Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ark; melenggong ternganga mulut, melopong (kerana kehairanan): ia ~ di muka tangga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lenggong


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
archaeology museummuzium arkeologiArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiMuzium yang dibina khusus untuk mempamerkan tinggalan arkeologi. Tujuannya adalah untuk pameran, penyelidikan dan pemeliharaan jumpaan arkeologi. Lokasi muzium ini biasanya dibina di tapak atau berhampiran dengan tempat terjumpanya tinggalan arkeologi. Muzium arkeologi di Malaysia ialah Muzium Arkeologi di Lenggong (Perak) dan Lembah Bujang (Kedah). Kedua-dua muzium diuruskan oleh Jabatan Muzium Malaysia.
workshop sitetapak bengkelArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTapak yang digunakan oleh manusia untuk membuat peralatan kegunaan harian seperti alat batu, tembikar dan manik. Tinggalan serpihan batu, timbunan batu repih dan artifak yang mempunyai nilai sejarah budaya yang tinggi dijumpai di tapak ini. Contohnya, batu punat bersama dengan sisa repihan ditemui di Lenggong (Perak), menunjukkan bahawa tapak ini digunakan untuk membuat alatan batu Zaman Paleolitik.
core toolalat batu terasArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAlat batu yang diperbuat daripada batu teras (inti). Bahagian hujungnya direpih sehingga mempunyai bentuk tajam, sementara bahagian kulit batu yang lain kekal tanpa sebarang sentuhan. Alat batu ini dikenali dengan nama alat pebel yang mula digunakan pada Zaman Paleolitik. Di Malaysia, alat batu teras ini boleh ditemui di tapak arkeologi Lenggong (Perak) dan Tingkayu (Sabah).
salvage archaeologyarkeologi penyelamatanArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiSubbidang arkeologi yang dijalankan di sesuatu tapak yang ditemui secara tidak sengaja akibat gangguan manusia, projek pembangunan dan gejala alam sekitar seperti banjir dan tanah runtuh untuk mendapatkan data arkeologi yang boleh diselamatkan di tapak tersebut. Penyelidikan ini juga memungkinkan kajian terancang dilaksanakan di kawasan tersebut. Contoh kajian arkeologi penyelamatan yang terpenting di Malaysia ialah penemuan tapak Paleolitik Bukit Jawa di Lenggong (Perak) berusia sekitar 200 000 tahun yang dijumpai semasa pembinaan jalan baru menghubungkan Kuala Kangsar � Grik. Sinonim arkeologi salvaj.
ash layerlapisan abuArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiLapisan yang berkaitan dengan pembakaran sama ada arang atau letusan gunung berapi. Lapisan abu dapat dijadikan bukti penggunaan api oleh manusia untuk tujuan memasak dan keperluan hidup. Lapisan abu dengan jumpaan arang amat berguna dalam kajian arkeologi kerana boleh dilakukan pentarikhan mutlak. Debu gunung berapi pula dapat menunjukkan proses alam semula jadi dan kesannya terhadap manusia dan lingkungan kawasannya. Contohnya, penemuan beras terbakar di Gua Cha (Kelantan) yang bertarikh 900 tahun dan penemuan lapisan abu gunung berapi di Lembah Lenggong (Perak) yang bertarikh 30 000 hingga 34 000 tahun dahulu.

Kembali ke atas