Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bp lalai, alpa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : campuran simen dan pasir serta kapur dll utk menurap (dinding dll); berlepa berturap (dgn batu dll): lorong masuk ke rumahnya ~ dgn batu; melepa menyapu dgn lepa, menempel (tembok dll) dgn lepa, menurap: jika hendak dilepa dgn minyak tar pun rasanya tentulah lambat lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (lépa) ark; terlepa 1. terlentang (kerana terlalu letih), terbaring; 2. terlalu labuh (kain perempuan, jubah, dll), tersangat labuh: janggut terlipat hingga ke riba, jubah ~ hingga ke kaki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (lépa); perahu ~ = lepa-lepa sj perahu kecil (dibuat drpd sebatang kayu) yg biasanya mempunyai caduk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /lépa/ campuran simen, pasir serta kapur utk menurap tembok dll. melepa menyapu atau menempel dgn lepa; menurap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lepa
Rujuk :lalai


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Syarikat kami menghasilkan mentega dan lepa susu. Pegawai daripada pejabat kesihatan memberitahu kami bahawa perkatan 'lepa susu' tidak sesuai digunakan dalam label sebab sumber bahan mentah bukannya semua daripada haiwan. Kami ingin tahu apa lagi perkataan yang sesuai digunakan untuk menggantikan istilah 'lepa susu istimewa' yang dapat menterjemahkan perkataan ' luxury spread'. Harap pihak tuan dapat menolong kami untuk mendapat jawapan. Sekian, terima kasih.Cadangan kami ialah sapuan istimewa.Istilah12.09.2008
1)ceiling 2)pembuat ceiling lepa 3)papan gypsum 4)plaster ceiling produk1)siling 2)pembuat siling lepa 3)papan gipsum 4)produk siling plasterEjaan25.01.2011
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Tuan/Puan, Saya ingin mendapatkan khidmat nasihat terjemahan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu untuk beberapa perkataan seperti dibawah, 1. mascarpone 2. spreadable cheese 3. lactic acid culture 4. microbial rennet 5. quark cheese 6. rice starch terima kasih.Kami mencadangkan padanan seperti berikut:

1) "mascarpone": maskarpon

2) "spreadable cheese": keju lepa

3) "lactic acid culture": kultur asid laktik

4) "microbial rennet": renet mikrob atau renet mikrobial

5) "quark cheese": keju kuark

6) "rice starch": kanji nasi atau kanji beras

Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. 
Istilah16.07.2021

Kembali ke atas