Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mana yang betul 1. 1 jam pertemuan kepada 2 jam pertemuan atau 2. 1jam pertemuan kepada 2 jamSila berikan ayat lengkap bagi mengetahui frasa yang betul. Jika menepati maksud soalan, ayat yang betul ialah Pertemuan itu berlanjutan selama 2 jam.Tatabahasa15.05.2019
Penggunaan Tatabahasa Ayat: 1. Semua pelajar tingkatan 1, 2, 3, dan 4 diwajibkan menggunakan pakaian seragam sekolah yang lengkap. 2. Semua pelajar tingkatan 1, tingkatan 2, tingkaan 3, dan tingkatan 4 diwajibkan menggunakan pakaian seragam sekolah yang lengkap Soalan: Ayat mana yang betul, 1 atau 2?. Apakah kesalahannya? Terima kasih.Kedua-duanya betul dan gantikan perkataan menggunakan kepada memakai.Tatabahasa07.02.2012
Apakah takrifan yang lengkap bagi: 1-Anak tiri tanggungan 2-Anak Pelihara 3-Anak angkat yang diambil mengikut undang-undang; 4-Anak angkat de facto 5-Anak Orang Kurang Upaya. Kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.Dari segi bahasa, anak tiri ialah anak kepada suami atau isteri hasil daripada perkahwinannya yang terdahulu (bukan daripada darah daging sendiri). Bagi jenis anak yang lain seperti yang puan senaraikan tidak ada dalam data kami.  Istilah yang mempunyai implikasi undang-undang sewajarnya dirujuk dengan pihak yang berkaitan undang-undang juga.Istilah25.11.2014
Saya memerlukan maklumat (biodata lengkap) 5 orang penyajak berasal dari negeri perak beserta beberapa contoh(1 penyajak 1 hasilan sajak mereka) untuk rujukan saya menyiapkan kertas kerja sayaSdr. dicadangkan membuat rujukan bahan tersebut di mana-mana perpustakaan negeri atau perpustakaan IPTA yang berhampiran tempat tinggal sdr. Juga sdr. boleh membuat rujukan di perpustakaan atau Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain28.10.2008
apa maksud paradimaParadigma ialah 1. daftar atau kumpulan lengkap bentuk terbitan sesuatu perkataan; 2. contoh atau model yang jelas tentang sesuatu: kedudukan dunia media hari ini mempunyai empat trend utama yang diterima sebagai ~ yang universal; 3. lingkungan atau batasan pemikiran (seseorang atau sesuatu organisasi) pada sesuatu masa yang dipengaruhi oleh pengalaman, pengetahuan, kemahiran, dan kesedaran yang ada; anjakan ~ peralihan paradigma daripada satu ling­kungan atau batasan kepada sesuatu yang baru (biasanya kepada yang lebih baik).Makna27.08.2010
1. Apakah perbezaan di antara ayat-ayat berikut/yang mana satu ayat yang betul? a. Susun semula perkataan di bawah supaya menjadi ayat yang betul. b. Susun perkataan di bawah semula supaya menjadi ayat yang betul. a2. Susun dan tulis semula ayat di bawah supaya menjadi cerita yang lengkap. b2. Susun dan tulis ayat di bawah semula supaya menjadi cerita yang lengkap.Ayat yang betul ialah : Susun semula perkataan di bawah supaya menjadi ayat yang betul. Susun dan tulis semula ayat di bawah supaya menjadi cerita yang lengkap.Tatabahasa09.05.2008
Assalamualaikum.. Persoalan saya; 1.Mengapakah suatu ayat itu dikatakan tidak gramatis? 2.Bagaimanakah untuk membezakan ayat lengkap dengan ayat yang tidak gramatis, beserta contohnya. terima kasih.Ayat yang gramatis merupakan ayat yang betul mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa. Setiap bahasa mempunyai tatabahasanya. Tatabahasa ialah peraturan berdasarkan sesuatu teori tertentu yang menghuraikan ayat-ayat dalam sesuatu bahasa dengan kaedah yang paling mudah, tepat dan lengkap.

Contoh:

Kamil berjalan kaki ke sekolah apabila tayar basikalnya pancit.

Ayat tersebut tidak gramatis kerana penggunaan kata penghubung ayat yang tidak tepat. Ayat yang gramatis ialah Kamil berjalan kaki ke sekolah kerana tayar basikalnya pancit.
Tatabahasa06.07.2013
definasi 'sekuriti', definasi 'keselamatan', definasi 'pusat' dan definasi 'membeli' yang lengkapsekuriti bermaksud 1. sijil saham,bon dsb. bagi membolehkan pemegangnya berhak mendapat bayaran faedah dan dividen 2. keselamatan bermaksud perihal selamat,kesejahteraan, keamanan 3. pusat bermaksud 1. lekuk di tengah-tengah perut2. titik di tengah-tengah sekali3.kawasan yang terletak di tengah-tengah benar 4. membeli bermaksud memperoleh barang dengan membayar. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna16.07.2008
Salam sejahtera. Soalan (1) Apakah kata dasar bagi perkataan 'persekitaran'? Adakah jawapannya 'kitar' atau 'sekitar'? Soalan (2). Bolehkah sesuatu ayat yang lengkap dan gramatis dibina menggunakan kata akar (morfem terikat) sahaja tanpa menambahkan sebarang imbuhan atau menjadikannya sebagai kata majmuk? Terima kasih.

1. Kata dasar bagi perkataan persekitaran ialah “kitar”.

2. Sesuatu ayat yang lengkap dan gramatis tidak boleh dibina dengan menggunakan kata akar (morfem terikat) sahaja. Morfem terikat akan menyebabkan sesuatu kata berubah jenis kata. Sebagai contoh, sekolah dan bersekolah yang mempunyai jenis kata yang berbeza. Imbuhan menyebabkan kata tersebut berubah fungsi daripada kata nama kepada kata kerja. Kata majmuk pula dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu.

Tatabahasa13.12.2021
apa makna perkataan paradigma? boleh tolong terangkan.terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, paradigma bermaksud 1. daftar atau kumpulan lengkap bentuk terbitan sesuatu perkataan; 2. contoh atau model yg jelas tentang sesuatu: kedudukan dunia media hari ini mempunyai empat trend utama yg diterima sbg ~ yg universal; 3. lingkungan atau batasan pemikiran (seseorang atau sesuatu organisasi) pd sesuatu masa yg dipengaruhi oleh pengalaman, pengetahuan, kemahiran, dan kesedaran yg ada; anjakan ~ peralihan paradigma drpd satu ling­kungan atau batasan kpd sesuatu yg baru (biasanya kpd yg lebih baik).Tatabahasa07.09.2012
12345678910...

Kembali ke atas