Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[len.ti/] | لنتيق

Definisi : (léntik) (Bio) berkaitan dgn atau mendiami air tawar yg tenang: fauna ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[len.ti/] | لنتيق

Definisi : 1. melengkung ke atas atau ke belakang (bulu mata dll): wajahnya yg bujur sirih itu dihiasi alis yg melentik wilis; 2. lekuk ke atas pd hujungnya (haluanperahu dll); melentikkan menjadikan sesuatu lentik, melengkungkan sesuatu supaya jadi lentik; ~ jari = melentik jari a) melengkungkan jari supaya lentik; b) ki malas membuat kerja berat; melentik-lentikkan melentikkan berulang kali: sambil menangis, budak itu meronta­ronta dan ~ badannya; pelentik alat yg digunakan utk melentikkan sesuatu: gunakan alat ~ bulu mata yg selamat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[len.ti/] | لنتيق

Definisi : lengkung ke atas atau ke belakang (iaitu hujungnya ke atas atau ke belakang sedangkan tengahnya lendut): Bulu matanya ~. Haluan perahu itu ~. melentik menjadi lentik. melentikkan menjadikan lentik; melengkungkan supaya lentik: Penari-penari itu ~ jari dgn lembut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lentik
Rujuk :lengkung

Puisi
 

Aur lentik dijinak kijang,
     Anak Jawa minum di mangkuk;
Keningnya lentik dadanya bidang,
     Anak muda dipanah mabuk.


Lihat selanjutnya...(10)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
ara. (BIO) twist (piuh) Penggeledingan kayu gergaji yang menjadi hampir berpintal akibat kadar pengeringan yang berbeza antara gubal kayu dengan teras kayunya. Cacat ini boleh berlaku bersama lengkung sabut dan lentik. (HUT) twisted curve (lengkung terpilin) Lengkung dalam ruang, iaitu lengkung yang tidak terletak pada satu satah sahaja. (MAT) twisted-pair cable (kabel pasangan terpiuh) Kabel yang terdiri daripada dua dawai

Kembali ke atas