Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENGAKUAN PARIYEM

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENGAKUAN PARIYEM, prosa lirik karya Linus Suryadi.  Judul lengkap prosa lirik ini adalah Pengakuan Pariyem, Dunia Batin Seorang Wanita Jawa.  Pengakuan Pariyem diterbitkan oleh Penerbit Sinar Harapan, Jakarta pada tahun 1981 dan diulang cetak pada tahun 1981, 1984 dan 1988.  Prosa lirik ini ditulis dalam masa tiga tahun (1978-1980).

SASTERAKarya
MINIT

Minit adalah unit yang digunakan untuk mengukur

masa dan sudut. Dalam masa, 60 minit adalah satu

jam. Setiap minit dibahagikan kepada 60 saat. Oleh

sebab satu jam adalah 1∕24 daripada satu hari, maka

satu minit adalah 1∕1440 daripada satu hari. Dalam

pengukuran sudut, 60 minit adalah satu darjah.

Sebuah bulatan dibahagikan kepada 360 darjah.

Oleh itu, satu minit adalah 1∕121 600 daripada sebuah

bulatan lengkap. Setiap minit bagi suatu sudut

dibahagikan kepada 60 saat.

UMUM 
ADAT PERPATIH

ADAT PERPATIH, sistem sosiobudaya tradisional yang lengkap, terdapat di kalangan masyarakat  Melayu di Negeri Sembilan dan Naning (Melaka) dan merupakan warisan daripada sistem sosiobudaya yang datang dari wilayah Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia.

1">    

BUDAYAKonsep
KAMUS SINONIM

KAMUS SINONIM, kamus yang mengandungi maklumat tentang kata seerti atau kata sinonim dalam bahasa Melayu. Judul lengkapnya Kamus Sinonim Lengkap dengan Rangkai Kata. Kamus ini disusun oleh Haji Zainal Abidin bin Safarwan, berukuran 15 cm x 20.5 cm, mengandungi 1019 halaman dan diterbitkan oleh Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. pada tahun 1984.

1">           

BAHASAPenerbitan

Kembali ke atas