Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[len.tur] | لنتور

Definisi : 1. bengkok atau kelok (pd barang yg melengkung), lengkok; 2. Id perubahan arah (sinaran cahaya yg masuk ke dlm air dll), bias; melentur 1. membengkok atau melengkung (spt julai batang buluh, ampaian kain yg tidak tegang, dll), kendur: dawai itu menjadi panas dan mengembang panjang dan ~; 2. boleh (mudah) dilengkungkan atau dilentokkan tetapi tidak mudah patah (tali, dawai, dll); melenturkan menjadikan bengkok atau ber­kelok, menjadikan melentur, membengkok­kan, melengkungkan: rebung apabila telah menjadi aur, payah hendak dilenturkan lagi; budak-budak umpama rebung, boleh di­lenturkan dan dibentuk; lemah liat kayu akar, dilenturkan boleh, dipatah tak dapat prb orang yg berakal itu nampaknya menurut kehendak orang, tetapi tidak dapat dibodohkan; terlentur telah melentur, menjadi melentur: beberapa batang anak pisang berhampiran dgn rumah saya ~ kerana ditimpa hujan lebat semalam; lenturan 1. perihal lentur; 2. benda yg me­lentur atau melengkung (spt buluh pd pintu gerbang dll); kelenturan perihal (keadaan, keupayaan,dsb) melentur: besi, umpamanya, digunakan dgn meluas utk membina bermacam-macamperalatan yg memerlukan kekuatan dan ~; pelenturan perihal (proses atau perbuatan) melenturkan; pelentur benda atau alat yg digunakan utk melenturkan: ada kalanya batu besar diguna­kan sbg ~ dahan-dahan pokok itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[len.tur] | لنتور

Definisi : bengkok pd benda melengkung; lengkok. melentur 1 melengkung atau membengkok spt julai batang buluh dll; berkelok (bkn benda-benda panjang yg lembut): Dawai-dawai telefon ~ pd musim panas. 2 mudah dilengkungkan atau dilentukkan tetapi tidak mudah patah. 3 ki dpt disesuaikan dgn keadaan (bkn peraturan dsb); lw ketat atau kaku. melenturkan membuat supaya sesuatu menjadi lentur; membengkokkan atau melengkungkan. lenturan sesuatu yg melentur atau melengkung. kelenturan keadaan melentur atau keadaan dpt dilenturkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lentur
Kata Terbitan : melentur, melenturkan,