasHidrogeologiTiadaLengkung yang menggambarkan perubahan lengas tanih terhadap kedalamannya.
moisture balanceimbangan lengasHidrogeologiTiadaPerhitungan berangka, luahan dan perubahan simpanan lengas tanih atau zon tak tepu, dalam tempoh yang ditentukan, ke dalam suatu ruang terbatas atau tertentu sebagai suatu prisma tanih. Sin.: persamaan imbangan air tanah.
moisture storagesimpanan lengasHidrogeologiTiadaLengasan tersedia yang sama dengan had basah yang dikurangkan air yang tertentu dalam tanih pada takat layu. Terbukti secara percubaan (Batchelor dan Reed) bahawa tumbuhan masih dapat berfungsi untuk beberapa ketika dalam keadaan lengas di bawah takat layu. Simpanan ini juga termasuk air yang tidak boleh dikeluarkan, yang tertahan di dalam tanih menentang daya sejatan permukaan dan kuasa serap akar tumbuhan. Namun demikian belum ada kesepakatan tentang takat tepat air tidak dapat digunakan oleh tumbuhan. (Dimensi: L) Ruj.: Tolman 1937 Sin.: simpanan lengas
humidity, specific syn. moisture content (2)kelembapan spesifikHidrologiTiadaS.U. = Bagi udara lengas, nisbah jisim wap air (Mv) terhadap jisim udara lengas (Ma + Mv) yang mengandungi wap air. Sin.: garis tenaga.
12345678

Kembali ke atas