Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[len.tur] | لنتور

Definisi : 1. bengkok atau kelok (pd barang yg melengkung), lengkok; 2. Id perubahan arah (sinaran cahaya yg masuk ke dlm air dll), bias; melentur 1. membengkok atau melengkung (spt julai batang buluh, ampaian kain yg tidak tegang, dll), kendur: dawai itu menjadi panas dan mengembang panjang dan ~; 2. boleh (mudah) dilengkungkan atau dilentokkan tetapi tidak mudah patah (tali, dawai, dll); melenturkan menjadikan bengkok atau ber­kelok, menjadikan melentur, membengkok­kan, melengkungkan: rebung apabila telah menjadi aur, payah hendak dilenturkan lagi; budak-budak umpama rebung, boleh di­lenturkan dan dibentuk; lemah liat kayu akar, dilenturkan boleh, dipatah tak dapat prb orang yg berakal itu nampaknya menurut kehendak orang, tetapi tidak dapat dibodohkan; terlentur telah melentur, menjadi melentur: beberapa batang anak pisang berhampiran dgn rumah saya ~ kerana ditimpa hujan lebat semalam; lenturan 1. perihal lentur; 2. benda yg me­lentur atau melengkung (spt buluh pd pintu gerbang dll); kelenturan perihal (keadaan, keupayaan,dsb) melentur: besi, umpamanya, digunakan dgn meluas utk membina bermacam-macamperalatan yg memerlukan kekuatan dan ~; pelenturan perihal (proses atau perbuatan) melenturkan; pelentur benda atau alat yg digunakan utk melenturkan: ada kalanya batu besar diguna­kan sbg ~ dahan-dahan pokok itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[len.tur] | لنتور

Definisi : bengkok pd benda melengkung; lengkok. melentur 1 melengkung atau membengkok spt julai batang buluh dll; berkelok (bkn benda-benda panjang yg lembut): Dawai-dawai telefon ~ pd musim panas. 2 mudah dilengkungkan atau dilentukkan tetapi tidak mudah patah. 3 ki dpt disesuaikan dgn keadaan (bkn peraturan dsb); lw ketat atau kaku. melenturkan membuat supaya sesuatu menjadi lentur; membengkokkan atau melengkungkan. lenturan sesuatu yg melentur atau melengkung. kelenturan keadaan melentur atau keadaan dpt dilenturkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lentur
Kata Terbitan : melentur, melenturkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
impact bendinglentur hentamanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanUjian lentur sampel kayu dengan memberikan beban hentaman bagi menghasilkan kesan tegasan untuk menilai kekuatan menahan hentaman kayu berkenaan. Biasanya ujian ini dijalankan menggunakan ujian lentur hentaman piawai yang tertentu.
lever armlengan tuil/lengan tuasKejuruteraanTiadaLengan bagi momen lentur, yakni hasil bahagi momen lentur dengan daya yang menyebabkan momen lentur itu.
bending momen diagramgambarajah momen lenturKejuruteraanKejuruteraan BangunanGambarajah yang menunjukkan perubahan momen di sepanjang rentang struktur. Ia juga menggambarkan bentuk momen lentur sama ada positif atau negatif dan kedudukan momen lentur maksimum.
bending momentmomen lenturMekanikGunaanMomen atau ganding yang terbit di dalam anggota struktur untuk mengimbangi kesan putaran yang dikenakan oleh sistem daya luar yang bertindak pada anggota itu. Nilai momen lentur pada sesuatu keratan anggota sama magnitudnya dan berlawanan halanya dengan momen di sekitar keratan itu yang disebabkan oleh sistem daya luar yang bertindak pada salah satu bahagian anggota yang terpotong. Unit ukuran bagi momen lentur ialah newton-meter, N.m. Kelaziman tanda menentukan bahawa, untuk bahagian yang di sebelah kira satah keratan, momen lentur lawan jam adalah positif; bagi bahagian yang berada di sebelah kanan keratan itu pula, momen lentur arah ikut jam adalah positif [Rajah M4].
static bendinglentur statikPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanUjian lentur sampel kayu yang disangga pada dua tempat dan dikenakan beban pada satu titik atau lebih, dengan kadar perlahan, bergantung pada dimensi sampel kayu tersebut. Ujian ini dapat menilai ketegaran kayu.
flexural rigidityketegaran lenturKejuruteraanKejuruteraan BangunanKetegaran anggota struktur yang merintangi daya lentur. Ia dihitung daripada hasil darab di antara E dan I. E ialah modulus kekenyalan, dan I ialah momen kedua keluasan.
bending momentmomen lenturKejuruteraanKejuruteraan BangunanMomen yang diperlukan untuk mematahkan rasuk melalui lenturan. Momen lentur untuk rasuk disokong mudah dengan beban teragih, W dan rentang, L ialah M = (1/8)WL2. (Rajah 58)
belt frictiongeseran tali sawatMekanikGunaanGeseran di antara anggota boleh lentur (seperti tali dan tali sawat) dengan jasad tegar sokong (seperti gelendong dan kapi) yang dililit oleh anggota boleh lentur itu [Rajah G9]. Geseran tali sawat menyebabkan berlakunya perbezaan tegangan pada dua bahagian anggota boleh lentur yang dipisahkan oleh bahagiannya yang menyentuh sokong yang berkenaan.
macrobendingmakrolenturKejuruteraanTiadaLentur yang disebabkan oleh spesifikasi gentian tidak mengikut spesifikasi jejari lentur.
flexicurvelengkung lenturLandskapTiadaAlat bantu lukis untuk melakar garisan lengkung dan diperbuat daripada bahan yang mudah di lentur seperti plastik.
12345678910...

Kembali ke atas