Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lengkap1 cukup serba-serbi; tidak ada yg kurang: Kamus yg diterbitkan oleh mereka itu tidak ~. 2 beralat senjata dgn sempurna; segala-galanya telah sedia: Pasukan tentera itu bersenjata ~. berlengkap bersiap sedia dgn barang-barang yg perlu digunakan: Sebuah kapal disuruh ~ utk belayar. melengkapi menjadikan lengkap (oleh sesuatu): Buku ini diterbitkan utk ~ buku teks di sekolah. melengkapkan menyebabkan jadi lengkap; membuat jadi lengkap; mencukupkan: Dia mengulang kaji pelajaran utk ~ dirinya menghadapi peperiksaan. memperlengkap menjadikan lebih lengkap. kelengkapan 1 keadaan atau hal lengkap. 2 sesuatu yg sudah dilengkapkan atau yg sudah disediakan (utk angkatan tentera dll). perlengkapan 1 hal berlengkap. 2 segala alat atau perkakas (spt senjata dsb) utk berlengkap. pelengkapan perbuatan (hal dsb) melengkapi atau melengkapkan. pelengkap 1 apa-apa yg ditambahkan utk melengkapkan sesuatu. 2 kata nama, kata sifat atau frasa sendi nama yg letaknya sesudah kata kerja intransitif, misalnya kata kebaya dlm frasa berbaju kebaya, kata genting dlm frasa menjadi genting dan di bandar dlm frasa tinggal di bandar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lengkap1. genap, tidak ada yg kurang: ling­karan yg ~; 2. sedia dgn alat senjata dll, cukup, sempurna: aku lihat di sana sini orang Jepun ~ dgn alat senjatanya; selengkap (dgn) sepenuh atau secukup (pakaian dll): Kasim menceritakan kisah Dolah ~nya; berlengkap 1. bersiap sedia (dgn apa-apa yg perlu): maka Demang Lebar Daun pun ~ hendak memandikan Sang SaPurba; 2. = berlengkapkan telah disediakan atau dipersiapkan dgn: dgn ~ pengetahuan ini orang Belanda telah sanggup menduga laut di Timur; melengkapi 1. menokok tambah supaya lengkap: pengantin itu dilengkapi sepertinya: 2. mempersiapkan, memperalati (dgn senjata dll) supaya lengkap: kilang itu dilengkapi jentera-jentera moden; melengkapkan menjadikan lengkap, men­cukupkan, menyempurnakan: lengkapkan semua gajah dan kuda; aku serba kekurangan utk ~ engkau sbg seorang isteri yg sempurna; memperlengkap menjadikan lebih lengkap; kelengkapan 1. perihal lengkap, kegenapan: pengetahuan bahasa Inggeris ialah satu ~ hidup di bawah kerajaan Inggeris; 2. sesuatu yg telah dilengkapkan (angkatan tentera dll): maka tukang kesaktian itu pun lalu mengadap tuanku Malim Deman laki isteri persembahan sudah siap ~ itu sekaliannya; 3. = ~ kapal sl angkatan laut; 4. peralatan, perkakas: ~ memasak; ~ rumah; berkelengkapan mempunyai kelengkapan; perlengkapan alat (perkakas dll) yg diguna­kan utk melengkapkan sesuatu: barang­-barang yg diberikan itu terdiri drpd sepasang pakaian dan ~ bersolek; pelengkapan perihal melengkapi (me­lengkapkan, memperlengkap): ia juga ber­guna kpd pelajar-pelajar menengah atas dan institusi pengajian tinggi sbg bacaan tam­bahan dan ~ kpd pembelajaran mengenai teori-teori ekonomi; pelengkap 1. sesuatu yg digunakan utk melengkapi (melengkapkan); 2. (Lin) kata yg menerangkan kata kerja dll; 3. yg meleng­kapkan: badan manusia mempunyai anggota utama dan anggota ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
kitar reka bentuk(design cycle)1. Jujukan lengkap bagi menghasilkan sistem perisian yang bermula dengan penentuan masalah, pembentukan algoritma penyelesaian, pengekodan, pengujian, penyahpepijatan, dan pendokumenan. 2. Jujukan lengkap bagi menghasilkan sistem perkakasan yang bermula dengan penentuan masalah, pembinaan litar ujian, pengujian, pembaikan dan pengeluaran.Kamus Komputer
pengendalian lengkap(complete operation)1. Pengendalian yang dijalankan dari mula hingga akhir. 2. Pengerjaan lengkap kitar mesin pemproses yang bermula dengan pengambilan suruhan, pengambilan kendalian, pelaksanaan suruhan, dan persembahan serta penyimpanan keputusan hasil pemprosesan.Kamus Komputer
melengkapi1. menokok tambah supaya lengkap: pengantin itu dilengkapi sepertinya: 2. mempersiapkan, memperalati (dgn senjata dll) supaya lengkap: kilang itu dilengkapi jentera-jentera moden;Kamus Dewan Edisi Keempat
utuh1. tidak rosak (kemik, retak, sompek, dll), sempurna: meja yg masih ~; 2. tidak ber-pecah-pecah, bulat, lengkap: negara masih tetap ~, ekonomi kita berkembang terus; seutuh lengkap dan tidak kurang sedikit pun (tidak berpecah-pecah); keseutuhan kesatuan; mengutuhkan menjadikan utuh (lengkap, sempurna); keutuhan perihal (sifat, keadaan) utuh, ke-bulatan, kesempurnaan: menjaga ~ negara Malaysia; ~ bahasa Melayu sbg bahasa pengantar pendidikan memang jelas ke-lihatan pd hari ini.Kamus Dewan Edisi Keempat
bersiap1. = ~ sedia = ~ lengkap = bersiap-siap berjaga-jaga utk menghadapi sesuatu, ber­waspada: setelah kelihatan itu, maka masing-masing pun ~lah menghadapi perahu perom­pak itu; 2. berkemas atau bersedia mengaturkan sesuatu: maka ia pun ~lah menghamparkan tikar yg cantik lalu menyuruh tamu naik; 3. Id siap (perintah dlm tentera);Kamus Dewan Edisi Keempat
kelengkapan1. perihal lengkap, kegenapan: pengetahuan bahasa Inggeris ialah satu ~ hidup di bawah kerajaan Inggeris; 2. sesuatu yg telah dilengkapkan (angkatan tentera dll): maka tukang kesaktian itu pun lalu mengadap tuanku Malim Deman laki isteri persembahan sudah siap ~ itu sekaliannya; 3. = ~ kapal sl angkatan laut; 4. peralatan, perkakas: ~ memasak; ~ rumah;Kamus Dewan Edisi Keempat
mencukupi1. memadai, lengkap (keperlu­an, keinginan, dll): binatang itu memerlukan makanan yg ~; apabila sudah diperolehnya habuan-habuan yg ~, tinggallah mereka setahun dua di darat; 2. tidak kurang (utk sesuatu hal, keperluan, dll): buku kecil ini tentulah tidak ~ utk menerangkan segala-galanya; pendapatannya tidak ~ utk keperluan hidup diri dan keluarga; 3. bagi menjawab atau membalas (biasanya bkn jawaban dlm surat-menyurat): ~ surat tuan;Kamus Dewan Edisi Keempat
memasang1 mengenakan api pd sesuatu supaya bernyala atau terbakar; menyalakan (lampu dll); melepaskan (tembakan meriam): ~ pelita. 2 menyambungkan beberapa bahagian yg disediakan dahulu supaya menjadi lengkap; membuat sesuatu supaya lengkap jadinya: ~ kereta; ~ langsir jendela; ~ paip air. 3 meletakkan sesuatu (spt lukah) di tempat-tempat tertentu utk menangkap benda-benda yg lalu di situ; menahan (lukah dll): ~ jerat; ~ jaring. 4 memulakan perjalanan sesuatu jentera; menghidupkan: ~ enjin. 5 ist tindakan mengenakan atau menyambungkan perkakasan atau perisian ke dlm sistem komputer. ~ badan menghias diri dgn memakai pakaian yg cantik-cantik dll. ~ bendera menaikkan atau mengibarkan bendera. ~ harga menentukan harga. ~ kaki mengadakan orang utk mengintip dll. ~ mata memperhatikan baik-baik. ~ mata-mata mengambil polis utk menjaga sesuatu. ~ telinga mendengar dgn sungguh-sungguh dan berhati-hati; mendengar baik-baik.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas