Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ark; melenggong ternganga mulut, melopong (kerana kehairanan): ia ~ di muka tangga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lenggong


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LENGGONG

LENGGONG, kawasan petempatan yang terawal di Semenanjung Malaysia sejak 34 000 tahun dahulu. Lenggong terletak di daerah Hulu Perak dan merupakan sebuah lembah yang dikelilingi oleh bukit-bukau. Sungai Perak mengairi kawasan ini. Di lembah ini terdapat lapan kompleks batu kapur serta beberapa kawasan terbuka yang penting yang telah membuktikan bahawa kawasan ini telah didiami orang sejak 34 000 tahun dahulu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
MOHD. GHAZALI HAJI CHE MAT, TAN SRI

MOHD. GHAZALI HAJI CHE MAT, Tan Sri (1930-     ), Panglima Angkatan Tentera yang kelapan (1985-1987). Dia lahir pada 17 Disember 1930 di Kampung Baru Dinding, Lenggong, Perak. Selepas mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Lelaki Lenggong, dia terpilih memasuki Special Malay Class di Sekolah King Edward VII, Taiping. Dia pernah dilantik sebagai pengawas kanan dan ketua murid pada tahun 1952. Dia juga mewakili sekolahnya dalam permainan bola sepak dan ragbi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
A. HALIM TEHA. HALIM TEH (1933-  ), pelukis dan penulis komik.  Dia lahir pada 11 Disember 1933 di Kampung Raban, Lenggong, Perak.BUDAYAKonsep
KOTA TAMPAN

KOTA TAMPAN,  tapak arkeologi yang tertua di Semenanjung Malaysia berusia 30 000 hingga 34 000 tahun. Kota Tampan terletak lebih kurang 5 km dari pekan Lenggong, Perak. Kawasan yang luas ini merangkumi Kampung Kota Tampan, Air, Bukit Kota Tampan, Kampung Baru Kota Tampan, Ladang Kota Tampan dan Kampung Kota Tampan. Sebelum penemuan Kota Tampan, prasejarah di Semenanjung Malaysia hanya menjangkau 6000 tahun dahulu, iaitu tapak Gua Cha di Kelantan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SUNGAI PERAKSUNGAI PERAK, sungai kedua terpanjang di Malaysia iaitu lebih kurang 400 km.  Dari muara Sungai Perak hingga ke bandar Kuala Kangsar terdapat sebanyak 99 cawangan sungai.  Di tengah-tengah aliran sungai ini terdapat banyak pulau kecil.  Sungai Perak bermula dari Gunung Hulu Merah, yang terletak di sempadan Perak – Thailand yang ketinggiannya melebihi 1000 m.  Cawangan utama Sungai Perak ialah Sungai Kinta, Sungai Batang padang, Sungai Bidor, Sungai Tangkas, Sungai Tiang, Sungai Pial, Sungai Kerunei, Sungai Temenggor, Sungai Pelus, Sungai Lenggong, Sungai Temelong dan Sungai Kangsar.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
MOKHTAR PETAH

 

MOKHTAR PETAH (1934-     ), penulis dan wartawan. Dia lahir pada 3 Julai 1934 di Kampung Ngor, Perak. Nama sebenarnya ialah Mohd. Mokhtar bin Mohd. Petah. Dia pernah memakai nama samaran M. Pathy, Shabab Asmara atau Noor Iskandar. Mokhtar mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sauk, Kuala Kangsar hingga Darjah Lima (1941-1945). Kemudian Mokhtar melanjutkan pelajaran ke sekolah agama rakyat, Sekolah Agama Nurul Anwar, Lenggong, Perak, Madrasah Ihlaa, Padang Rengas, Perak dan Madrasah Dairat al-Ma’arif al-Wataniyyah, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Pada tahun 1960-an, dia mengikuti kursus perguruan Islam di Maahad el-Ehya Assharif, Gunung Semanggol, Perak.

SASTERATokoh

Kembali ke atas