Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.pang] | لڤڠ

Definisi : sj tumbuhan (herba memanjat), Bau­hinia spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lepang

Peribahasa

Baru belajar duduk,
     lepang sudah hendak memanjat tiang.

Bermaksud :

Belum lagi cukup umur sudah hendak berlagak seperti orang tua-tua. lepang = sejenis pohon.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
meranti merah mudameranti merah mudaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu ringan dalam genus Shorea daripada famili Dipterocarpaceae. Di Semenanjung dan Sarawak, kayu ini diberi berbagai-bagai nama meranti seperti meranti lepang, meranti bukit, dan meranti langgung; dan di Sabah ialah kayu ini diberi nama seraya merah, dan berbagai-bagai nama lain. Spesies utamanya termasuk Shorea accuminata, S. leprosula, S. ovalis, dan S. parvifolia. Gubal kayu meranti jenis ini berwarna merah jambu dan tidak banyak berbeza daripada teras kayunya yang berwarna merah tua atau merah coklat. Tekstur kayunya agak kasar tetapi sekata, dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 560 hingga 865 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah dikerjakan dan dikeringkan tetapi tidak tahan. Kayu meranti merah tua merupakan kayu Malaysia yang paling terkenal, dan sesuai untuk pelbagai kegunaan, seperti perabot kemasan dalaman yang bermutu tinggi, lantai dan dinding, pintu dan tingkap, kayu kumai, venir dan papan lapis.

Kembali ke atas