Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[len.ti/] | لنتيق

Definisi : (léntik) (Bio) berkaitan dgn atau mendiami air tawar yg tenang: fauna ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[len.ti/] | لنتيق

Definisi : 1. melengkung ke atas atau ke belakang (bulu mata dll): wajahnya yg bujur sirih itu dihiasi alis yg melentik wilis; 2. lekuk ke atas pd hujungnya (haluanperahu dll); melentikkan menjadikan sesuatu lentik, melengkungkan sesuatu supaya jadi lentik; ~ jari = melentik jari a) melengkungkan jari supaya lentik; b) ki malas membuat kerja berat; melentik-lentikkan melentikkan berulang kali: sambil menangis, budak itu meronta­ronta dan ~ badannya; pelentik alat yg digunakan utk melentikkan sesuatu: gunakan alat ~ bulu mata yg selamat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[len.ti/] | لنتيق

Definisi : lengkung ke atas atau ke belakang (iaitu hujungnya ke atas atau ke belakang sedangkan tengahnya lendut): Bulu matanya ~. Haluan perahu itu ~. melentik menjadi lentik. melentikkan menjadikan lentik; melengkungkan supaya lentik: Penari-penari itu ~ jari dgn lembut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lentik
Rujuk :lengkung

Puisi
 

Aur lentik dijinak kijang,
     Anak Jawa minum di mangkuk;
Keningnya lentik dadanya bidang,
     Anak muda dipanah mabuk.


Lihat selanjutnya...(10)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud lentok, lentik, pacak, dan cacak

Lentok: terkulai (ke bawah atau ke sisi), terkelepai (ke bawah), miring (kerana lemah dsb)

Lentik: melengkung ke atas atau ke belakang (bulu mata dll): wajahnya yg bujur sirih itu dihiasi alis yg melentik wilis; 2. lekuk ke atas pd hujungnya (haluan perahu dll);

Pacak: sesuatu yg panjang dan runcing, cucuk (ikan yg hendak dipanggang, sate, dll); 2. kayu (tongkat dll) yg tirus hujungnya, pancang; pak ~ orang yg tidak penting peranannya (watak tambahan dlm lakonan pentas dll);

Cacak: tegak (galah, tiang, dll); ~ lari lari tergesa-gesa atau cepat-cepat;

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut.

Makna17.04.2009
kedu/terkedu - dalam kamus membawa erti lentik ke belakang atau terkedik soalan : kedu/terkedu bolehkah digunakan bagi maksud terdiam atau termangu contoh : berita itu membuatkan dia terkedu.....Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, perkataan terkedu yang membawa maksud terdiam atau termangu tiada, tetapi perkataan kelu atau terkelu yang mempunyai maksud demikian. Kemungkinan perkataan terkedu tersebut merupakan slanga, bahasa percakapan dan bukan bahasa baku.Makna16.01.2009
Selamat sejahtera. Saya ada beberapa soalan. 1. Apakah terjemahan bagi istilah 'jack-in-the-box' dalam Bahasa Melayu? 2. Apakah maksud 'terkedu'? Kerana biasanya saya jumpa perkataan ini digunakan untuk situasi terkejut.1. Tiada terjemahan khusus untuk perkataan "jack-in-the-box" dalam bahasa Melayu.

2. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "terkedu" bermaksud lentik ke belakang tubuh (Kerana sakit pinggang dan lain-lain). Untuk rujukan, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=terkedu&d=158212&#LIHATSINI
Makna11.12.2018

Kembali ke atas